Membangun jati diri anak-anak untuk membentuk keperibadian seimbang antara intelektual dan kerohanian penting untuk melestari gagasan masyarakat di masa hadapan. Selain memiliki ilmu pengetahuan dari aspek teknologi, anak-anak juga harus memiliki pengetahuan agama yang baik agar keseimbangan antara ilmu dunia dan akhirat dapat berjalan seiringan.

IKLAN
“Setiap Murid  Diberi Penekanan Kepentingan Solat  Berjemaah, Adab dan Akhlak.Ustazah Siti Khadijah Cetus Aspirasi Di Tijarah Hatimurni Sdn Bhd
Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif di TIJARAH HATIMURNI SDN BHD, Ustazah Siti Khadijah Mohni

Menyedari kepentingan pendidikan agama dalam pengisian rohani generasi akan datang, pengasas HATIMURNI, Ustazah Siti Khadijah Mohni dan suaminya, Ustaz Engku Ahmad Fadzil telah mendaftarkan TIJARAH HATIMURNI SDN BHD yang dulunya dikenali sebagai Pusat Kecemerlangan HATIMURNI pada November 2007.
Setelah melalui beberapa perbincangan dan mencari modul terbaik untuk pendidikan agama untuk kanak-kanak, HATIMURNI telah melahirkan konsep perkhidmatan kelas KAFA dan Transit yang lebih dikenali sebagai Enrichment Transit Centre di samping keperluan pengurusan harian anak-anak yang mula diperkenalkan pada tahun 2010. Pengenalan konsep tersebut bertepatan dengan keperluan dan kehendak ibubapa yang memandang serius keperluan pendidkan agama untuk perkembangan minda anak-anak mereka.

“Setiap Murid  Diberi Penekanan Kepentingan Solat  Berjemaah, Adab dan Akhlak.Ustazah Siti Khadijah Cetus Aspirasi Di Tijarah Hatimurni Sdn Bhd
Jumlah pelajar yang ditempatkan di dalam setiap kelas kebiasaannya tidak lebih 15 orang pelajar di dalam satu kelas bagi membolehkan sesi pembelajaran dijalankan lebih kondusif.

“Saya merasakan perniagaan pendidikan akan terus berkembang kerana ia merupakan keperluan bukan kehendak. HATIMURNI mengambil pendekatan menguruskan pembelajaran agama anak-anak dari sekolah kebangsaan beserta perkhidmatan transit.
Perkhidmatan HATIMURNI pada waktu itu lebih kepada penyediaan makanan tengah hari sewaktu anak-anak berada di sekolah, penghantaran pergi balik anak-anak ke sekolah kebangsaan dengan menggunakan van dan bas dan juga pembelajaran KAFA selain penggajian Al-Quran. Insyaallah pada tahun 2021 kami akan menambah lagi program pendidikan di HATIMURNI dengan memperkenalkan Cambridge dan Mandarin ” Ujar Ustazah Siti Khadijah Mohni yang bertindak sebagai Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif di TIJARAH HATIMURNI SDN BHD.

“Setiap Murid  Diberi Penekanan Kepentingan Solat  Berjemaah, Adab dan Akhlak.Ustazah Siti Khadijah Cetus Aspirasi Di Tijarah Hatimurni Sdn Bhd
TIJARAH HATIMURNI SDN BHD menerima anugerah sebagai NONA BEST ISLAMIC EDUCATION AWARD di majlis NONA SUPERWOMAN 2020 baru-baru ini.

Bermula saat itu, HATIMURNI telah menjadi bualan di kalangan ibu bapa kerana keberkesanan menyelesaikan permasalahan ibu bapa yang berhadapan kekangan masa untuk menguruskan jadual persekolahan anak-anak mereka. Tidak hairanlah mengapa penerima NONA BEST ISLAMIC EDUCATION AWARD ini mendapat kepercayaan di kalangan ibubapa untuk melestarikan pendidikan agama serta transit untuk anak-anak.
“Kami merupakan Sekolah Islam Swasta (Private Islamic School) yang berdaftar dengan Jabatan-Jabatan Agama Islam. Ia telah beroperasi lebih dari 12 tahun dan berpengalaman dalam pelbagai bidang pelajaran dan pendidikan,” ujar Ustazah Siti Khadijah memulakan cerita mengenai Sekolah Islam Swasta yang diusahakannya.

“Setiap Murid  Diberi Penekanan Kepentingan Solat  Berjemaah, Adab dan Akhlak.Ustazah Siti Khadijah Cetus Aspirasi Di Tijarah Hatimurni Sdn Bhd“Di HATIMURNI, pembelajaran untuk anak-anak dari umur 7 hingga 15 tahun. Kami menggunakan silibus atau modul pembelajaran daripada Jabatan-Jabatan Agama Islam yang merangkumi Kelas Mengaji & Hafazan, Bahasa Arab, Jawi, Aqidah, Ibadah, Akhlak, Sirah dan Fardhu Ain seperti praktikal Solat, Praktikal Haji, Pengurusan Jenazah, Pengenalan Aqil Baligh dan lain-lain.
Selain itu, kami amat memberikan penerapan dan penekanan terhadap pendidikan agama dan akhlak yang baik. Anak-anak akan belajar dan diuruskan di satu tempat dengan Perkhidmatan Transit Berprogram. Tambah Ustazah Siti Khadijah lagi, jumlah pelajar yang ditempatkan di dalam setiap kelas kebiasaannya tidak lebih 15 orang pelajar di dalam satu kelas bagi membolehkan sesi pembelajaran dijalankan lebih kondusif.
“Kami menitikberatkan pelbagai aspek untuk memastikan para pelajar dapat menimba ilmu dalam suasana yang tenang dan selesa. Setiap kelas di HATIMURNI dilengkapi pendingin hawa, aktiviti pembelajaran yang menarik dan menyeluruh. fokus ‘ One to One ‘ pada setiap murid serta penekanan kepentingan solat secara berjemaah, adab dan akhlak. Selain itu, para pelajar akan diberi penekanan tentang mengaji dan hafazan Al Quran setiap hari,” ujar Ustazah Siti Khadijah yang memberikan penekanan secara holistik terhadap para pelajar di HATIMURNI.
Antara kejayaan yang pernah dirai sepanjang 14 tahun berada di pasaran ialah apabila HATIMURNI berjaya menguruskan lebih daripada 750 orang pelajar, 64 orang kakitangan serta mempunyai empat cawangan di Wangsa Maju, Setiawangsa dan Bandar Bukit Mahkota.
“Setiap Murid  Diberi Penekanan Kepentingan Solat  Berjemaah, Adab dan Akhlak.Ustazah Siti Khadijah Cetus Aspirasi Di Tijarah Hatimurni Sdn BhdMenyingkap sisi kejayaan, pasti terbit liku-liku yang perlu dilalui sebelum meniti jaya. Bagi Ustazah Siti Khadijah, cabaran paling besar yang dihadapi oleh HATIMURNI apabila pendemik COVID19 melanda.
“Pendemik Covid19 meninggalkan kesan bukan sahaja dari aspek perniagaan, malah ia turut merubah gaya hidup manusia di seluruh dunia. HATIMURNI juga turut terkesan dan berhadapan tempias di mana perniagaan perkhidmatan pembelajaran anak-anak banyak terikat dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
Jadi untuk proses ini memerlukan kekuatan fizikal dan mental di mana syarikat perlu kekal dan pada masa yang sama memastikan kakitangan HATIMURNI tidak terjejas dari segi sumber pendapatan. Walaupun HATIMURNI melalui fasa ini dengan seribu kepayahan, tetapi apa yang penting kami ingin memastikan kami dapat melalui saat getir ini.”
Bagi mengelak pelajar pusat itu tercicir sukatan pelajaran yang sepatutnya diajar selepas cuti penggal persekolahan Mac lalu, HATIMURNI menggunakan kemudahan teknologi di mana pembelajaran secara alam maya dijalankan bagi memastikan para pelajar tidak tercicir di dalam pelajaran mereka. Kelas digital untuk pelajar di HATIMURNI telah lama dirancang namun tertangguh disebabkan beberapa faktor. Walaubagaimanapun selepas pengumuman PKP pada 16 Mac lepas, pihak HATIMURNI mengambil peluang melaksanakan kelas tersebut bagi manfaat para pelajar, Pada peringkat awal pelaksanaan kelas digital, ia dijalankan secara komunikasi sehala dengan tenaga pengajar akan merakam video dalam durasi 50 minit mengenai tajuk sesuatu mata pelajaran sebelum ia dimuat naik ke laman Facebook. Video pengajaran dan pembelajaran itu akan disiarkan pada pukul 10 pagi pada hari yang telah ditetapkan untuk diakses pelajar.

“Setiap Murid  Diberi Penekanan Kepentingan Solat  Berjemaah, Adab dan Akhlak.Ustazah Siti Khadijah Cetus Aspirasi Di Tijarah Hatimurni Sdn BhdHATIMURNI telah melangkah setapak lagi dengan memperkenalkan Kempen Mengaji Secara Online serta kelas fardhu ain secara online bagi membolehkan lebih ramai individu celik Al Quran apatah lagi dalam situasi dunia sedang berhadapan dengan pendemik COVID19.
Mulai 1 April lepas, pihak pengurusan Hatimurni menambah baik kaedah pengajaran dengan mengendalikan kelas digital menggunakan aplikasi zoom iaitu panggilan video secara beramai-ramai, bagi memudahkan interaksi antara guru dan pelajar.
“Buat permulaan, ia digunakan untuk kelas mengaji qiraat dan al-Qur’an selama 45 minit. Pautan aplikasi itu diberikan kepada ibu bapa sebelum kelas bermula,” katanya menambah kaedah ini mendapat sambutan positif daripada ibu bapa.

IKLAN

Kelas digital di pusat itu akan diteruskan walaupun berakhirnya PKP kelak dan akan ditambah baik mengikut kesesuaian dari segi penyampaian.

“Pada masa akan datang, kaedah pengajaran dan pembelajaran akan dijalankan secara komunikasi dua hala, ia akan lebih bermanfaat kepada pelajar dan guru,” katanya.

IKLAN

Usaha murni tersebut wajar diberi pujian dalam usaha memartabatkan Al-Quran sebagai gaya hidup selain meletakkan al-Quran pada kedudukan tertinggi apatah lagi penghayatan al-Quran itu perlu diwujudkan dalam diri setiap anggota masyarakat betapa perlunya al-Quran itu ‘hidup’ dalam setiap diri orang Islam.

“Setiap Murid  Diberi Penekanan Kepentingan Solat  Berjemaah, Adab dan Akhlak.Ustazah Siti Khadijah Cetus Aspirasi Di Tijarah Hatimurni Sdn Bhd

Hatimurni merupakan sekolah Islam swasta yang ditubuhkan pada 2007, mengkhususkan kepada perkhidmatan kelas KAFA iaitu kelas mengaji (qiraat dan al-Quran), hafazan dan fardhu ain kepada pelajar dari usia tujuh hingga 13 tahun. Pusat itu juga menyediakan kemudahan transit serta pengangkutan kepada pelajar. Semoga usaha untuk memartabatkan Al Quran sebagai gaya hidup generasi akan datang dipermudahkan dan mendapat sokongan dari ibubapa yang mahukan pendidikan agama yang kondusif untuk generasi akan datang.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI