Jika anda melalui Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau KLIA, pasti anda akan dapat melihat sebuah bangunan rona putih yang tersergam indah dengan gabungan senibina yang menawan. Mungkin ramai yang akan tertanya-tanya apakah sebenarnya bangunan tersebut. Ia merupakan sebuah hotel dikenali sebagai Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA.
Mula beroperasi sejak Julai 2018 yang lalu, bangunan indah yang menggunakan latar rona putih sebagai elemen utama ini telah direka oleh Encik Amir Hamzah, dari HIJJAS Architects + Planners yang mengetengahkan gaya senibina yang berlatarkan keindahan senibina Malaysia yang kaya dengan seni dan budaya untuk sebuah hotel yang mengambil pendekatan Syariah.
Malah, HIJJAS Architects + Planners turut mencipta nama dalam bidang senibina dengan merekacipta bagunan-bangunan ikonik di ibu negara antaranya termasuklah Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya Masterplan, Menara Shell Tower di Kuala Lumpur dan ibu pejabat Telekom Malaysia. Tidak hairanlah mengapa ia begitu dikenali sehingga diberi tanggungjawab untuk mereka Malaysian Pavilion di 2015 World Expo yang dianjurkan di Italy.
Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA terletak hanya beberapa minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dan KLIA 2. Ia juga amat mudah dihubungkan dengan Litar Antarabangsa Sepang dan pusat petadbiran negara di Putrajaya. Malah, bagunan yang tersergam indah ini turut diberi penghargaan sebagai The Best New Hotel Construction and Design” di Asia Pacific Property Awards edisi Malaysia. Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA menyediakan rekaan senibina bertaraf dunia dengan mengetengahkan rekaan senibina Islam dan konsep rekaan berdasarkan penambahan yang dilakukan di Masjidil Haram, Saudi Arabia.
Malah, bahagian luar Mövenpick Hotel & Convention Centre mengetengahkan konsep intricate patterns dengan pengaruh senibina gemoteri Islam dan ayat kufi, salah satu kaligrafi Islam yang terkemuka. Manakala bahagian dalaman pula terutamanya di bahagian bankuet ia mengaplikasikan teknik three-dimensional effect yang diinspirasi dari senibina Islam di Alhambra, Spain selain beberapa pengaruh senibina Turki dan Iran.
Lanskap hotel seluas 7.2 hektar juga mengetengahkan konsep kehijauan dengan kolam renang berkonsep reflective yang menenangkan. Ia mengambil kira konsep tropikal dan pencahayaan yang minimum untuk bahagian luaran dan dalaman hotel.
Selain itu, bagunan setinggi 9 tingkat ini mempunyai high open space dan lif berdinding kaca yang membolehkan pengunjung melihat keindahan secara keseluruhan. Malah pengunjung juga boleh mendapat akses mudah dari Pusat Konvensyen dari bangunan hotel yang banyak memudahkan pergerakan terutamanya ketika musim haji. Pusat Konvensyen ini boleh memuatkan sehingga 1,500 tetamu selain ia boleh dijadikan bilik seminar dan sebagainya. Terdapat 10 bilik seminar selain lounge untuk VIP dan lain-lain perkhidmatan tambahan.
Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA mempunyai 333 bilik termasuklahlah suite mewah yang dilengkapi dua bilik tidur selain lounge eksekutif dan enam restoran yang menyajikan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa. Selain itu, sebagai hotel yang mengetengahkan konsep mesra Syariah, ia mempunyai kemudahan riadah yang berasingan untuk pengunjung lelaki dan wanita termasuklah kolam renang, pusat senaman dan spa. Selain itu, ia turut mempunyai empat bilik mesyuarat yang selesa, dua bilik boardrooms, kolam renang untuk kanak-kanak, ruang permainan dan kemudahan gelanggang tennis.
Malah, ketika ketibaan musim haji, Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA digunakan sebagai lokasi untuk para jemaah haji berkumpul sebelum berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadat Haji. Tidak hairanlah mengapa elemen Islam menjadi elemen utama yang diketengahkan selaras menjadikan hotel yang penuh keistimewaan ini begitu dekat di hati setiap muslim di Malaysia.
JAWAB SOALAN DI BAWAH UNTUK MEMENANGI BAUCER ISTIMEWA DARI MOVENPICK HOTEL & CONVENTION CENTRE.CARANYA MUDAH, JAWAB SOALAN DI BAWAH DENGAN MENINGGALKAN JAWAPAN DI RUANGAN KOMEN.SERTAKAN HASHTAG #MAJALAHNONAXMOVENPICKKLIA.
1.BERAPAKAH BILIK YANG TERDAPAT DI MOVENPICK HOTEL & CONVENTION CENTRE.
2.SIAPAKAH YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN UNTUK MEREKACIPTA MOVENPICK HOTEL & CONVENTION CENTRE?
3.APAKAH KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN UNTUK PENGUNJUNG DI MOVENPICK HOTEL & CONVENTION CENTRE?
4.DIMANAKAH TERLETAKNYA MOVENPICK HOTEL & CONVENTION CENTRE?
This website uses cookies.