Selamat ulang tahun perkahwinan buat pempengaruh Farah Lee dan Fuad Hashim. Pejam celik, rupa-rupanya usia perkahwinan pasangan ini sudah pun melangkau setahun! Tanggal 5 Januari 2024 pastinya menjadi memori terindah buat kedua-duanya apabila sah disatukan sebagai suami isteri.
Kian bahagia melayari alam rumah tangga, Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli yang sebelum ini pernah melangsungkan perkahwinan dengan pengacara popular iaitu Ally Iskandar, kembali menemui bahagia dengan jejaka pilihan, Mohamad Fuad Hashim.
Fuad Hashim Suami Terbaik Farah Lee
Meskipun baru setahun bergelar isteri Fuad Hashim namun aktivis ini memanjatkan kesyukuran kerana dikurniakan seorang suami yang baik dan sangat memahami. Berkongsi rasa gembira bersempena ulang tahun perkahwinan, Farah menitipkan ucapan bermakna buat lelaki kesayangan.
“Ulang tahun pertama meraikan kemenangan Fuad. Now I know what a healthy relationship looks like, and I thank him for that. It’s definitely hard to love a traumatised me, I’ve been through a lot, I ain’t easy, but he nailed it effortlessly.
I learnt to trust love again. I am home. Setahun. Banyak lagi tapak yang harus dilangkah. Lurus mahupun liku, moga Allah tetapkan kita sampai syurga dalam bahagia.”
View this post on Instagram
Jiwa Cekal Suri Hati Fuad Hashim
Sejak berpisah daripada perkahwinan pertama pada 2016, ketabahan Farah sebagai ibu tunggal di samping anak perempuan iaitu Maream Esabel sering menjadi perhatian dan inspirasi masyarakat. Lebih-lebih lagi dalam kalangan wanita yang senasib dengannya.
Dalam kesibukan membesarkan cahaya mata, semangat suri hati Fuad Hashim ini membina empayar perniagaan dan menuntut ilmu turut meraih tumpuan.
Dia memiliki ijazah kejuruteraan mekanikal dari Universiti Korea Selatan pada tahun 2013 dan mengenggam Sarjana Pendidikan Kanak-Kanak di University of Leads, United Kingdom pada Mac 2022.
Nona mendoakan agar rumah tangga yang dibina Farah Lee dan Fuad berkekalan hingga ke Jannah.