Siapa yang tak kenal dengan penyanyi popular era 80an Shima ini. Terkenal dengan lagu Teringin dan terbayangkan saat penyanyi ini beraksi di pentas mendendangkan lagu popularnya itu. Walaupun sudah lama tidak muncul di atas pentas tetapi namanya masih utuh di persada seni hiburan tanah air.
Shima atau nama sebenarnya, Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, 51 tahun, berubah tampil dengan imej berhijab selepas pulang menunaikan umrah. Penyanyi ini telah berkongsi penampilan baharunya setelah setahun berusaha mengawal pemakanannya. Istimewanya, Shima telah menasihati peminat yang mahu mengikut jejak langkahnya agar mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.
Umum mengetahui, empat kali rumahtangga yang dibina Shima sebelum ini menemui titik noktah. Namun, mengakui bahawa perancangan Allah itu Maha Berkuasa, penyanyi ini kembali bergelar isteri setelah bertemu jodoh kelimanya dengan pemuda bernama Abdullah Rusli.
Bercerita tentang rumahtangganya ketika ditemu bual sebelum ini, “Saya kenal dengan suami saya sudah agak lama. Kami berjumpa ketika saya berpindah ke Pangsapuri Lestari yang terletak di Damansara Damai dan dia memang tinggal di Pangsapuri yang sama tetapi berlainan blok.
Dari situlah berputiknya perkenalan kami berdua selama dua tahun dan seterusnya membawa hubungan ini kepada ikatan yang sah. Saya tertarik dengan kejujuran dan keihklasan suami saya hingga ada segelintir orang yang mengambil kesempatan di atas kebaikan dia. Dia sanggup buat apa sahaja untuk membantu orang di dalam kesusahan.
Meskipun suami saya lapan tahun lebih muda daripada saya, namun pemikiran dia nampak sangat matang. Dia juga seorang yang sangat memahami. Saya mengharapkan perkahwinan ini hingga ke Jannah. Sudah beberapa kali saya berkahwin namun jodoh tidak bepanjangan. Pernah saya bernikah dengan warga asing namun ia bukanlah perkara yang mudah,” tutur Shima.
*Kalau ada cara yang senang nak beli-belah kenapa pilih cara yang susah.
This website uses cookies.