Gaya Hidup

Si Kecil Buat Helah Dengan MENANGIS? Begini Cara Didikan Yang Betul

Si kecil tiba-tiba menangis tanpa sebab atau kerana hal-hal yang remeh? Sebenarnya itu adalah satu cara mereka mengekspresikan diri atau bertindak balas terhadap sesuatu contohnya gangguan, ancaman, ketakutan mahupun kemahuan yang tidak dilayan.

Apa tindakan yang akan anda lakukan jika situasi ini terjadi? Semakin dipujuk semakin menjadi-jadi pula tangisannya. Jelaslah, tangisan menjadi senjata utama bagi menarik perhatian anda. Mengabaikannya adalah salah satu cara paling mudah untuk dipraktikkan.

JANGAN MARAH, JERKAH ATAU PUKUL

Memarahi atau menjerkah dengan harapan anak berhenti menangis hanya memburukkan lagi keadaan. Anak akan semakin kuat menangis. Begitu juga dengan memukul. Si kecil berisiko untuk memberontak dan tersisih apabila meningkat usianya. Marah, jerkah dan pukul bukan cara didikan yang  betul.

BERCAKAP DENGAN BAIK

Beri nasihat dan fahamkan kepada anak melalui komunikasi dua hala yang betul. Pendekatan ini amat efektif dalam membantu anak-anak untuk bersikap lebih baik. Bimbingan yang berterusan lama kelamaan dapat melatih anak untuk tidak mudah merengek pada masa hadapan.

ABAIKAN TANGISAN

Bersikap lebih tegas dengan mengabaikan tangisannya jika anak terus menangis. ‘Berpura-pura’ seketika seolah-olah tidak mempedulikan keinginannya. Secara tidak sedar anak akan berfikir tidak semua keinginannya perlu dipenuhi.

JANGAN TERLALU DIMANJAKAN

Anak yang terlalu dimanjakan cenderung menjadi anak yang mudah merengek dan tidak pandai berdikari. Jika setiap masa keinginannya dipenuhi sehinggalah satu ketika keinginannya tidak dipenuhi, anak akan lebih memberontak selagi tidak mendapatkannya.

DIDIK ADAB KETIKA BERCAKAP TANPA PERLU MENANGIS

Membantu anak mengurangkan kebiasaannya menangis. Didik anak untuk berani bercakap ketika menginginkan sesuatu, bukannya dengan menangis.

JALIN HUBUNGAN AKRAB DENGAN ANAK

Rapatkan hubungan serta dekatkan emosi anda dengan anak yang dapat mempengaruhi perkembangan dan sikapnya. Anak-anak yang mudah memberontak sebenarnya mereka kurang kasih sayang. Hanya cara itulah saja yang dapat mereka lakukan bagi meraih perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa.

BERIKAN PENGHARGAAN KETIKA ANAK BERSIKAP BAIK

Jika anak berjaya meminta sesuatu tanpa perlu merengek atau menangis hargailah usahanya itu. Berikan pujian serta pelukan hangat di saat anak tidak lagi memberontak. AMY MOHD

 

IKLAN
Share