Saban tahun, rakyat Malaysia pasti berasa teruja dan bersemangat menanti kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos. Tahun ini adalah yang ke-64 kemerdekaan buat Malaysia. HABIB menjadikan kisah hidup si rama-rama sebagai sebuah metafora dan inspirasi untuk kempen kemerdekaannya, Keindahan Merdeka.
Rama-rama mencerminkan sebuah harapan untuk Malaysia mencapai sesuatu yang lebih baik di samping cabaran yang sedang ditempuhi sekarang iaitu pandemik Covid-19. HABIB menjadikan spesis rama-rama sebagai metafora agar rakyat Malaysia terus bersatu dan berjuang bersama untuk memutuskan rantaian wabak ini, serta harapan ke arah masa depan yang lebih cerah.
Selaras dengan kempen Keindahan Merdeka pada tahun ini, HABIB membawa kelainan dan idea baharu dengan bekerjasama bersama pelukis tempatan yang serba berbakat, Najib Bamadhaj. Najib mempunyai kreativiti dan keunikan yang tersendiri dalam menyampaikan makna sebuah kemerdekaan melalui karya-karya lukisan yang dihasilkannya. Setiap karya yang dilakarkan Najib menerapkan elemen metafora dan penceritaan yang unik, bersesuaian dengan tema kempen Merdeka HABIB yang bertujuan menyampaikan mesej harapan Malaysia ke arah masa depan yang lebih baik.
Istimewa pada tahun ini, HABIB mengeluarkan Koleksi Wafer Emas 999 Edisi Terhad bersempena kempen Keindahan Merdeka. Rekaan koleksi ini diilhamkan daripada lima sepsis rama-rama indah yang boleh dijumpai di kawasan Semenanjung Malaysia dan Borneo seperti Rajah Brooke Birdwing, Malay Lacewing, Emerald Swallowtail, Long-Tailed Blue dan Paper Kite Butterfly. Spesis rama-rama terpilih ini mempunyai bentuk dan warna yang menyerlah dan mempersonakan.
Sebagai jenama barangan kemas tempatan terkenal, HABIB menyeru rakyat Malaysia untuk mengimbau kembali sejarah kemerdekaan untuk membangkitkan semangat patriotik dan menghargai nilai kemerdekaan yang telah dicapai sekian lama. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.habibjewels.com dan ikuti kami di laman sosial rasmi Instagram (@habibjewelsofficial) dan Facebook (@HABIB).
This website uses cookies.