Shopee Superstar Awards 2024, yang berlangsung di The Agam Kuala Lumpur, meraikan pencapaian bakat cemerlang Malaysia dalam menyokong pertumbuhan e-dagang negara. Lebih daripada 500 hadirin, termasuk afiliasi utama Shopee dan peneraju industri, berkumpul untuk menghargai kreativiti dan semangat keusahawanan yang diserlahkan oleh para pemenang dalam memajukan pasaran digital Malaysia. Selebriti tempatan dan Duta Jenama Shopee, Dato Seri Vida dan Izzue Islam, turut mempersembahkan tarian Shopee 11.11 Jualan Hebat di pentas.

Ads

Shopee Superstar Awards 2024: Meraikan Pencapaian Terunggul E-Dagang di Malaysia!

Tahun ini, Shopee Superstar Awards mengiktiraf 116 individu cemerlang dalam 20 kategori, termasuk beberapa anugerah pilihan peminat yang dipilih melalui undian awam – menampilkan afiliasi terkemuka Malaysia dalam komuniti e-dagang. Anugerah berprestij baharu, ‘Kelab 5,000,000 Ringgit Shopee Affiliate’ dan ‘Kelab 2,000,000 Ringgit Shopee Affiliate’, mengiktiraf afiliasi yang berjaya membantu perniagaan tempatan mencapai nilai jualan sehingga  RM5 juta dan RM2 juta di Shopee. Kategori lain yang diraikan termasuk ‘Pencipta Baru Paling Popular’ dan ‘ Pencipta Paling Popular’ untuk kandungan fesyen, gaya hidup, elektronik, dan kecantikan.

“Shopee Superstar Awards 2024 menyerlahkan impak besar Afiliasi Shopee kepada penjual dan jenama tempatan yang memacu pertumbuhan komuniti dalam sektor dagangan dalam talian di Malaysia. Tahun ini, kami berbesar hati mengalu-alukan lebih 300,000 afiliasi baharu ke dalam ekosistem kami – peningkatan tiga kali ganda daripada tahun lalu.  Dedikasi dan semangat keusahawanan para afiliasi membawa inspirasi dan diiktiraf melalui anugerah yang dimenangi mereka pada malam ini,” kata Nadia Anwar, Ketua Komunikasi Kerajaan dan Perhubungan Awam di Shopee Malaysia.

Malam anugerah ini turut memberi penghargaan kepada afiliasi terunggul Shopee yang berjaya meningkatkan jumlah pesanan bagi penjual dalam kategori fesyen (600%), kecantikan (300%), dan gaya hidup (250%) pada tahun ini sahaja. Shopee juga meraikan lebih daripada 500,000 Afiliasi Shopee dalam komuniti mereka, yang secara kolektif telah menjana lebih 90 juta pesanan untuk PMKS tempatan, penjual, dan jenama di platform pada tahun 2024. Anugerah ini mencerminkan komitmen Shopee untuk memperkasakan rakyat Malaysia agar berjaya dalam ekonomi digital, sambil menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Ads

“Menghadiri Shopee Superstar Awards 2024 adalah satu detik istimewa bagi saya, kerana Shopee memainkan peranan besar dalam perkembangan saya sebagai seorang usahawan. Saya berbesar hati dapat berkongsi pandangan tentang penciptaan kandungan bersama komuniti, sambil melihat begitu ramai penjual dan afiliasi yang memacu ekonomi digital Malaysia. Shopee bukan sahaja menyediakan platform untuk saya mempamerkan karya, tetapi juga memperkasa saya untuk berhubung dengan khalayak yang lebih luas dan mengembangkan perniagaan,” kata Khairul Aming, usahawan, selebriti, dan pemenang Anugerah Superstar Shopee.

Ads

Shopee Superstar Awards 2024: Meraikan Pencapaian Terunggul E-Dagang di Malaysia!

Shopee Superstar Awards turut mengiktiraf personaliti terkenal seperti Ryan Bakery, Khairul Aming, Shiha Zikir, Misha Omar, dan Bella Astillah sebagai pemenang  Kegemaran Ramai Shopee Live. Semasa malam anugerah, Khairul Aming berkongsi pandangan eksklusif tentang penciptaan kandungan digital dan Luqman Podolski dan Iman Troye melengkapkan malam dengan persembahan istimewa, menjadikan malam anugerah bukan sahaja menghiburkan tetapi berilmu.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI