Siapa Kata Ada Anak Kecil Tak Boleh Sukses Bisnes, MILA JIRIN Kongsi 5 Tip Berjaya

Menjadi wanita usahawan yang berjaya bukan suatu perkara mudah lebih-lebih lagi apabila sudah berkeluarga. Namun, siapa kata ada anak yang kecil, wanita tidak boleh menguruskan perniagaan.

Kelebihan menguruskan perniagaan sendiri adalah melihat anak membesar di depan mata. Namun, dalam pada sibuk merencana langkah pemasaran tiba-tiba baru teringat anak-anak masih kecil dan perlukan penjagaan daripada kita sebagai ibu.

Foto: Instagram @mila_jirin

Siapa kata ada anak kecil tak boleh berjaya. Usahawan berjaya dan bertaraf jutawan, Mila Jirin telah berjaya membuktikan bahawa anak-anak bukan alasan untuk wanita terus kekal maju. Tip yang telah disediakan oleh Mila Jirin buat ibu-ibu yang sibuk uruskan perniagaan sambil menjaga anak kecil.

1. TIME TABLE
Part ni, kita kena tengok pola masa anak kita, jam berapa anak kita tidur, jam berapa aktif bermain. Dari situ kita boleh plan time table kerja kita. Time table saya bermula lepas Subuh, memang tu perfect time untuk saya sebab Arif lena diulit mimpi.

2. TO-DO LIST
Penting untuk buat to-do list supaya segala apa yang perlu kita siapkan, kita dapat siapkan. Macam saya, setiap malam before tidur, saya akan semak pending To-Do List dan setkan new to-do list di telefon bimbit saya

3. ALTERNATE MASA REHAT DENGAN PASANGAN
Bincang dengan pasangan untuk alternate off day masing-masing. Masa-masa macam ni kita kena ambil peluang untuk uruskan hal-hal yang penting atau yang memerlukan untuk kita keluar meeting

dan sebagainya
Foto: Instagram @mila_jirin
Foto: Instagram @mila_jirin

4. SET TEAM PENGGERAK
Nak berjaya tak boleh nak jadi ONE-MAN SHOW semua benda kita nak buat, memang akan collapse. Sebaiknya, boleh hire team based on project/outsource untuk diversify the task, lebih efficient.

5. REHAT SECUKUPNYA
Ibu-ibu yang sibuk uruskan anak dan perniagaan terkadang tak dapat rehat secukupnya. Bekerja mengikut kemampuan kita, jangan paksa diri sehingga kesihatan pulak terjejas. Kena selalu ingatkan diri, kena setkan alarm pada diri untuk berehat. Berehat bukan hanya tidur, tetapi bermain main dengan anak pun rehat juga, merehatkan minda dan hilangkan tekanan. Betul tak mommy?

“Moga dengan sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada mommy yang sibuk berniaga sambil uruskan anak. Moga dengan perancangan masa yang betul dapat kita bahagikan masa sebaiknya agar kita tidak terlepas momen-momen penting melihat pembesaran anak kita sambil kita memperkembangkan perniagaan kita,” kata Mila Jirin.

Baca juga; Bekas Pelajar UiTM, 8 Selebriti Ini Bukti Artis Juga Pentingkan Pendidikan 

Share
Published by
Hamizatul Maizan