“Setiap Hari Rutin Saya Bermula Jam 5.30 Pagi.. I’m Quite A Traditional Mom” DATIN LEYLA RAFFIK

Datin Lelawati Raffik atau Datin Leyla ternyata bertuah kerana kecantikan aslinya sebagai anak kacukan Melayu-India masih terserlah walaupun kini mencecah usia 40 tahun.

Bukan saja anggun malah Datin Leyla juga berjaya mengekalkan bentuk tubuh yang langsing biarpun bergelar ibu kepada tiga anak remaja iaitu Aretha Ann Philis (15), Alysha Ann Philis (13) dan Emir Adam Shah (10).

Ternyata, Datin Leyla memiliki pakej yang cukup sempurna sebagai seorang wanita, isteri serta ibu terbaik yang boleh dijadikan inspirasi buat wanita-wanita di luar sana.

RAHSIA CANTIK

“Setiap pagi saya amalkan meminum satu liter air kosong di samping mengambil suplemen secukupnya. Saya juga menggunakan produk yang bebas bahan berbahaya serta ada bukti penyelidikan. Walaupun kesannya lambat yang penting ia selamat.

Untuk kekal cergas saya melakukan rutin workout di rumah kerana tak ada masa ke gim. Di rumah pun lebih selesa dan bebas. Kalau ke spa pula biasanya saya pergi ketika bercuti saja.

Untuk penampilan antara koleksi barangan yang gemar dikumpul seperti beg tangan, kasut, buku dan minyak wangi. Salah satu jenama minyak wangi pilihan saya semestinya Guerlain Champs Elysees. Dah hampir 20 tahun saya setia dengan jenama ini.”

KELUARGA

I’m quite a tradisional mom. Setiap hari rutin saya pasti bermula jam 5.30 pagi. Sebaik anak-anak keluar rumah sekitar pukul 6.50 pagi untuk ke sekolah, saya akan menyediakan secawan kopi bersama suplemen untuk suami.

Setiap pukul 7 pagi saya dan suami akan duduk di patio sambil menikmati kopi bersama. Ketika inilah kami akan berbincang mengenai kerja serta perancangan untuk perniagaan. Ketika ini juga saya akan berkongsi tentang perkembangan anak-anak sebelum suami ke tempat kerja.

Sebaik anak-anak pulang dari sekolah saya akan pastikan masa diluangkan bersama mereka di rumah. Kalau pada hari biasa anak-anak sibuk dengan urusan sekolah dan tuisyen. Saya dan suami pula sibuk dengan urusan kerja.

Maka, setiap Sabtu dan Ahad kami sekeluarga akan keluar sama ada menonton wayang atau makan-makan. Kadang kala, jika ada masa saya akan meluangkan masa bersama teman-teman rapat antaranya keluar minum kopi.”

IBU YANG TERBAIK

“Saya mengharapkan agar dapat sentiasa meluangkan masa bersama keluarga biarpun kadangkala sibuk dengan urusan kerja. Saya bersyukur kerana keluarga sentiasa menjadi tulang belakang untuk saya menjadi isteri dan ibu terbaik.

Sebagai wanita saya sangat kagum kerana kita mampu mengendalikan beberapa situasi dalam satu masa. Kitalah wonder women. We can do things at one go!” Suami dan anak-anak menjadi kekuatan maka saya berusaha melakukan yang terbaik demi mereka.

Zaman sekarang nak mendidik anak-anak sangat mencabar. Sebagai ibu juga saya sentiasa mendoakan kebahagiaan anak-anak. Saya sering meletakkan diri ini sebagai sahabat kepada anak-anak di samping menasihati, menegur dan berkongsi pendapat bersama mereka.”

KERJA DARI RUMAH

“Sebelum ini hampir 14 tahun saya dan suami berada dalam industri oil and gas. Kini saya serahkan semuanya kepada suami yang bertindak sebagai ketua atau mastermind

untuk syarikat kami. Saya hanya bekerja dari rumah.

Selain menguruskan bahagian jualan dan pemasaran, saya juga bertanggungjawab terhadap hal-hal berkaitan kakitangan dan mesyuarat. Bekerja dengan suami ada kelebihan dan cabarannya. Tapi apa yang penting saling profesional, komited dan banyak bersabar.

Setakat ini, sepanjang bekerja bersama kami tiada masalah. Sejujurnya memang seronok menguruskan perniagaan bersama suami kerana masing-masing mengambil semangat serta saling memberi sokongan. Susah senang pun bersama-sama.

Kesimpulannya saya suka bekerja dengan suami. Kami bebas berbincang apa saja perkara tanpa berselindung. Masing-masing jujur dan ikhlas memberi teguran mahupun nasihat. Yang penting hormat kedudukan masing-masing barulah segalanya mudah.”

Kredit Foto: Instagram Leyla Raffik

Share
Published by
Amy Mohd