Setia Mimpikita Raya 2023 Tampil Kelainan, Filem Fesyen Yang Unik Jadi Tarikan

Jenama fesyen kontemporari terkenal, Mimpikita baru-baru ini mengumumkan koleksi rayanya untuk tahun ini di bawah kempen ‘Setia Mimpikita Raya 2023’.

Mimpikita turut meraikan ulang tahun ke-15 yang mengiktiraf setiap ‘Kita Girls’s yang setia mengikuti perkembangan jenama ini.

Teras kempen ialah ‘Setia Short’ Film yang memaparkan dua gadis yang cuba mencipta semula momen hari raya yang tipikal untuk media sosial mereka.

Turut ditampilkan nyanyian duet lagu cinta oleh Aizat Amdan dan Asmidar. Filem fesyen yang unik ini bakal dilancarkan untuk tontonan umum di saluran YouTube Mimpikita.

Menjangkakan akan ada sambutan Hari Raya penuh tahun ini, koleksi Setia Mimpikita Raya 2023 direka mengikut suasana perayaan.

Diinspirasikan dari corak wang kertas dan syiling Malaysia, cetakan eksklusifnya menangkap intipati tradisional dan bermotifkan warna-warna terang.

Koleksi ini menampilkan pilihan set padanan untuk ibu dan anak perempuan. Untuk kanak-kanak berusia antara 2-12 tahun, harga bermula dari RM199 hingga RM589. Turut terdapat dalam koleksi, timeless pieces dari Mimpikita iaitu M.Kita pada harga RM319 sehelai.

Koleksi boleh didapati di www.mimpikita.com.my atau ke butik utama Mimpikita di Bangsar. Juga, di pop-up store Mimpikita di Isetan KLCC, Bangsar Village, Setia City Mall dan Rimbunan Event.

Kredit Foto: Koleksi Mimpikita

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

IKLAN
Share