Alhamdulillah, tahniah Elisya Sandha dan Uzair Haqimy yang selamat timang cahaya mata sulung pada 18 Jun lepas. Walau terlewat dua hari daripada jangkaan tarikh bersalin namun semuanya dipermudahkan dan kedua-dua ibu serta anak berada dalam keadaan sihat walafiat.
Ads
Pastinya selain Elisya dan suami, penerbit dan pelakon terkenal Sheila Rusly sangat gembira dengan perkhabaran tersebut. Apatah lagi, ini merupakan cucu pertama. Siapa tak teruja, kan?
Menyedari keterujaan ibu mentua, Elisya dan Haq setuju untuk menamakan anak sulung mereka mengikut pilihan nama Sheila Rusly iaitu Bunga Elhaq. Pandai isteri Jinggo ini pilih nama cucu! Sesuai dan klasik.
Tambahan pula, ketika Baby Shower Elisya dan Haq pada awal Jun lepas pasangan muda ini memaklumkan nama anak mereka dipilih oleh Sheila Rusly dan mempunyai gabungan nama mereka berdua.
Belum bersedia berkongsi wajah anak sepenuhnya, Elisya menzahirkan rasa syukur atas kelahiran bayi perempuan. “And our new chapter has begun. To my love, Bunga Elhaq I love you with all my heart, carried you for 9 months and now I will be carrying you in my arms forever.”
Baru saja lahir, Bunga Elhaq sudah pun mempunyai akaun Instagram sendiri dan mempunyai hampir 10 ribu followers dalam masa kurang daripada sehari.
Kongsi Elisya kepada Nona dalam temu bual eksklusif coverstory digital Jun 2022, adik kepada Fasha Sandha ini memberitahu dia berpantang di rumah Sheila Rusly memandangkan ibunya, Mama Sandha agak sibuk dengan rutin harian.
Ads
“Saya rasa waktu Mama Sheila lebih fleksibel. Lagipun Mama Sheila ada production sendiri, kalau tak ada shooting, dia boleh jaga saya dan baby. Jadi sebab itu saya rasa lebih convenience duduk berpantang di rumah Mama Sheila.”
Mengulas perancangan untuk memiliki zuriat seterusnya kelak, Elisya tidak menolak rezeki namun berharap dapat mempunyai tiga hingga empat orang cahaya mata.
Ads
“Kalau boleh rancang nak tiga ke empat orang anak je. Keluarga saya ramai, saya ada enam adik-beradik dan dah ada lapan anak buah. Suami pula quite small.
Jadi untuk ada tiga ke empat orang tu dah memadai. Memang saya ada banyak impian dan boleh achieve sebab sebab muda lagi. Ada orang kata pregnant muda-muda ni sayang. Susah nak dapat apa yang saya nak.
Saya rasa tu salah sebab rezeki semuanya datang dari Allah dan rezeki tu akan datang bersama usaha. Saya akan berusaha ke arah tu sambil ada anak di sisi. Saya nak jadikan anak tu sebagai semangat untuk saya capai impian yang belum tertunai.”
Elisya dan Haq selamat mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahun ini mencipta sejarah baru dalam tradisi sambutan Hari Raya Malaysia. Buat kali pertama, rakyat tidak dibenarkan merentas negeri untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri. Tiada lagi solat raya di masjid. Tiada juga adat salam bermaaf-maafan dan keraian rumah terbuka.
Yang jauh, kekal jauh. Demi keselamatan semua yang kita sayangi.
Jika begini, masih bermaknakah Hari Raya sebenarnya? Kenapa tidak. Kembalikan tenaga perayaan itu dengan naskhah Nona edisi Aidilfitri, eksklusif bulan Mei ini kami tampilkan aura glamoraya Anzalna Nasir dan Tya Arifin sebagai frontliners wajah depan.
Tidak ketinggalan, Nona mengungkap nostalgia Syawal bersama Puan Sri Normala Samsudin dan puterinya, Dr Ruhila Roslan sebagai pemanis back cover. Gandingan ibu dan anak yang masih mekar dengan julukan ‘Wanita Melayu Terakhir’, saling mengimbau kenangan Aidilfitri di kampung.
Menarik dalam Fokus, mengupas topik kematian yang dicemburui bersama aktres Farah Ahmad (balu pengarah filem Pitt Hanif), penyanyi Azian Mazwan Sapuan serta model Alya Iman dan Azalea (anak-anak arwah Ustaz Azmil Mustapha). Kisah kemanisan dalam kehilangan pasti mengundang juraian air mata.
Tidak ketinggalan, selak himpunan 50+ fesyen raya ilham pereka masyhur dan 50+ resipi tradisi kontemporari untuk hidangan lebaran. Semua ini dan banyak lagi pengisian gaya hidup, fesyen, kecantikan dan dekorasi sebagai persiapan Hari Raya norma baru.
BONUS
Setiap pembelian turut disertakan booklet Inspirasi Selebriti TOP Plush & Nona yang menampilkan enam artis popular iaitu Janna Nick, Zara Zya, Nabila Razali, Zara Zya, Anzalna Nasir dan Tya Arifin. Ketahui aspirasi kejayaan mereka dan rahsia pakaian selepas di-Plush oleh Nona!
Cara mendapatkan majalah Nona:
Buat pemesanan secara online di Karangkraf Mall (klik sini).
Whatsapp Karangkraf Mall di talian 019-2297227.
Muat turun majalah secara virtual melalui aplikasi eMall Karangkraf di Google Playstore atau Apple Store.
Kunjungi kedai serbaneka 7eleven di sekitar Lembah Klang untuk pembelian terus bermula 15 Mei 2020.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mungkin kita biasa dengar kisah wanita yang berjuang demi kelangsungan hidup tapi kisah mereka berlalu begitu sahaja. Demi mengwujudkan kesedaran kepada wanita tentang perjuangan wanita lain Avon telah mengambil inisiatif melancarkan gerakan untuk meraikan pencapaian dan kisah wanita di seluruh dunia.
Gerakan ini dikenali sebagai My Story Matters, yang mengutarakan kisah dan keperibadian wanita di seluruh dunia dengan meraikan pencapaian serta memberi inspirasi kepada insan lain untuk memenuhi keinginan mereka.
Antara kisah yang boleh menyuntik inspirasi dari Malaysia ialah; “Di saat kami bersemangat untuk menjadi usahawan, kami juga berasa sangat khuatir untuk memulakan perniagaan ini. Kebimbangan terhadap penerimaan dan potensi risiko sering bermain sehinggalah penularan wabak tercetus dan membuka mata kami terhadap peluang tanpa had yang tersedia melalui rangkaian (network), hubungan dan saluran media sosial. Hari ini, perniagaan kecil kami telah berkembang berkat dari kepercayaan kami meneroka dan mendorong diri untuk melangkaui zon selesa kami.” – Aninna Dundang & Aninni Dundang, Sarawak.
“Setelah bekerja sendiri selama 10 tahun, saya terus mencabar diri untuk melalui pelbagai fasa perubahan bagi menyesuaikan diri dengan pemilihan pengguna dan kemajuan teknologi yang terus berkembang. Perjalanan saya di dalam dunia perniagaan telah menjadikan saya seorang wanita yang kuat serta lebih berdaya saing dan harini, saya bukan sahaja telah menjadi lebih yakin dengan diri sendiri malah saya juga memberikan kembali apa yang telah saya pelajari serta berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan rakan-rakan yang berhasrat untuk memulakan perniagaan sendiri.” – Evelyn Wong, Kuala Lumpur.
Menurut Pengarah Urusan Avon Cosmetics (Malaysia) Sdn Bhd, Tan Mei Yen, “Avon sentiasa komited dalam memperkasakan kehidupan. Di dalam dunia kita yang masih satu abad kebelakang dari kesetaraan jantina, dan hanya seperempat (24 peratus) individu didengar, dibaca atau dilihat di akhbar, berita televisyen dan radio adalah wanita.
Misi kami adalah untuk membantu wanita mengatasi halangan dan cabaran yang dihadapi, menjadi identiti diri yang sebenar dan itulah sebabnya kami mencipta galeri cerita digital terbesar di dunia untuk meraikan wanita. Ini adalah bukti hasrat Avon untuk memperkasa dan meningkatkan ekspresi mereka, dan kami mencari cara baru tanpa prejudis untuk suara mereka didengari.
Kami berharap My Story Matters dapat menunjukkan bahawa setiap cerita mempunyai nilai dan layak diberi kesempatan untuk didengar dan dikongsi, dan tidak boleh dipandang rendah,” katanya.
Dengan pendekatan ini, Avon menyeru orang ramai untuk berkongsi 1 juta cerita di platform ini. Sehingga kini, lebih dari 300,000 cerita telah disumbangkan ke galeri ini. Untuk meraikan setiap cerita di platform ini, Yayasan Avon akan menyumbang $1 kepada badan kebajikan yang menyokong wanita untuk membantu mewujudkan dunia yang lebik baik kepada wanita.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seriously, kagum dengan sikap para penyokong negara Matahari Terbit ini yang datang menyaksikan perlawanan Piala Dunia 2018 di antara Jepun dan Belgium awal pagi tadi. Meskipun tewas 3-2 pada saat-saat akhir namun mentaliti dan sivik yang ditonjolkan penyokong di stadium selepas tamat perlawanan menjadi bualan ramai.
Seperti yang kita sedia maklum, masyarakat Jepun sememangnya terkenal dengan adab dan penekanan tentang kebersihan yang tinggi. Bagi yang pernah melancong dan tinggal di sana pasti teruja tengok cara mereka bekerja dan memelihara persekitaran. Memang bersih.. hendak jumpa sampah pun susah.
Disebabkan sudah terbiasa dengan situasi sedemikian, penyokong Jepun yang bertandang ke Rusia baru-baru ini turut membawa budaya tersebut ketika menyaksikan perlawanan. Dan, seperti yang dijangkakan tindakan masyarakat berbudi ini mendapat perhatian meluas.
Lebih mencuri tumpuan, dalam keadaan sedih kerana pasukan negara kecundang di tangan Belgium.. mereka tetap mengaut sisa buangan di sekeliling sambil menangis meratapi kekalahan berkenaan. Satu pemandangan yang sukar dilihat di kebanyakan negara terutamanya di negara kita.
Biarpun kalah, rata-rata khalayak yang melihat situasi ini menganggap masyarakat Jepun adalah ‘juara’ di mata dunia kerana kerana secara tidak langsung tindakan mereka berjaya mendidik orang ramai untuk membuat perkara sama.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
21 Disember lalu, Puteri Nur Aisya yang merupakan anak perempuan kepada pengarah terkenal iaitu Aziz M. Osman dan bekas isteri, Nor Aliah Lee selamat melangsungkan perkahwinan. Diraikan dalam sebuah majlis serba indah dan meriah, Puteri Nur Aisya sah ...