Siapa Sangka Hanya Dengan Kopi, Regim Kecantikan Anda Menjadi Murah Dan Mudah!

Kopi bukan sahaja minuman wajib untuk sesetengah orang tetapi ia juga boleh menjadi bahan kecantikan paling murah dan berkesan untuk anda!

Kopi telah lama menjadi salah satu kandungan dalam produk regim penjagaan kulit wajah. Ia sangat efektif untuk membantu mengurangkan selulit. Kandungan pada biji kopi terdiri daripada kafein, trigonelline, protein dan asid amino, karbohidrat, mineral dan banyak lagi.

Kesegaran kulit

Kopi mengandungi anti-oksidan untuk pengelupasan kulit dan eksfoliasi yang disebabkan oleh radikal bebas. Ini menjadikan kulit wajah lebih cerah.

Bagaimana?

Sediakan secawan kopi dan isi di dalam bekas ais untuk dibekukan. Setelah beku, pecahkan ketulan ais kopi dan sapu pada wajah seperti anda menyapu losen atau pelembap. Akhir sekali, bersihkan dengan air bersih. Anda boleh rasa kesegarannya!

Menghilangkan mata sembab

Kesibukan di tempat kerja, tanggungjawab kepada keluarga dan pelbagai lagi urusan yang perlu diselesaikan sesungguhnya memberikan stres sehingga menyebabkan anda kurang tidur. Mulalah mata menjadi sembam dan lingkaran gelap bawah mata jelas kelihatan.

Setiap pagi, ambil sebuk kopi yang telah digunakan dan sapu pada bahagian bawah mata. Biarkan seketika selama 20 minit dan bilas.

Skrub wajah

Jangan bazirkan serbuk kopi yang telah digunakan. Campurkan serbuk kopi bersama minyak kelapa, buah pala, serbuk kayu manis dan gula. Jadikan campuran ini sebagai skrub untuk rutin harian baru anda.

Di samping itu, anda juga boleh mencuba satu sudu besar kopi di campur yogurt perisa asli. Sapukan pada wajah dan bilas dengan air suam. Skrub ini sangat sesuai untuk kulit berminyak.

Menyingkirkan noda hitam dan cela

Ambil beberapa titisan minyak bayi dan campurkan bersama serbuk kopi. Kacau sehingga adunan menjadi pes likat. Sapu pada permukaan wajah dan lakukan urutan lembut. Bairkan beberapa minit dan bilas. Anda boleh lakukan dua minggu sekali.

Tegangkan kulit wajah

Bersihkan wajah terlebih dahulu. Kemudian, gosok dengan lembut permukaan wajah dengan serbuk kopi yang telah digunakan. Anda juga boleh menggunakan kapas yang dicelup air kopi. Cara ini membantu kulit menjadi tegang dan menjadi losyen untuk menyingkirkan kulit mati.

Topeng muka

Kopi juga boleh digunakan sebagai face mask. Tambahan bahan lain seperti coklat cair, susu dan madu boleh menanggalkan kulit mati dan menegangkan kulit yang kendur. Wajah anda juga akan kelihatan bersih kerana kopi mengandungi anti-microbial.

Jika anda berkulit kering, campurkan sedikit minyak zaitun dan serbuk kopi agar kulit mendapat kelembapan yang seimbang.

Eksfoliasi

Tidak dinafikan lagi kopi sangat sempurna sebagai agen pengelupasan terbaik. Biji kopi memgandungi asid caffeic

yang boleh menggalakkan pengeluaran kolagen.

Meningkatkan peredaran darah

Ketulan kopi ais bukan sahaja menyejukkan malah ia juga memberi kesegaran baru saat di sapu pada wajah. ia meningkatkan peredaran darah untuk menghasilkan wajah yang lebih cerah dan sihat.

Hanya sapuan satu kiub setiap hari pada keliling mata boleh membantu menghilangkan kesembapan mata.

Menyingkirkan bintik hitam

Minyak berlebihan pada bahagian hidung khusunya adalah punca timbulnya bintik hitam. Gunakan mask serbuk kopi selalu agar minyak berlebihan ini berkurangan dan meninggalkan kulit wajah yang lebih bersih dan cerah.

 

 

Share
Published by
KR