Setia Jadi Duta Jenama Produk Suplemen Kecantikan, AYDA JEBAT Syukur Rezeki Dirinya Meski Sudah Berkeluarga!

Produk minuman berasaskan kolagen sememangnya menjadi pilihan wanita masa kini yang ingin kelihatan cantik bukan sahaja dari segi luaran malah dalaman. Sudah agak lama tidak mendengar perkembangan produk ini,  Aura White Global Sdn Bhd baru-baru ini melancarkan produk baharu, Aurawhite Dazzle Glopeptide, produk minuman kolagen dengan inovasi formulasi terkini dan premium.

Menurut pengasas Aurawhite, Datin Furyna Azmeer, ciptaan ‘all in one formula’ ini menjanjikan sensasi baharu dengan rasa laici beri dan memberi sokongan penuh untuk kecantikan dalaman dan luaran.

“Ini merupakan keluaran keenam dan kami telah berada di pasaran selama 11 tahun.  Kali ini kami keluarkan produk baharu dengan kandungan berbeza terutamanya kelopak ros yang baik untuk kecantikan kulit,” ulasnya pada sidang media baru-baru ini

Selain memperkenalkan produk terbaharu, jenama yang popular di kalangan rakyat Malaysia ini masih mengekalkan selebriti popular, Ayda Jebat sebagai duta jenama.

Ketika ditanya bagaimana hubungan kerjasama antara Aurawhite dan Ayda Jebat dapat terjalin dalam jangka masa yang lama, jelas Furyna, Ayda Jebat merupakan selebriti yang mudah memberikan kerjasama.

“Kami  memilih untuk mengekalkan Ayda Jebat sebagai duta Aurawhite sejak 2014, bermakna sudah sembilan tahun Ayda bersama Aurawhite. Sangat senang berurusan dengan Ayda, malah sifatnya yang mengutamakan keluarga membuatkan saya cukup tersentuh dan masih mahu dia menjadi sebahagian daripada Aurawhite,” jelasnya lagi.

Manakala Ayda Jebat pula berterima kasih terhadap jenama tersebut kerana masih mengekalkan dirinya sebagai duta.

“Alhamdulillah, saya jatuh cinta dengan produk ini. Aurawhite bukanlah satu-satunya jenama yang saya pegang dalam tempoh yang lama. Kadang-kadang terfikir juga, bilakah kontrak akan berakhir kerana kadang-kadang terfikir pihak penaja tak mahu ke tukar dengan orang lain.

Saya anggap ia sebagai rezeki. Alhamdulillah dari zaman bujang sampai dah nak masuk anak kedua,” ujar pelantun Pencuri Hati ini.

Selamat untuk diamalkan wanita hamil, kata Furyna, produk minuman kolagen miliknya menggunakan bahan semulajadi dan tiada sebarang kesan sampingan.

“Untuk wanita hamil, disarankan amalkan produk selepas kandungan berusia empat bulan. Kami menggunakan bahan semulajadi, jadi ia selamat untuk semua,” katanya ringkas.

Pembeli bertuah juga berpeluang memenangi hadiah percutian ke Korea yang ditaja oleh Aurawhite.

“Kami mahu perluaskan kempen pelancaran untuk pengguna setia dengan menawarkan peluang percutian ke Korea. Selepas Perintah Kawalan Pergerakan, inilah kempen pertama kami bagi menghargai pengguna,” ulasnya.

Terdahulu, Aura White yang terkenal dengan tagline Shake Shake Uolls melancarkan produk minuman kolagen dengan inovasi formulasi terkini iaitu Aurawhite Dazzle Glopeptide yang bahan aktifnya lebih tinggi dan premium.

Kolagen peptida adalah kolagen yang dihidrolisis dimana ia lebih halus dari kolagen biasa dan memberikan penyerapan lebih cepat untuk tubuh badan.

Ia dapat membantu untuk memberikan pencerahan kulit lebih cepat, melembapkan kulit, memudarkan parut, mengurangkan jerawat dan jeragat, mengatasi masalah penuaan, menganjalkan kulit dan juga sangat baik untuk kuku, rambut dan juga tumit kaki.

Share
Published by
Rosmah Idayu