Anjing kesayangan dan peliharaan Paris Hilton, Harajuku Bi**h mati pada usia 23 tahun pada hari Isnin waktu tempatan. Paris Hilton kemudian berkongsi gambar potret dengan peneman setia kesayangannya di Instagram.
Ads
Selama 20 tahun anjing tersebut setia menemani Paris, malah seringkali tampil di karpet merah malah pernah menghiasi beberapa buah iklan dan filem, Paris menyampaikan rasa dukanya di laman Instagramnya menyatakan berapa dirinya sedih dengan kehilangan haiwan kesayangan tersebut yang dipelihara sejak kecil.
“Hari ini, hati saya hancur sewaktu mengucapkan selamat tinggal kepada chihuahua saya yang paling berharga iaitu Harujuku B*tch. Selama 23 tahun yang luar biasa, dia mengisi hidup saya dengan cinta, kesetiaan dan memori yang tidak dapat dilupakan.
Ads
“Malah pada setiap kemewahan dan kehidupan glamor, dia sentiasa ada bersama saya. Kami berkongsi begitu banyak kenangan, gelak tawa dan air mata,” katanya.
Dalam pada itu, anak kepada pewaris Hotel Hilton, Richard Hilton itu juga turut menzahirkan tanda penghargaan buat Harajuku itu dan memberitahu anjing peliharaannya itu akan selamanya berada dalam hatinya.
Ads
“Awak lebih dari sekadar binatang peliharaan. Awak mungkin tidak ada bersama saya secara fizikal, tetapi jejak kaki awak tidak akan pernah pudar,” tulisnya.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lebih RM300,000 diperuntukkan jenama fesyen lokal terkenal, Rizman Ruzaini untuk kempen RR Beli dan Menang yang berlangsung dari 18 Mac sehingga 18 Mei 2023 bersempena perlancaran Koleksi RR Raya 2023. Dengan tagline, Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini, mereka sememangnya mahu pelanggan setia RR yang digelar RR Royalties menikmati suasana Aidilfitri yang mengujakan bersama mereka.
“Bukan sekadar mahu RR Royalties beraya dengan rekaan Rizman Ruzaini, malah kami juga mahu meraikan mereka di Hari Raya ini dengan penghargaan berupa hadiah istimewa sebagai tanda terima kasih kami atas sokongan RR Royalties sehingga membolehkan jenama ini bertahan selama lebih 17 tahun dalam industri,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Rizman Ruzaini, Rizman Nordin.
Tambahnya lagi, jenama Rizman Ruzaini sangat sinonim dengan baju raya. Inilah antara faktor utama mengapa mereka memilih bulan Syawal untuk menawarkan hadiah-hadiah menarik ini. “Bukan soal harga hadiah tapi ia tentang nilai menghargai dan berkongsi yang menjadi identiti syarikat kami sendiri,” kata Rizman.
Antara hadiah yang pastinya menjadi rebutan semua ialah sebuah kereta Proton X50 yang ditawarkan sebagai Hadiah Utama. Menariknya, kereta ini akan mendapat pengubahsuaian (custome made) hasil sentuhan Rizman Ruzaini sendiri. Pemenang akan menjadi satu-satunya individu di dunia yang memiliki kereta sentuhan Rizman Ruzaini secara eksklusif.
Selain Proton X50, kempen ini juga menawarkan hadiah-hadiah hebat lainnya seperti Vespa yang juga akan mendapat pengubahsuaian khas daripada Rizman Ruzaini untuk Hadiah Kedua, iPad Pro untuk Hadiah Ketiga, iPhone 14 untuk Hadiah Keempat, Apple Watch untuk Hadiah Kelima dan lima hadiah saguhati berupa baucar tunai bernilai RM1000 untuk pembelian barangan RR.
Para pemenang akan diumum secara rasminya pada 20 Mei bersamaan 30 Syawal yakni hari terakhir sambutan Aidilfitri. Sesi penyerahan hadiah akan dibuat pada majlis Rumah Terbuka RR.
Bagaimana cara untuk menyertai Kempen RR Beli dan Menang?
Teruja untuk menyertai kempen ini? Caranya mudah sahaja. RR Royalties hanya perlu membuat pembelian koleksi RR Raya 2023 sebanyak minimum RM500 dalam satu resit. Pembelian boleh dibuat di semua platform Rizman Ruzaini. Simpan resit sebagai bukti pembelian.
Kemudian, gayakan koleksi yang dibeli itu dan muatnaik gambar/video/reels anda di platform Instagram anda bersama sambungan kapsyen, ”Saya memilih untuk Raikan Raya saya Bersama Rizman Ruzaini kerana……” bersama hashtag #RRBELIDANMENANG dan #RRRAYA2023.
Pemenang akan dipilih berdasarkan gambar/video/reels yang kreatif dan sambungan kapsyen yang menarik. Rizman Ruzaini mengalu-alukan seberapa banyak penyertaan anda dan dengan ucapan semoga berjaya!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menyemarakkan lagi sambutan Aidilfitri yang akan dirai tidak lama lagi, jenama fesyen terkenal, Jovian meneruskan tradisi jualan harga runtuh di dipanggil JBoxing secara dalam talian selain offline dan di butik fizikal bermula 11 April.
Saban tahun, acara tahunan yang menghimpunkan penggemar jenama itu ke butik fizikalnya, JStore menawarkan barangan serendah RM1 selain diskaun 30 dan 90 peratus untuk semua koleksi baharu dan lama.
Tidak ketinggalan kombo hijab tiga pasang RM100, pelitup muka serendah RM10 dan macam-macam lagi.
Menurut pengasas empayar jenama berdaftar di bawah syarikat JOVIAN Apparel Sdn Bhd, Datuk Jovian Mandagie, jualan runtuh ‘boxing day’ itu menjadi inisiatif membantu rakyat Malaysia menyambut Syawal dengan meriah tanpa perlu berbelanja banyak.
“Intipati utama jualan runtuh ini meraikan seisi keluarga. Saban tahun acara ini menghimpunkan ramai orang termasuk keluarga datang ke JStore.
“JBoxing dalam talian diadakan selama tiga bermula sejak 11 hingga 13 April. Boleh layari www.jovian.com.my dan www.shopee.com.my/jovianrtw.os untuk membeli.
“Kemudian diikuti pada 14 hingga 20 April pula jualan berlangsung di semua cawangan butik fizikal dan pop up Jovian,” katanya.
Menurut Jovian lagi, JBoxing ini membuka ruang untuk penggemar jenama itu membeli-belah dengan bijak dan pada masa sama boleh berjimat.
“Justeru, JBoxing ini memang peluang keemasan yang tidak wajar dilepaskan. Bagi Jovianista (gelaran diberikan kepada peminat jenama Jovian), Aidilfitri tidak lengkap tanpa sambutan tahunan seperti JBoxing.
“Acara yang dinanti-nantikan ini merupakan pameran koleksi Jovian Ready-To-Wear (RTW) yang memberikan tawaran yang sangat menarik bagi semua peminat Jovian.
“JBoxing kali ini menyediakan pilihan yang sesuai untuk semua orang, menjadikannya acara yang tidak boleh dilepaskan. Ia menjadi susulan kejayaan memberangsangkan edisi tahun sebelumnya yang menyaksikan sambutan menggalakkan selepas kerajaan menarik balik PKP (Perintah Kawalan Pergerakan),” katanya.
Tambah Jovian lagi, JBoxing tahun ini menjanjikan koleksi yang lebih mengagumkan dengan menyaksikan sejumlah lapan butik fizikal mengambil bahagian untuk acara itu.
“Ia termasuk lima kedai baharu iaitu JStore Publika, JStore Pavilion Kuala Lumpur, JStore Berjaya Times Square, JStore IOI Putrajaya dan JStore Melawati Mall. Tak ketinggalan, tiga JStore terawal di Shah Alam, Bangsar dan Bangi.
“Peminat jenama ini pastinya dijangka berpusu-pusu dengan bersemangat untuk kedai Jovian, bagai gula dihurungi semut. Antara koleksi mencuri perhatian ialah koleksi Jovian Lebaran terkini sejak dahulu lagi.,” katanya yang juga bertindak sebagai Pengarah Kreatif Jovian Ready-To-Wear.
Serentak dengan JBoxing, jenama berkenaan turut menyertai karnival jualan Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur dan Absolutbazaar X Gaya Raya di MITEC.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak ramai yang sedar implikasi kecurian data, selagi tidak terkena batang hidung sendiri. Majoriti daripada kita menganggap ia tak akan berlaku sedangkan sudah banyak kes penipuan Internet terbentang di depan mata.
Menurut statistik terkini dari Kaspersky, Malaysia tersenarai dalam ranking ke-13 kes mangsa stalkerware tertinggi Asia Tenggara pada tahun 2019.
Penjenayah semakin bijak. Memahami kelemahan wanita yang mudah terpedaya dengan kata-kata, biasanya mangsa ditipu hidup-hidup agar memuat turun sesuatu Apps atau diberi ganjaran jika ‘menekan’ link tertentu.
Lalu tanpa disedari, stalkerware atau perisian intipan dipasang ke telefon pintar kita tanpa pengetahuan. Dengan cara ini, pihak ketiga dapat mengakses maklumat mangsa seperti imej, video, data geolokasi dan sebagainya.
Di pasaran juga terdapat perisian malware berkos murah, kadang serendah USD7 sebulan untuk seseorang ‘menghendap’ aktiviti Internet mangsanya. Selain kes jenayah melibatkan transaksi bank, mangsa juga berisiko diugut atau diculik gara-gara stalkerware ini.
Demi meningkatkan kesedaran wanita terhadap ancaman jenayah siber, kita harus bersama-sama memperkasakan satu sama lain agar jenayah berunsurkan stalkerware dapat dibanteras.
Untuk mengelak daripada menjadi mangsa penghendap online, Kaspersky mencadangkan:
Sekat semua program yang dimuat turun daripada sumber tidak diketahui dalam telefon pintar anda.
Jangan dedahkan password atau passcode telefon kepada sesiapa.
Jangan simpan fail-fail atau aplikasi tidak dikenali dalam telefon pintar.
Tukar tetapan keselamatan telefon pintar jika hubungan anda dan si dia putus di tengah jalan. Bekas kekasih anda mungkin memanipulasi informasi sulit anda tanpa diketahui.
Selalu semak aplikasi yang dimuat turun dan perhati jika ada program mencurigakan di dalamnya.
Gunakan perisian keselamatan yang mampu mengesan kebarangkalian spyware di telefon pintar seperti Kaspersky Internet Security.
Segera dapatkan bantuan atau hubungi pihak keselamatan jika anda syak telah dihendap.
Semoga mendapat manfaat dan berbahagi info ini dengan orang tersayang. Boleh jadi dengan ibu bapa kita kerana statistik jenayah online menunjukkan majoriti mangsanya adalah golongan wanita dan warga emas!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...