Wanita yang berjiwa kental ini bukan sebarang wanita. Sharifah Norizan Syed Isa memiliki sebuah resort yang terletak di Hutan Simpan Bukit Lagong ini bukan suatu perniagaan yang calang-calang. Taman Eko Rimba Komanwel yang dipenuhi dengan keaslian pokok-pokok hutan dan keindahan landskap merupakan tarikan utama pengunjung ke sini yang gemarkan alam semula jadi.
“Rezeki mengendalikan resort ini pula datang tanpa saya jangka”. Peluang yang datang tidak mampu saya tepis malah menaikkan semangat untuk terus berjuang memperkemaskan perniagaan yang belum pernah saya ceburi sebelum ini. Saya suka mencabar diri dan perkara paling utama untuk berjaya dalam perniagaan adalah mempunyai semangat untuk terus berjaya dan tidak mudah putus asa serta tidak terlalu yakin atau over confident.
Resort yang saya usahakan kini lebih kepada eko-tourism. Taman Eko Rimba Komanwel yang terletak berhampiran dengan Hutan Lipur Kanching ini memberi peluang kepada pengunjung merasai pengalaman menarik menerokai keunikan alam semula jadi di kawasan itu. Saya sangat mementingkan kebersihan resort dan baru-baru ini jawatankuasa dari Kementerian Kesihatan Hospital Selayang datang memeriksa kebersihan resort dan telah memberikan markah tertinggi dalam kebersihan resort saya.
Suasana nyaman di Taman Eko Rimba Komenwel
Jiwa saya terlalu mencintai alam sekitar dan kecewa melihat khazanah alam yang sangat berharga dimusnahkan, terbiar dan tercemar. Sebagai orang yang telah menikmati alam sekitar yang indah, kalau kita tidak menjaga dari sekarang warisan alam ini, terfikir kah kita bagaimana anak-cucu dan generasi muda kita ingin meneruskan kelestarian hidup di muka bumi akan datang dan pasti tidak dapat menikmati keindahan alam sekitar apatah lagi untuk menyayangi alam semula jadi.
Antara keindahan alam di Taman Eko Rimba Komenwel ini
Menikmati keindahan alam indah ini umpama terapi diri. Jika saya dilanda stres cara yang mudah untuk menanganinya adalah dengan mengunjungi resort. Saya akan masuk ke dalam hutan dan bermain di gigi sungai atau membersihkan sungai. Cara ini yang dapat melegakan tekanan bagi saya. Apabila melihat air sungai mengalir dan mendengar alunan air sungai yang mendamaikan itu mampu membuat saya lebih tenang dan tenteram,” bicara wanita yang berusia 41 tahun ini bersungguh.
Wanita yang tidak mudah mengaku kalah ini boleh berbangga memiliki beberapa syarikat di bawah seliaannya yang bermula daripada sifar. “Saya dan suami memang bermula daripada sifar dan daripada itu kami berdua sentiasa berusaha gigih. Saya bukan lahir daripada keluarga yang senang, jadi untuk itu saya perlu berusaha gigih untuk mengecap kehidupan seperti sekarang.
Mutiara kata yang menjadi pegangan dalam hidup saya adalah, Every successful person has a painful story. Every painful story has a successful ending. Accept the pain and get ready for success. Kata-kata semangat ini mampu menaikkan semangat jika saya baca berulang kali,” ujar Sharifah yang pernah bekerja dalam syarikat multinasional cari gali dan minyak ini.
Apakah rahsia wanita ini menguruskan masa demi menerajui pelbagai cabang syarikat dan memegang status sebagai isteri dan juga ibu kepada dua orang anak. “Secara jujurnya masa saya memang sangat terhad. Saya jarang mempunyai masa untuk bersantai bersama teman-teman dan sebagainya. Kadang-kadang orang menganggap saya sebagai sombong tetapi sebenarnya saya tidak mempunyai masa untuk bersosial. Masa saya lebih tertumpu kepada urusan kerja dan keluarga. My best friend is my husband and we complete each other
,” ungkap Sharifah mengakhiri perbualan kami pada petang itu.
This website uses cookies.