Bertuahnya dapat mak mentua yang baik dan kelakar. Secara tak langsung hubungan kekeluargaan pun akrab. Itulah dinamakan rezeki, kan?
Ads
Siapa tak kenal dengan pengacara dan penyampai radio Suria FM popular, Sharifah Shahirah atau Shiera baru sahaja menerima menantu pertama pada 11 November 2022.
Anak sulungnya, Allisya Tahir yang kini berusia 23 tahun sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Mohd Zulhisyamuddin.
Majlis ijabkabul yang berlangsung di sebuah dewan di Kuala Lumpur itu meriah dengan kehadiran keluarga serta kenalan rapat.
Allisya dinikahkan sendiri oleh bapanya, Tahir Ali dengan hanya sekali lafaz. Allisya menerima mas kahwin sebanyak RM80 berserta tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.
Allisya merupakan zuriat hasil perkahwinan pertama Shiera dengan vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt atau nama sebenarnya Tahir Ali. Mereka berkahwin pada tahun 1993 namun bercerai enam tahun kemudian. Shiera kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan pelakon Zulkifli Azhari atau Ijoy pada tahun 2003 dan dikurniakan empat anak.
Ads
Teruja menerima menantu sulung, Shiera, 48, yang tampil cantik dalam persalinan serba putih dilihat sibuk menguruskan persiapan dan memastikan majlis istimewa itu berjalan dengan lancar.
Ads
“Saya tak kisah pun Allisya nak kahwin DI USIA MUDA. Itu pilihan dia. Sebagai ibu, saya terima keputusanNYA dan tidak menghalang. Asalkan pandai menjaga batas pergaulan, Alhamdulillah. Bagi saya menantu seorang lelaki yang baik, begitu juga keluarganya,”kongsi Shiera.
Berkongsi momen itu, Shiera turut memuat naik beberapa video yang merakamkan kemeriahannya majlis tersebut.
Turut hadir meraikan pasangan pengantin ialah Sharifah Sakinah, Marsha Milan dan sahabat baik Shiera yang juga merupakan pelakon era 1990an, Azah Aziz.
Shiera memaklumkan anak sulungnya itu akan menetap di Pulau Tioman kerana menantunya menguruskan perniagaan pelancongan di sana. Menantunya itu juga merupakan pemandu bot yang membawa pelancong di Pulau Tioman serta menjadi tenaga pengajar di sana untuk aktiviti snorkeling.
Pasangan ini diraikan pada majlis resepsi yang diadakan pada 13 November 2022, Allisya dan Mohd Zulhisyamuddin bertunang pada Mac 2022. Alisya yang mewarisi bakat bapanya Allisya pernah muncul dengan single berjudul Hey Pria ciptaan Sharon.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah bertahun prosiding mahkamah berlangsung mengenai kemelut di antara pelawak, Ali Puteh dan kakak iparnya, Siti Nor Hidayah Mohd Ali akhirnya keputusan mahkamah berpihak kepada balu Allahyarham Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan.
Menerusi perkongsian Hidayah di media sosial miliknya, ibu kepada Syed Uthman Hamzah Al-Juffery ini meluahkan rasa syukur dengan keputusan tersebut dan berharap kehidupannya bersama anak tersayang akan lebih baik selepas ini.
Dedah Hidayah, “Alhamdulillah syukur pada Allah, keputusan rayuan mahkamah telah diputuskan, juga telah memihak kepada Hidayah. Semoga pihak di sana tidak melengah-lengahkan lagi segala urusan pembayaran mengikut perintah mahkamah yang telah ditetapkan.
Semoga Dayah dan Hamzah boleh meneruskan kehidupan yang lebih baik dan sempurna selepas ini. Aamin.. Terima kasih semua yang mendoakan Hidayah dan Hamzah.”
Hidayah turut memuat naik gambar dirinya lengkap berbaju kurung ungu di hadapan kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Sebelum ini, mahkamah menolak rayuan Ali Puteh untuk mengetepikan perintah Mahkamah Sesyen kira-kira 10 bulan lalu yang mengarahkannya membayar ganti rugi RM60,000 kepada Siti Nor Hidayah kerana memfitnah wanita itu dalam Instagram dua tahun lepas.
Pada 18 Februari tahun lalu, Hakim Zulqarnain Hassan membenarkan tuntutan saman Siti Nor Hidayah terhadap Ali Puteh serta membenarkan permohonannya mendapat perintah injunksi bagi menghalang adik iparnya menyiarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya.
Zulqarnain berpuas hati Siti Nor Hidayah berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Ali Puteh dan berpendapat, hantaran Ali Puteh dalam Instagram itu sangat menjatuhkan maruah dan mengaibkan kakak iparnya.
Kemelut antara Siti Nor Hidayah dan keluarga tersebut tercetus selepas kematian Abam Bocey pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beruntungnya Mila Jirin. Sempena hari lahir yang ke-31 semalam, 23 Disember … suami Mila, Isz Mustapha telah menghadiahkan pemberian cukup istimewa buat dirinya. Bukan sambutan hari lahir yang gilang-gemilang mahupun hadiah mewah yang diberikan, sebaliknya tulang belakang kepada kejayaan usahawan Bizmilla ini meraikan hari istimewa isteri tercinta dengan cara lebih bermakna iaitu dengan mengadakan majlis doa selamat.
Apa yang mengharukan ialah majlis doa selamat tersebut diadakan tanpa pengetahuan Mila dan lebih manis, ia dibuat di tiga buah negara! Allahu, baiknya hati seorang suami.
Mengakui timbul rasa sedih apabila suami seolah-olah tidak membuat sebarang perancangan untuk ulang tahun hari lahir tahun ini, Mila bagaimanapun cuba memujuk hati supaya tidak terlalu mengharap. Namun, perasaan tersebut bertukar terharu sebaik sahaja dia mengetahui rancangan sebenar yang telah diatur Isz.
“Semalam menitis air mata saya bila saya dapat tau, suami Isz Mustapha dah uruskan Majlis Doa Selamat pada tanggal 23 haribulan di Madinah (melalui ustaz yang sedang bertugas di sana), di sebuah masjid di Kemboja dengan jamuan makan buat mereka (melalui rakan ustaz suami di sana) dan juga di sebuah Mahaad Tahfiz di Puchong.
Allahuakbar, saya terbaca text doa yang dikirimkan buat saya oleh suami. Allahuakbar.. berjurai air mata. Betapa kasihnya seorang suami buat isteri. Ya Allah, sungguh diri ini mencintai suami ku ini. Lillahi Taala.”
Dalam pada itu, Mila turut berkongsi nasihat yang dititipkan suaminya semalam. “Bukan majlis gilang-gemilang untuk sambut ulang tahun yang kita nak adakan, tetapi mohon doa dan panjatkan kesyukuran pada Allah di atas semua nikmat yang dipinjamkan.”
Tambahnya, “Saya menangis.. benar! Nikmat Allah yang mana yang nak kita dustakan?? Terkadang diri ini terlalu terikut budaya dan style orang zaman sekarang. Sambutan gilang-gemilang hingga lupa panjatkan kesyukuran.”
Pasti ramai yang mengikuti perkongsian Mila Jirin ini pun turut terkesan dengan tindakan suami kepada penyanyi bersuara lunak ini. Ia nyata sebuah hadiah yang tidak ternilai harganya.
Kredit: Instagram Mila Jirin
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Happy anniversary buat Neelofa dan Haris! Diam tak diam, usia perkahwinan pasangan selebriti popular ini menginjak usia dua tahun. Kian bahagia melayari alam rumah tangga bersama-sama, Neelofa dan Haris juga semakin rancak merencana empayar perniagaan mereka iaitu Nunha.
Selamat bergelar suami isteri pada tanggal 27 Mac 2021, tidak dinafikan rezeki pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor dan Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz ini semakin melimpah ruah.
Buktinya pada Februari lalu, mereka dilantik sebagai duta bagi syarikat Omrah Travel dan selamat mengerjakan ibadah umrah di samping anak tersayang.
Bersempena ulang tahun perkahwinan kedua, Neelofa menerusi Instagram miliknya berkongsi momen indah majlis pernikahannya dan Haris yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara dua tahun lepas.
Hanya berkongsi kapsyen ringkas 27.3.2021, perkongsian usahawan ini meraih ribuan tanda suka dan dibanjiri dengan ucapan tahniah serta syukur daripada peminat tersayang.
Mengimbas kembali hari bahagia Neelofa dan Haris, pasangan ini tampil memukau dalam persalinan indah serba putih bertemakan dekorasi indah RekaTeemor yang menggunakan himpunan bunga-bungaan segar berwarna putih.
Neelofa menerima mas kahwin daripada suaminya dalam bentuk sebentuk cincin dan dihadiri ahli keluarga, saudara mara dan kenalan rapat.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran kedua-dua ibu bapa mereka iaitu Dato’ Halim Khan dan Datin Noor Kartini serta Dato’ Seri Ismail Nobat dan Datin Seri Normah Johari.
Dua tahun melayari hidup berumah tangga, kehidupan Neelofa dan Haris lebih bermakna dengan kehadiran cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Bilal yang genap mencecah usia setahun pada 29 Januari lepas.
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...