Setia Menemani Hingga Akhir Hayat, Anjing Peliharaan PARIS HILTON Mati Di Usia 23 Tahun

Anjing kesayangan dan peliharaan Paris Hilton, Harajuku Bi**h mati pada usia 23 tahun pada hari Isnin waktu tempatan. Paris Hilton kemudian berkongsi gambar potret dengan peneman setia kesayangannya di Instagram.

Selama 20 tahun anjing tersebut setia menemani Paris, malah seringkali tampil di karpet merah malah pernah menghiasi beberapa buah iklan dan filem, Paris menyampaikan rasa dukanya di laman Instagramnya menyatakan berapa dirinya sedih dengan kehilangan haiwan kesayangan tersebut yang dipelihara sejak kecil.

“Hari ini, hati saya hancur sewaktu mengucapkan selamat tinggal kepada chihuahua saya yang paling berharga iaitu Harujuku B*tch. Selama 23 tahun yang luar biasa, dia mengisi hidup saya dengan cinta, kesetiaan dan memori yang tidak dapat dilupakan.

“Malah pada setiap kemewahan dan kehidupan glamor, dia sentiasa ada bersama saya. Kami berkongsi begitu banyak kenangan, gelak tawa dan air mata,” katanya.

Dalam pada itu, anak kepada pewaris Hotel Hilton, Richard Hilton itu juga turut menzahirkan tanda penghargaan buat Harajuku itu dan memberitahu anjing peliharaannya itu akan selamanya berada dalam hatinya.

“Awak lebih dari sekadar binatang peliharaan. Awak mungkin tidak ada bersama saya secara fizikal, tetapi jejak kaki awak tidak akan pernah pudar,” tulisnya.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Share
Published by
Wan Firdaus