10 September 2022 menjadi detik terindah buat pasangan ini apabila mereka sah bergelar suami isteri. Kini genap dua bulan mereka melayari bahtera rumahtangga. Boleh dikatakan masih lagi dalam fasa bulan madu.
Jelas terpancar kebahagiaan pada raut wajah pelakon terkenal, Sharifah Amani Syed Zainal Rashid sejak berstatus isteri kepada Ahmed Faris Amir yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Impact Integrated.
Walaupun sibuk dengan komitmen kerjaya namun masing-masing masih sempat ‘mencuri’ masa untuk meluangkan masa berkualiti berdua. Nama pun pengantin baru, berjauhan sekejap pun sudah rindu, kan?
Memetik kata-kata Sharifah Amani di Instagramnya..
“Kasi chance geng, sis still terapung-apung di alam pengantin baru.”
Tertarik dengan perkongsian pelakon filem ‘Sepet’ dan ‘Gubra’ ini di akaun Instagramnya baru-baru ini. Di mana dia dan suami saling membuat surprise sehingga menarik perhatian para pengikut serta peminat.
Apatah lagi dengan penampilan Sharifah Amani yang sederhana serta polos tanpa solekan mengundang pujian ramai. Walaupun berusia 36 tahun tetapi Sharifah Amani kelihatan persis belasan tahun.
SUAMI BUAT SURPRISE!
Tulis Sharifah Amani, “Cerita dia gini, kita duk shooting pastu ada off day. SuaMed cakap dia ada work jugak area sini, esok tu dia mai singgah.
“Malam tu as I was watching a crime series there was a knock on my room door. Kita pun panic lah. Who could that be?!
“It was SuaMed! Happy betul muka dia berjaya surprise bini. Esoknya dia kidnap kita jejalan playground si Orked dul. Sempat lah dating jap.
“Tengkiu SuaMed for our quick adventure. May we be able to surprise each other again and again, sampai when when. Love you Amed.”
Tidak lama kemudian, Sharifh Amani pula membuat kejutan balas kepada suaminya. Namun dengan cara yang sedikit ‘adventure’ iaitu menaiki keretapi demi bertemu suami tersayang.
”Haritu SuaMed surprise kita kat tempat shooting, so I decided to surprise him in return. Beli ticket, naik train, redah travel just to see that priceless look on his face. Well worth it all.
“Member siap bawak naik router pasal nak FaceTime clearly with bini malam tu. Hehehe
“This person can make my blood go upstairs samtaims but if I can keep that smile on his face til when when I will try my very best to do so. Mudah mudahan. Here’s to forever B. I love you #SuaMed
Untuk rekod, pasangan ini bertemu buat pertama kalinya pada tiga tahun lalu iaitu ketika Sharifah Amani bertugas selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah sebuah organisasi yang diketuai Ahmed Faris.
Pada pertemuan itu mereka bekerja atas dasar profesional. Belum ada rasa cinta. Dipendekkan cerita, selepas Covid-19 masing-masing berstatus solo. Akhirnya cinta bertandang tanpa diduga sehinggalah mereka bertemu jodoh bersama.
“Suami tangkas dalam setiap gerak-geri. Dia pandai dan bijak mengambil hati saya. Malah, pada masa sama, suami sering buat saya tergelak dan mudah terhibur. Apa yang buat kami serasi, dia adalah antara kawan lepak yang ‘sempoi’ dan terbaik,” ungkap Sharifah Amani.
Semoga Sharifah Amani dan suami kekal bahagia dan sweet sampai syurga.
Kredit Foto: Instagram Sharifah Amani
This website uses cookies.