Lain macam pemberian suami pelakon Noorkhiriah, Azfaizul Ahtan sempena ulang tahun kelahiran isteri tercinta. Sempena hari lahir aktres ini yang ke-47, dia menerima ‘hadiah’ istimewa pemberian Azfaizul baru-baru ini.

Bagi empunya diri, dia sangat terkejut dan sama sekali tidak menyangka suami membuat kejutan seumpama itu. Khiriah atau Noorkhiriah Ahmad Shapie bungkusan yang dibalut kemas dengan lilitan merah dan reben itu sebenarnya satu set kain kafan.

Artikel https://www.nona.my/mama-doakan-love-jadi-pendakwah-tersohor-ucapan-datin-noor-kartini-sempena-birthday-neelofa-sentuh-emosi/

Noorkhiriah Terkejut Terima Hadiah Dari Suami

Berkongsi video di media sosial, Khiriah memberitahu dia hanya menyedari hadiah berkenaan sewaktu dalam perjalanan ke set penggambaran. Ujar Khiriah, dia sangat terkejut apabila ia diletakkan pada tempat duduk belakang keretanya.

Meskipun pemberian tersebut bukan seperti kebiasaan, namun bagi pelakon ini menerima baik hadiah itu dan berfikiran positif serta tanda peringatan terhadap kematian.

Ads

“Siap Ada Reben,” Noorkhiriah Terkejut Terima Hadiah Set Kain Kafan Sempena Birthday Dari Suami! “Siap Ada Reben,” Noorkhiriah Terkejut Terima Hadiah Set Kain Kafan Sempena Birthday Dari Suami!

Dalam pada itu, Khiriah berseloroh ia bagaikan kebetulan kerana dia menjalani penggambaran di kawasan perkuburan pada hari tersebut.

“Assalamualaikum. Akak tak tahu apa yang Allah nak bagi sebab benda yang dekat dengan kematian yang akak dapat pada hari lahir 2025.

Yang kat tangan tu tak ada poket, tak ada labuci even seutas benang pun tak ada. Akak menumpang keberkatan hari Jumaat di belakang rumah kekal berbekalkan kain kafan hadiah encik suami.

Ads

Lain macam 11/4 tahun ni. Terima kasih Allah masih memanjangkan umur yang dah singkat ni untuk buat apa yang patut. Terima kasih mak. Halalkan air susu. Terima kasih encik suami atas doa dan hadiah. Halus ya permainan.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @khiriah17

“Siap Ada Reben,” Noorkhiriah Terkejut Terima Hadiah Set Kain Kafan Sempena Birthday Dari Suami!

Ads

Saham Akhirat Noorkhiriah

Noorkhiriah yang juga pelakon kini bersama suami mengusahakan Pertubuhan Amal Nur by Khiriah yang menyediakan perkhidmatan mengurus jenazah bermula daripada mandi, kafan, solat dan urusan pengebumian di tanah perkuburan secara percuma.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @khiriah17

“Siap Ada Reben,” Noorkhiriah Terkejut Terima Hadiah Set Kain Kafan Sempena Birthday Dari Suami! “Siap Ada Reben,” Noorkhiriah Terkejut Terima Hadiah Set Kain Kafan Sempena Birthday Dari Suami!

Khiriah mendirikan rumah tangga dengan Azfaizul pada tahun 2006. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI