“Setakat Bagi Pick-Up Line Buat Apa” Berdekah Gelak Tapi Bila Pasal Kahwin, Ini Juga Yang Perempuan Cari

Kisah ‘Wedding of The Year’ Mira Filzah dan suami tercinta, Wan Emir Astar pada September lalu sampai sekarang masih menjadi perbualan. Nona tertarik berkongsi coretan Puan Lily Rizana tentang apa yang sebenarnya dicari oleh seorang perempuan sebelum berkahwin. Nampak sinis, tapi benar.

Sebagai selebriti yang diiktiraf Bintang Paling Popular 2019, sudah pastilah Mira sering menjadi perhatian dan usikan peminat, termasuklah kaum lelaki yang menyimpan perasaan terhadapnya. Tapi akhirnya jejaka bernama Wan Emir ini juga yang berjaya ‘menyentuh hati’ Mira Filzah, mungkin kerana wujudnya ciri-ciri kukuh di bawah.

Puan Lily Rizana merupakan seorang usahawan, penulis dan petugas kesihatan. Luahan beliau inilah realiti yang kaum lelaki perlu hadam sebelum berumah tangga!

Muka Wan Emir ni sekali pandang macam kata, “Akulah lelaki yang berjaya di Malaysia ni, padan muka korang.” Setakat bagi pickup-line memanjang je buat apa.

Salah satu ciri-ciri yang Mira ni nak pada bakal suami dia adalah kewangan kukuh. Kewangan kukuh ni bukan bermakna materialistik. Dunia berkahwin ni mencabar dik. Awal-awal kahwin kukuh, di kemudian hari kita tak tau apa Allah nak uji kita.

At least bila suami tu kukuh kewangan dia, ada punca yang tetap, jadi isteri ni tak terpaksa ambil tanggungjawab suami. Tu yang lama-lama boleh hilang manja pada suami, bila isteri ambil tanggungjawab suami. Pastu cik abang cik abang jangan marah kalau isteri tu muka macam rimau macam singa, kalau keperluan asas isteri pun tak terpenuhi.

Suami bawa ‘masukan’ (wang) untuk rumah tangga, isteri menguruskan.

Ada juga selalu terbaca dekat page ustaz popular, boleh ke guna duit isteri untuk mintak isteri bayar itu ini. Hukum asal, memang tugas nafkah tu tanggungjawab suami. Namun sebagai suami dan isteri, kena berbincang dengan serius bab duit ni. Suami kena mintak isteri halalkan dan redha kalau nak minta isteri bayar apa-apa yang menjadi tanggungjawab suami.

Duit dan harta benda ni bukan punca bahagia dan tak semua masalah boleh selesai dengan duit. Tapi tak de duit tak bahagia juga dikkk.

Menyampah juga isteri kalau asal tanya duit je asyik tak de memanjang kan.

Bab kewangan keluarga ni, kalau isteri punya usaha 1 kali, suami punya usaha nak adakan sesuatu kena 10 kali ganda ibaratnya.

Imam Muslim telah meriwayatkan di dalam Shahih-nya, bahawa Abu Bakar pernah meminta izin kepada Rasulullah SAW untuk menemui baginda. Setelah diizinkan, dia pun masuk. Dia pun lantas masuk setelah diizinkan. Ketika itu, Umar mendapati Nabi SAW sedang duduk dikelilingi isteri-isterinya yang tampak sedang sugul dan diam membisu.

‘Umar kemudian bergumam: “Aku akan mengatakan sesuatu yang dapat membuat Nabi SAW tertawa”. Dia kemudian berkata: “Wahai Rasulullah, seandainya engkau melihat binti Kharijah (isteri ‘Umar) meminta belanja kepadaku, aku akan bangkit menghampirinya dan akan aku rengkuh lehernya.”

Seketika, Rasulullah pun tertawa seraya bersabda: “Mereka (yakni isteri-isteri Nabi SAW) ini sekarang berada di sekelilingku, juga sedang meminta wang belanja.”

Dari apa yang saya faham hadis di atas, tanggungjawab nafkah sememangnya hakiki tanggungjawab suami. Isteri Nabi SAW pun minta wang belanja, jadi adakah salah kaum ibu zaman sekarang ni minta wang belanja

Banyak atau sikit wang nafkah suami beri adalah subjektif. Setiap orang tak sama kerak mereka. Sebab tu dalam post sebelum ini saya nyatakan, suami isteri kena berbincang, jika sampai isteri terpaksa membayar apa-apa keperluan asas contohnya sewa bulanan rumah, belanja dapur, suami kena minta halal dari isteri.

Sebelum berumah tangga adik-adik lelaki ni, kena ada sikap dan mindset, dialah ketua keluarga, pemimpin yang akan jaga soal nafkah ni. Tak perlu ambil kira soal berapa banyak gaji isteri nanti, melainkan isteri atau bakal isteri nak berkongsi.

Bila sebut perkahwinan memang tak boleh lari dari bincang soal kewangan. Di sini saya ingin jelaskan apa yang tidak jelas dalam post sebelum ini.

1) Kewangan Kukuh

Kewangan kukuh ni ibarat ‘security’ bagi isteri. Bukan bermakna perempuan meterialistik jika letak ciri-ciri ini untuk bakal suami. Kukuh tu bermakna komited dalam cari rezeki. Kukuh tu bukan bermakna mesti banyak, kaya raya. Cukup dia boleh sara keperluan asas isteri, boleh bayar sewa rumah, belanja barang dapur, belanja anak, susu pampers.

Jika yang asas suami dah penuhi, isteri tak boleh marah kalau suami tak bawak pergi melancong naik kapal terbang atau tak beri duit sebab nak beli handbag mahal.Sebab itu kehendak. Bukan keperluan asas.

Dari segi hukum syarak, Islam menetapkan pemberian nafkah isteri dan anak hendaklah berasaskan kadar kifayah (mencukupi) dan ma’ruf (baik). Ketika Hindun isteri Abu Sufyan mengadu kepada Nabi SAW tentang suaminya yang bakhil sehingga tidak memberikan kepadanya dan anaknya nafkah, lalu Nabi SAW bersabda, yang bermaksud:

“Ambillah apa-apa yang mencukupi (kifayah) buatmu dan anak-anakmu dengan cara yang baik (ma’ruf).”

Jumhur ulama tidak menetapkan berapa banyak. Kerana perkara itu tidak sama setiap orang.

2) Rezeki

Setiap orang sudah ditentukan rezekinya. Dari alam rahim. Saya tak tahu rezeki saya banyak mana, begitu juga para nurtizen yang mengecam saya tidak percaya soal rezeki. Kita tak tahu banyak mana kan.

Sebab itu kita disuruh berusaha dan bertawakal. Sebab kita tak tahu dengan usaha kita, berapa banyak rezeki Allah nak beri. Usaha ini, sebagai asbab. Dan rezeki boleh hadir dalam pelbagai bentuk.

Rezeki tu, bukan duit semata-mata. Terlalu luas. Ilmu, keluarga yang baik, anak-anak yang sihat, sahabat-sahabat yang baik, saling menyokong pun rezeki juga.

Kesimpulannya,

Foto: Instagram @mfmirafilzah

Zaman kapitalis serba menekan ni, bila sentuh bab kewangan lelaki ni memang boleh jadi isu panas. Lagi-lagi bila letak gambar Mira Piljah kahwin anak menteri.

Bikin panas hati lagi. Apa-apa pun berbalik pada soal sikap dan mindset kita untuk tackle sesuatu isu. Jika baca dari awal sampai akhir apa yang saya tulis, insyaAllah pasti faham.

Isteri ada hak yang perlu suami penuhi, begitu juga suami ada hak yang isteri perlu penuhi.

Sumber: Facebook Lily Rizana (klik sini)

Share
Published by
Norzalina