Bergiat secara aktif dalam bidang fesyen, pasti memberikan ruang yang lebih untuk Zeileen Yusnita Abd Jalil bereksperimen dengan fesyen yang sesuai untuk individu yang memiliki bentuk tubuh yang gempal. Walaupun negara sedang melalui arus kehidupan yang moden, namun stigma individu bertubuh gempal mempunyai limitasi terutama dari segi berfesyen masih terus diperkatakan.
Malah baru-baru ini kecoh apabila individu yang mempunyai berat badan 60kg ‘ditegah’ dari menghadiri majlis pertunjukkan fesyen, memberi pelbagai reaksi yang sedikit sebanyak menjadi sebutan dan perdebatan di kalangan netizen.
Ads
Walapun mempunyai tubuh yang gempal, ia tidak sesekali membuatkan Zeileen merasa rendah diri dan kurang berkeyakinan kerana apa yang lebih diutamakan oleh wanita berusia 31 tahun ini adalah keyakinan dirinya tatkala berhadapan dengan para pelanggan dalam mengetengahkan lagi jenama fesyen yang diusahakan.
Pemilik jenama fesyen Altelia Amani ini mempunyai pandangan tersendiri mengenai fesyen dan tubuh gempal kerana yakin tidak sah tanpa melibatkan elemen fesyen dalam kehidupan seharian.
“Industri fesyen terutamanya untuk wanita yang bertubuh gempal perlu bergerak selari dengan peredaran zaman. Atas kesedaran itu, setiap rekaan terutamanya yang dihasilkan di Altelia Amani diberi sentuhan yang bersesuaian dengan bentuk tubuh walaupun untuk si badan gempal,” ujar Zeileen yang mengasaskan jenama Altelia Amani bersama suami tersayang, Mohamad Farid Omardin.
Tambah Zeileen lagi, sebagai individu yang mempunyai bentuk tubuh yang gempal, sememangnya gaya fesyen yang ringkas menjadi pilihannya. Tetapi dalam mengutamakan soal fesyen, Zeileen lebih mementingkan potongan baju dan juga kualiti kain atau fabrik yang digunakan.
“Dengan susuk tubuh saya, sangat penting untuk saya mengenakan baju yang mempunyai silhouette yang ringkas dan straightforward . Sebolehnya, saya akan elak memakaia pakaian yang terlalu berlebihan atau mempunyai unsur ruffle yang sekaligus menampakkan susuk tubuh yang lebih berisi dan tidak sesuai untuk digayakan.
Selain itu, saya lebih mengutamakan pemilihan fabrik yang bersesuaian agar saya tampil lebih berkeyakinan diri serta selesa apabila berhadapan dengan pelanggan mahupun menghadiri majlis-majlis tertentu. Memandangkan kerjaya saya memerlukan saya sentiasa tampil menarik dan berjumpa dengan pelbagai jenis individu, amat penting untuk mengenakan pakaiaian yang selesa sekaligus memberikan saya keyakinan diri yang lebih tinggi,” ujar Zeileen yang sememangnya amat meminati dunia fesyen.
Ads
PERMINTAAN TERHADAP FESYEN PLUS SIZE
Berbalik soal fesyen untuk golongan plus size, Zeileen tidak menafikan kesukaran dirinya mencari fesyen yang sesuai untuk bentuk tubuhnya banyak mendorong dirinya untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan berasaskan fesyen.Bagi Zeileen, fesyen merupakan sesuatu yang dekat dengan personaliti dirinya yang gemar melihat sesuatu yang cantik untuk digayakan.
Namun begitu, faktor kesukaran mencari pakaian plus size sedikit sebanyak membantutkan penampilan dan gaya. Hanya kira-kira setahun yang lalu, Zeileen melancarkan jenama plus size di bawah label sendiri dikenali sebagai Aamani Curves.
“Jika melihat perkembangan fesyen plus size lima tahun yang lalu, tidak dinafikan agak sukar untuk mencari fesyen yang sesuai dengan bentuk tubuh. Namun begitu, saya amat bertuah kerana berpeluang melanjutkan pelajaran dan bekerja di luar negara di mana amat mudah untuk mendapatkan baju plus size. Melihat permintaan terhadap pakaian plus size semakin berkembang pesat di tanahair, saya lihat ia banyak memberi ruang wanita plus size tampil lebih bergaya sesuai dengan perkembangan fesyen terkini.
Ads
Atas inisiatif ingin membantu wanita plus size memperolehi fesyen dengan lebih mudah, saya memberanikan diri memperkenalkan label Aamani Curves untuk wanita bertubuh gempal. Kehadiran jenama ini memeriahkan lagi industri fesyen plus size yang semakin berkembang pesat di Malaysia,” ujar Zeileen yang sememangnya teruja apabila memperkatakan tentang jenama yang diusahakannya itu.
Menyentuh mengenai pereka fesyen kegemarannya, Zeileen yang mempunyai team pereka fesyen khas di bawah jenama Altelia Amani berkata dia amat berpuas hati dengan rekaan untuk plus size yang dihasilkan di bawah jenama tersebut memandangkan ia amat menepati citarasanya baik untuk kegunaan harian mahupun ketika menghadiri majlis-majlis tertentu.
“Bagi jenama fesyen antarabangsa pula, saya amat meminati hasil kerja pereka fesyen Monique Lhuillier kerana rekaan yang dihasilkan banyak mengetengahkan unsur romantis dan flowy. Sisi lembut yang menjadi keistimewaan di kalangan wanita bertubuh gempal yang perlu diterokai untuk menghasilkan fesyen yang menarik,” ujar Zeileen yang sememangnya mudah mesra dan kaya dengan senyuman.
Bercerita pula mengenai industri fesyen semasa, Zeileen tidak menafikan fesyen berubah dari semasa ke semasa dan sudah menjadi lumrah sebagai pemain dalam industri fesyen untuk mengikut trend agar tidak jauh ketinggalan. Namun begitu, Zeileen turut mempunyai pendirian tersendiri dalam perkara tersebut kerana enggan menjadi hamba fesyen.
“Pada pandangan saya, tidak dinafikan fesyen berubah dari semasa ke semasa. Tetapi sebagai individu, kita perlu mempunyai pendirian dalam sesuatu gaya yang ditampilkan. Usah jadi hamba fesyen dan pilih fesyen yang bersesuaian dengan personaliti. Kita boleh jatuh cinta dengan dunia fesyen tetapi apa yang penting perlu bijak memilih dan menggayakan fesyen yang bersesuaian,” ujar Zeileen seraya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cantik dan memukau! Itulah yang boleh diungkapkan dengan kejelitaan milik wanita yang diberi nama Khadija Omar ini. Memiliki keunikan dan kecantikan yang tersendiri sehingga wanita ini dinobatkan sebagai Miss World Somalia 2021.
Saat meraih gelaran tersebut membolehkan wanita yang berusia 20 tahun ini bertanding dalam pertandingan ratu cantik Miss World ke-70 yang sepatutnya berlangsung pada 16 Disember lalu. Namun, majlis gilang-gemilang itu tidak kesampaian apabila beberapa peserta telah disahkan positif COVID-19 termasuk wakil Malaysia sendiri iaitu Dr. Lavanya Sivaji.
Penangguhan pertandingan ratu cantik Miss World 2021 ini terpaksa dilakukan dan bakal dijadualkan semula pada 16 Mac depan. Walau bagaimanapun, lokasinya masih sama iaitu bakal dipancarkan dari Puerto Rico Coliseum Jose Miguel Agrelot.
Namun, daripada 97 wakil negara yang sepatutnya bertanding di pentas Miss World 2021, pihak organisasi telah menyenarai pendekkan peserta menjadi Top 40. Khadija Omar turut berjaya tersenarai dalam Top 40 dan menjadi pilihan juri. Tahniah!
Bagaimana agaknya hijabi pertama di pentas ratu cantik Miss World 2021 ini akan beraksi nanti agaknya. Wakil Malaysia juga turut tersenarai dalam Top 40. Tahniah! Dr Lavanya Sivaji. Semoga mampu beraksi dengan cemerlang di pentas Miss World 2021 kelak.
Khadija telah menzahirkan rasa gembiranya sejurus tersenarai sebagai Top 40 di laman media sosialnya. “Tiada kata-kata dapat menggambarkan betapa bangganya saya dengan pencapaian yang telah dilalui. Somalia telah mencipta banyak sejarah dan akan meneruskannya.
Menjadi Top 40 telah menunjukkan betapa kerja keras selama ini telah membuahkan hasil dan bagaimana impian menjadi kenyataan. Kepada semua orang yang menyokong saya melalui perjalanan ini, saya akan berterima kasih selama-lamanya.
Kepada negara dan pasukan saya, terima kasih kerana memberi saya peluang ini, saya akan melakukan yang terbaik untuk terus membuat anda bangga,” tulisnya di laman Instagram milik peribadinya.
Khadija Omar dibesarkan di kem pelarian di Nairobi, Kenya sebelum berpindah ke Kanada. Wanita cantik ini menjadikan model hijabi Halima Aden sebagai inspirasinya selama ini. Selain itu, Khadija juga bekerja sambil belajar. Masih menuntut di York Universiti Canada, wanita cantik ini juga merupakan jurusolek profesional serta seorang model.
Sekalung tahniah buat pasangan selebriti Khai dan Rosma atas kejayaan menubuhkan badan amal mereka semalam. Dalam diam, rupa-rupanya suami isteri yang lahir dari program realiti Akademi Fantasia ini aktif membuat kebajikan. Bukan dalam tempoh setahun dua, sebaliknya Khai dan Rosma sudah melakukan kerja murni ini sejak tujuh tahun lepas!
Lebih bermakna, berkat usaha gigih Khai dan Rosma selama hampir tujuh tahun dalam perniagaan, mereka berjaya membangunkan legasi KR Successful Sdn Bhd.
Rosma atau nama sebenarnya Rosmayati Sidik menerusi media sosial menzahirkan rasa syukur sempena Majlis Pelancaran Program Ihsan Kasih oleh Pertubuhan Kasih KhaiRosma.
“Syukur alhamdulillah. Selesai sudah Majlis Pelancaran Sumbangan Dana & Penyerahan Replika Kunci Kereta Proton Saga daripada Pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kepada Pertubuhan Kasih KhaiRosma sempena Program Ihsan Kasih KhaiRosma.”
Sementara itu, Khai dalam ucapannya turut teruja dapat mempergiat usaha membantu golongan kurang bernasib baik menerusi badan amal mereka.
“Saya dan isteri terlibat dengan aktiviti bantuan sejak 2015 lagi dan dikenali sebagai KR Charity dengan menjalankan secara persendirian saja, fokus yang sama bantuan untuk anak-anak kecil.
Setelah mendapat permintaan ramai dalam media sosial yang memerlukan bantuan seperti ini sama ada daripada keluarga sendiri mahupun kenalan, jadi tertubuhlah Pertubuhan Kasih KhaiRosma pada 24 Mei lepas.
Dengan ini membolehkan kami bergerak secara rasmi dengan menjalankan ‘Program Ihsan Kasih KhaiRosma’ bagi membantu anak-anak kecil menghidap penyakit kronik yang memerlukan sumbangan dan bantuan dari segi keperluan asas, perubatan, kos pengangkutan dan pembedahan.”
Dalam pada itu, MAIWP turut meluluskan peruntukan pembiayaan Program Ihsan Kasih KhaiRosma sebanyak RM300,000 termasuk kos perbelanjaan khas bulanan, kos perubatan, kos pembedahan dan pembelian kereta sedan dua buah bertujuan kegunaan ibu bapa mendapatakn rawatan anak di hospital.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Forbes telah menyenaraikan Serena Williams berada di tangga ke-90 sebagai wanita terkaya Amerika Syarikat di atas usaha gigih sendiri.
Kejayaan yang dimiliki oleh bintang tenis bertaraf dunia ini sememangnya mencetus inspirasi kerana senarai ini membariskan kejayaan wanita atas usaha sendiri. Bukannya lahir dalam dulang emas ataupun mewarisi harta kekayaan suami. Sumber
Tuah dalam bidang sukan tenis benar-benar telah merubah kehidupan wanita yang berada di tangga ke-90 sebagai wanita terkaya Amerika Syarikat ini.
Wanita yang berusia 40 tahun ini berjaya menggondol gelaran juara Grand Slam singles titles selama 23 kali.
Serena Williams bintang tenis terkemuka dunia ini mula bermain tenis sejak usia 3 tahun dan kini merupakan antara atlet yang mendapat pendapatan tertinggi di dunia. Pendapatan Serena Williams dikatakan sebanyak US$41.5 million seperti yang dilaporkan oleh Forbes.
Pendapatan milik wanita yang dilahirkan di Saginaw, Michigan Amerika syarikat ini bukan sahaja melalui wang kemenangan ketika bertanding semata-mata.
Seperti yang diketahui jumlah kemenangan kejuaraan tenis boleh bernilai jutaan ringgit. Namun, apabila namanya yang menyinar dalam bidang sukan telah membuatkan hampir 20 syarikat korporat bekerjasama dengannya.
Serena Williams juga bijak melaburkan kewangannya sehingga layak bergelar jutawan. Malah wanita ini telah melancarkan rangkaian busananya sendiri di bawah label S by Serena pada tahun 2018.
Bintang tenis Amerika Syarikat ini telah mengumumkan bahawa tidak akan menyertai pertandingan tenis 2022 Australia Open kerana mengikut nasihat pasukan perubatannya.
Pasukan perubatan Serena William menegaskan bahawa fizikalnya belum bersedia untuk bertanding dalam pertandingan tersebut.
Difahamkan Serena mengalami kecederaan di kaki ketika bertanding di Wimbledon ketika menentang Aliaksandra Sasnovich.
Bukan sahaja bertuah kerana berbakat dalam sukan tenis, Serena juga beruntung kerana mempunyai suami yang kaya raya dan penyayang.
Baharu sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-4 baru-baru ini, terserlah kebahagiaan milik isteri kepada usahawan dan Cofounfer Reddit.com, Alexis Ohanian.
Pasangan ini juga sering berkongsi foto bahagia mereka di laman media sosial milik peribadi. Seronok melihat gelagat pasangan ini melayan anak sulung mereka Alexis Olympia Ohanian Jr. yang kini berusia 4 tahun.
Pasangan ini mula bertemu pada bulan Mei 2015 ketika Serena bertanding Itatian Open dan menginap di sebuah hotel di Rom yang sama. Setahun kemudian lelaki budiman ini telah melamar Serena di hotel yang sama.
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...