Seorang pengusaha peniagaan gergasi minyak dan gas, Reliance Industries daripada India, Mukesh Ambani, memiliki kekayaan bersih 45 billion US Dolar dan menduduki tangga ke-13 sebagai orang paling kaya di dunia! Bukan itu sahaja, Mukesh juga seorang lelaki yang bertuah kerana dikurniakan isteri yang sangat prihatin dan sanggup turun padang membantu orang kurang berkemampuan.
BACA: Nita Ambani Isteri Lelaki Terkaya Di Dunia
Pasangan paling kaya di dunia ini memiliki kediaman super luxurious yang juga dipercayai sebagai kediaman paling mahal dan terbesar di dunia yang terletak di selatan India, Mumbai.
Hartanah setinggi 27 tingkat yang mengagumkan itu menelan belanja RM 5.44 billion dan dinamakan Antilia sempena nama pulau mitos Laut Atlantik.
Antalia juga bukan sekadar rumah biasa kerana ia dilengkapi dengan 3 helipad, beberapa kolam renang, dewan, taman seluas tiga tingkat, tempat letak kenderaan enam tingkat, dan memerlukan seramai 600 pekerja untuk menguruskan kediaman tersebut. Lebih mengagumkan, Antilia juga mampu menahan gegaran gempa bumi berskala 8 magnitud!
Cuba tengok gambar-gambar di bawah. Memang amazing!
Tak dapat bayangkan bagaimana sebuah bangunan setinggi 27 tinggkat boleh dijadikan sebagai rumah yang hanya didiami 5 orang!Juga terdapat bilik ais yang direka khas dan bersalji, dimana penghuni dan tetamu boleh menyejukkan badan daripada cuaca panas di Mumbai. Selain itu,terdapat juga spa dan salon.
Antilia mula dibina pada tahun 2006 dan siap pada tahun 2010. Reka bentuk rumah ini telah dihasilkan oleh arkitek terkenal dunia Perkins & Will dan mempunyai jumlah keluasan 37,000 meter persegi!
Bahkan, ia juga mempunyai ballroom, dan 80% daripada syiling ballroom ini dilitupi oleh lampu gantung kristal.
Empat tingkat dikhaskan sebagai taman terbuka yang mempunyai atrium dan dihiasi dengan taman bunga dan rumput hijau serta dilengkapi kuil yang sangat besar.
Garajnya juga mampu memuatkan 168 buah kereta pada waktu yang sama!
sumber gambar: iluminasi.com
This website uses cookies.