Julai tiba dengan tenaga yang mungkin tinggal separuh. Ayuh cergaskan semula dirimu dengan rutin penjagaan kecantikan yang konsisten, paling penting perbaharui regimen dengan produk yang sesuai usia dan keadaan kulit sekarang.
(1) OLEHENRIKSEN Barrier Booster
Terus maju dan nikmati segala kelebihan dalam koleksi OLEHENRIKSEN Truth yang ikonik, Barrier Booster Orange Ferment Essence.
Esen vitamin C ini bukan sahaja ringan, malah memberi lembapan instant hingga dua kali ganda, mencerah dan melindungi kulit daripada radikal bebas. Bahan aktif ekstrak jeruk kulit oren, sel stem oren, vitamin C, asid hyaluronik dan sebagainya turut membuatkan wajah anda tampak lebih bermaya!
(2) Fenty Skin Cookies N Clean & Cherry Treat
Mengambil idea Rihanna yang mahukan masker wajah ‘lazat’ seperti krim putar, maka terhasillah Cookies N Clean ini yang mampu mengecutkan liang pori, mengurangkan lebihan minyak dan menjadikan kulit lebih halus selepas pemakaian.
Gunakan dua kali seminggu, selain merawat bibir yang kering merekah dengan Cherry Treat Conditioning + Strengthening Lip Oil setiap hari. Kesannya, sangat menakjubkan!
(3) Dr. Jart+ Cicapair
Kulit sensitif boleh berlaku disebabkan faktor pencemaran, tekanan, hormon dan diet. Dengan rangkaian terbaru Dr. Jart+’s Cicapair, alami kebaikan Tiger Grass untuk menentang punca-punca kulit sensitif dengan berkesan.
Antara yang mesti ada adalah Calming Gel Cream untuk menghidrat dengan cepat dan Calming Serum Mask untuk mengurangkan masalah kemerahan kulit sepantas 48 jam!
(4) Fenty Beauty Poutsicle Hydrating Lip Stain
Lip stain terbaik untuk bibir berjus, lembap dan nampak cantik secara effortless! Ditawarkan dalam empat pilihan rona, Poutsicle memberi litupan sheer-to-medium dengan tekstur ringan dan kemasan glos yang manis.
Nampak ranum, tiada lagi kesan comot atau rona gincu melekap di sana sini!
(5) LANEIGE Radian-C
Kandungan vitamin C sering ‘trending’ kerana khasiatnya dalam meningkatkan imuniti tubuh dan antioksidan yang melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas.
Justeru, Laneige memperkenalkan rangkaian Radian-C yang berkesan untuk menyerikan wajah kusam. Antara produk yang mesti dimiliki adalah Radian-C Cream, Advanced Effector dan Sun Cream.
(6) Shokubutsu Natural Protection Hand Wash
Tangan yang bersih dan lembut merupakan tanda aras baru dalam industri kecantikan. Dalam situasi pandemik yang masih belum berakhir, soal kebersihan tangan sangat mencerminkan kualiti kecantikan seseorang wanita.
Jadi pastikan anda kerap membasmi kuman dengan pembersih tangan Shokubutsu ini. Ia diperbuat daripada 100% minyak shiso organik dan prebiotik tumbuhan untuk mengimbangi microbiome semula jadi kulit.
(7) Tatcha The Deep Cleanse & The Water Cream
Memperkenalkan gel pembersih dua dalam satu Tatcha yang mengadun kebaikan buah luffa dan mawar liar Jepun untuk membersihkan liang pori dengan efektif.
Selepas membersih, oleskan The Essence untuk meningkatkan keberkesanan produk dan akhiri dengan The Water Cream, krim wajah ringan yang membekalkan lembapan maksimum tanpa kesan lekit.