Setia Pada 1 Produk RAHSIA Kulit Flawless Atlet Boling Kebangsaan Ini

Kelibat Atlet boling negara, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman beraksi di gelanggang boling memang tidak perlu dipertikaikan lagi. Memenangi beberapa pingat teratas sehingga memegang gelaran Pemain Terbaik Malaysia. Walaupun sibuk dengan latihan dan tournament tetapi wanita yang berusia 30 tahun ini tidak pernah mengabaikan penjagaan kulit wajahnya. Patut lah kulit Siti Safiyah flawless dan tak jemu di pandang.

Foto: Instagram @sitisafiyah
Foto: Instagram @sitisafiyah

Jika dahulu jarang kita lihat atlet wanita yang tampil bersolek setiap kali muncul di gelanggang, tetapi kini ramai atlet wanita sudah pandai bergaya. Apabila diajukan pertanyaan tersebut, komen Siti Safiyah, “Setiap atlet mempunyai pandangan tersendiri.

Foto: Instagram @sitisafiyah
Foto: Instagram @sitisafiyah

Ada yang konfiden dengan wajah tanpa mekap atau yang dipanggil natural beauty. Tapi macam saya memang sejak remaja memang jenis yang suka jaga kulit. Saya dah biasa bersolek. Lagipun sukan boling ini indoor games jadi kurang berpeluh,” tutur Siti Safiyah.

Foto: Instagram @sitisafiyah
Foto: Instagram @sitisafiyah

Nyata Siti Safiyah tidak lokek berkongsi rahsia kulit wajah flawless. “Rahsia untuk memiliki kulit wajah yang sihat dan cantik adalah menggunakan produk yang sesuai dengan kulit. Namun, sebelum saya berjumpa dengan produk penjagaan kulit yang sesuai, banyak kali juga saya mencuba pelbagai jenis produk kecantikan kulit.

Foto: Instagram @sitisafiyah
Foto: Instagram @sitisafiyah

Bila dah jumpa yang sesuai, saya maintain menggunakan produk tersebut sehingga sekarang. Macam daily skincare

dan mekap yang sama kerana takut kalau saya ubah, kulit saya merekah atau berminyak lebih. Kulit ini kita kena jaga sehingga ke hari tua.

Tip yang boleh saya kongsi lagi adalah jangan terus beli produk. Boleh cuba dengan sample atau guna tester dulu dalam pencarian cari produk yang sesuai dengan kulit. Bila dah benar-benar sesuai baru kita beli,” kongsi Siti Safiyah.

Foto: Instagram @sitisafiyah
Foto: Instagram @sitisafiyah

Bagaimana pula jika berada di luar negara? “Kalau saya ada tournament di luar negara seperti Eropah atau negara-negara sejuk yang lain, kadang-kadang kulit saya akan menjadi terlampau kering. Biasanya saya akan bawa body butter sebab body butter tahan lebih lama daripada pelembap biasa.

Foto: Instagram @sitisafiyah
Foto: Instagram @sitisafiyah

Even kalau penjagaan kulit muka pula saya akan guna yang jenis kulit kering walaupun saya mempunyai jenis kulit normal. Saya lebih suka berada di negara sejuk berbanding panas sebab cuacanya, mekap macam mana pun tak akan cair.

Foto: Instagram @sitisafiyah
Foto: Instagram @sitisafiyah

Apabila usia meningkat kena lebih usaha untuk menjaga kecantikan kulit. Tidak semua wanita beruntung miliki wajah yang cantik. Tetapi tidak bermakna tidak mempunyai wajah yang cantik, kita tidak boleh menjadi cantik. Dengan menjaga kecantikan kulit dan penampilan kita juga boleh tampil cantik,” kata Siti Safiyah yang release stress dengan memandu kereta sambil mendengar muzik.

Share
Published by
Hamizatul Maizan Binti Mohamed