Seperti yang diketahui ramai, pelakon cantik berdarah kacukan, Emma Maembong telah selamat melahirkan bayi lelaki di pusat perubatan di Shah Alam pada 8 November 2020 lalu tepat jam 2.38 pagi. Bayi lelaki comel yang diberi nama Shariq Gabriel ini benar-benar telah mencuri hati setiap orang yang memandangnya.
Memiliki kulit wajah yang putih melepak mewarisi kecantikan ibunya dan ketampanan ayahnya. Bayi lelaki yang disapa Gabriel oleh ibunya ini kelihatan begitu comel dan kacak dengan mempunyai sepasang mata yang cantik dan berwarna kelabu. Kebahagiaan jelas terpancar di wajah isteri kepada Muhammad Shazli Azhar ini lebih-lebih lagi sejak bergelar ibu.
Nampaknya Emma Maembong sudi berkongsi kebahagiaannya bergelar seorang ibu dengan membuka akaun laman sosial khusus untuk anak kesayangannya itu @shariqgabriel menerusi Instagram. Walaupun akaun tersebut baharu sahaja diwujudkan namun telah mempunyai 79 ribu pengikut. Wajah comel Gabriel boleh ditatap menerusi akaun ini.
Sebelum ini, Emma Maembong yang telah menoktahkan ikatan cinta bersama suaminya yang merupakan juruterbang pada tarikh yang sangat indah iaitu 20.02.2020.
Berkongsi detik perkenalan, pasangan terbabit bersua buat kali pertama pada tahun 2017 ketika menghadiri majlis sambutan ulang tahun Uqasha Senrose. Namun ketika itu mereka hanya berbual kosong dan tidak pernah menjangkakan ada ‘percikan cinta’ selepas itu.
“Biarpun semuanya berlaku dengan begitu pantas, saya percaya ada hikmah tersendiri hingga menyatukan kami menjadi pasangan suami isteri yang sah. Semoga permulaan fasa baharu ini akan terus mematangkan saya dan suami, insya-Allah,” kata Emma Maembong.
This website uses cookies.