Gaya Hidup

Setia Di Sisi Suami, Isteri Dato’ Seri Hishammuddin Tunai Ibadah Umrah Di Samping 2 Anak Lelaki!

Sejak berhijab makin terserlah kejelitaan suri hati Dato’ Seri Hishammuddin Hussein ini. Bersandarkan rupa paras menawan dan tinggi lampai, pastinya penampilan Tengku Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah yang sopan dalam persalinan tradisional setiap kali menghadiri majlis-majlis rasmi menarik perhatian khalayak.

Walau sudah bergelar datuk dan nenek namun kemesraan pasangan ini tetap menebal. Terbaharu, sempena kehadiran bulan yang mulia ini pemimpin terkenal berkenaan dan Tengku Datin Seri Marsilla berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah umrah.

Dato’ Seri Hishammuddin Tunai Umrah

Menerusi perkongsian Ahli Parlimen Sembrong ini di media sosial, “11 Ramadan 1446H. Syukur alhamdulillah, baru selesai melaksanakan ibadah umrah. Semoga keberkatan Ramadan ini melimpahi dan memberkati kehidupan kita semua.”

Pemergian suami isteri ini ke sana turut ditemani dua anak lelaki mereka iaitu Farris Hussein dan Fahd Hussein.

“Gembira kali ini dapat menunaikan ibadah umrah bersama dua orang anak bujang saya, Faris dan Fahd. Dalam kesibukan mereka bekerja, alhamdulillah dapat bersama di Tanah Suci.”

Dato’ Seri Hishammuddin Bertemu Imam Ternama

Sementara itu, bekas Menteri Pertahanan ini turut menzahirkan rasa syukur kerana berpeluang bertemu dengan imam ternama di sana.

“Alhamdulillah syukur dengan keberkatan Ramadan dan Masjidil Haram saya dipertemukan dengan Imam Sheikh Bandar Baleelah dan Imam Sheikh Maher Al-Muaiqly.

Sesungguhnya bacaan Al-Quran dan doa yang disampaikan oleh kedua-dua imam ini sangatlah merdu dan menyentuh hati Nurani ratusan ribu jemaah umat Islam di Masjidil Haram.”

Biarpun anak-anak makin meningkat usia dan berkeluarga, ikatan kekeluargaan di antara mereka cukup kuat.

Menelusuri latar belakang Dato’ Seri Hishammuddin, beliau merupakan anak kepada Perdana Menteri Ketiga, Tun Hussein Onn yang dilahirkan pada 5 Ogos 1961.

Figura ini mendirikan rumah tangga dengan Tengku Datin Seri Marsilla dikurniakan empat anak iaitu Nasha Alyssa, Farris Hussein, Kyra Ariana dan Fahd Hussein.

Artikel https://www.nona.my/anggun-berhijab-penampilan-jelita-suri-hati-dato-seri-hishammuddin-hussein-serlah-sisi-kelembutan/

Moga rumah tangga pasangan romantis ini diberkati Allah SWT dan berkekalan hingga ke syurga.

 

 

Share
Published by
Suzi