Pertandingan ratu cantik bukanlah sekadar menyerlahkan kecantikan semata-mata namun kisah dan juga perjuangan yang didukung oleh peserta menjadi satu kekuatan yang menjadikan diri lebh menyerlah berbanding orang lain.
IKLAN
Pertandingan Miss Universe merupakan pertandingan ratu cantik paling berprestij di dunia, dan Malaysia tidak pernah terlepas dari menghantar calon sejak dari tahun 1962 lagi. Mungkin Malaysia tidak pernah merangkul gelaran juara namun kehadiran wakil dari negara kita sekurang-kurangnya berjaya menarik perhatian ramai orang.
Lihat sahaja kepada kejayaan Mis Universe Malaysia 2011, Deborah Henry dan Miss Universe Malaysia, Kiran Jassal yang menjadi antara peserta pilihan biarpun tidak berjaya menjadi top 16 di pertandingan Miss Universe, kehadiran mereka menjadi bualan ramai.
Namun siapa tahu, mungkin 18 finalis yang terpilih ini adalah bakal juara dunia? Jom Kita lihat wajah 18 finalis Miss Universe Malaysia 2018.
IKLAN
Menurut Direktor Miss Universe Malaysia yang juga merupakan Miss Malaysia Universe 2003, Datin Elaine Daly, ” Tema untuk tahun ini adakah ‘Beauty Beyond You’ yang mewakili semangat dan dedikasi di sebalik sebuah pertandingan yang mana gadis-gadis dari seluruh Malaysia akan menunjukkan kegigihan dan juga kemahuan mereka untuk berjaya.
IKLAN
Ini bukanlah pertandingan berdasarkan kecantikan semata-mata. Pertandingan ini sebenarnya adalah satu platform yang mampu mengubah kehidupan mereka kepada satu aras yang lebih tinggi. Saya tidak sabar untuk membimbing mereka dan menjadikan mereka yang terbaik dan membawa mereka ke jalan yang menakjubkan yang pernah saya lalui dahulu.”
Jadi siapakah di antara 18 gadis ini yang akan mejuarai mahkota? Kta saksikan perjalanan mereka yang akan disiarkan menerusi saluran Diva HD di Astro dan juga secara atas talian menerusi www.hurr.tv. Pertandingan akhir bakal berlangsung pada 24 Januari 2018 bertempat di Hotel Majestic Kuala Lumpur.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pertemuan penyanyi dangdut popular Indonesia, Lesty Kejora dengan penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza nyata menarik perhatian peminat kedua-dua negara.
Mana tidaknya, dua jelitawan ini bukan hanya memiliki suara lunak merdu. Bahkan mempunyai sejumlah besar peminat fanatik!
Berkongsi momen istimewa bersama Dato’ Sri Siti Nurhaliza di Instagram, kelihatan wajah teruja Lesty yang turut mendukung anak kesayangan, Muhammad Leslar Al-Fatih.
Sebelum ini, kedua-dua selebriti berkenaan pernah bertemu dan saling mengagumi bakat masing-masing.
Tidak sekadar bertanya khabar, Dato’ Sri Siti turut sudi menyanyikan lagu popular Lesty, Sekali Seumur Hidup. Yang pasti, video nyanyian mereka mendapat pelbagai reaksi peminat dan rata-ratanya memuji kelunakan vokal Lesty dan Dato’ Sri Siti.
Kongsi Lesty, “Kami sempat menunaikan permintaan fans untuk berduet lagu Sekali Seumur Hidup. Video ini khusus untuk para peminat lagu Sekali Seumur Hidup. Syukur dapat bertemu CTDK hari ini, ngobrol-ngobrol, makan-makan sambil kita bernyanyi lagu ini.”
Dalam pada itu, difahamkan tanggal 15 Mac 2023 Lesty melancarkan single terbaharunya berjudul Insan Biasa.
Kebanyakan peminat Lesty meluahkan rasa kagum mereka terhadap anak seni ini kerana mampu bangkit dengan semangat baharu selepas rumah tangganya bersama suami, Rizky Billar dilanda badai tahun lalu.
Bagaimana pun pasangan ini sepakat menjernihkan kembali kemelut di antara mereka demi anak tersayang.
Mizz Nina dipilih sebagai antara penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan tahun ini yang disambut di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, hari ini.
Selebriti berkenaan yang nama sebenarnya Syazrina Azman, 42 tahun dipilih sebagai penerima anugerah bagi kategori Ikon Aktivis Kemanusiaan atas segala usahanya dalam misi kemanusiaannya selama ini.
Mizz Nina sememangnya sinonim dengan aktiviti sukarelewan kerana sering berkongsi setiap aktiviti kemasyarakatan yang dilakukannya terutama menjalankan misi di negara bergolak seperti Syria bersama-sama dengan peminat dan pengikutnya di media sosial Berita baik itu turut dikongsikan dalam laman Instagram rasmi Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), hari ini menerusi hantaran di Instagram @myjakim.
Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan anugerah tersebut kepada semua ikon yang terpilih. Meninjau Insta Story Mizz Nina, Mizz Nina dilihat turut memuat naik paparan senarai anugerah di samping menulis potongan ucapan terima kasih kepada semua termasuk pihak Jakim, peminat serta rakan-rakan selebriti.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seperti makanan, begitu jugalah pentingnya mencari keberkatan melalui pelitup muka yang diyakini suci dan bersih pembuatannya. Apatah lagi sejak pemakaiannya diwajibkan setiap hari, masyarakat harus lebih bijak memilih yang berpatutan tapi berkualiti untuk menangkis jangkitan virus COVID-19.
Sepagi di Kumpulan Media Karangkraf bersama Pengarah Urusan Kumpulan, Dato’ Hussamuddin Haji Yaacub, Nona didedahkan tentang realiti pelitup-pelitup muka di pasaran negara.
“Kebanyakan pelitup separuh muka yang dijual murah, sama ada secara online atau di kedai-kedai runcit, berkemungkinan tidak menepati ciri medical grade yang sebenar.
Atau boleh jadi, ia tidak dibuat dalam suasana clean room. Cuba bayangkan pekerja di sana mungkin membuat pelitup muka kita tanpa sarung tangan, dengan tangan tidak dibasuh atau dihasilkan di belakang-belakang premis yang meragukan.
Akhirnya mask yang ‘diharapkan’ mencegah kuman dan bakteria, jadi sebaliknya pula. Sudahlah kualiti materialnya rendah, disusun pula pakai tangan (tanpa sarung tangan). Awal-awal lagi dah tercemar sebelum sampai ke pengguna,” katanya dalam nada kesal.
LANCAR PELITUP MUKA KARANGKRAF
Tambah Dato’ Hussamuddin lagi, pembuatan pelitup muka yang baik merupakan permulaan usaha beliau dalam mencegah penularan COVID-19. “Saya terpanggil untuk menghasilkan produk pelitup muka Karangkraf melalui jenama Karangkraf Medicare bagi mengisi pasaran pelitup muka yang suci dan benar-benar bersih di negara ini.”
Pelitup muka Karangkraf setakat ini telah mencapai standard ujian parameter EN14683:2019. Ujian yang dijalankan oleh Eurofins Lab ini membuktikan pelitup muka Karangkraf Medicare mencapai tahap penapisan tinggi dengan BFE ≥98% dan PFE ≥95%, sekali gus melayakkan pelitup muka yang dihasilkan mencapai gred MEDICAL.
Tagline ‘Suci dan Bersih’ diguna pakai sebagai langkah bagi memperkuatkan lagi jenama pelitup muka Karangkraf Medicare. Malah, Karangkraf Medicare diperakui mempunyai ruang pembuatan yang bersih dan terjamin dari segi pembuatannya.
Istimewanya, pelitup muka Karangkraf Medicare ini terletak pada ‘Hygiene Case’ yang didatangkan bersama set Karangkraf Plus.
Tujuan utama diperkenalkan ‘Hygiene Case’ ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang awam betapa pentingnya menjaga kebersihan pelitup muka di samping mendidik masyarakat agar sentiasa mengamalkan cara penyimpanan dan pembuangan pelitup muka yang betul.
PENGILANGAN SUCI & BERSIH
Bagi membuktikan kebersihan produk yang baru dilancarkan ini, Nona telah dibawa melawat ke kilang pembuatan pelitup muka Karangkraf Medicare di Shah Alam. Dari pintu masuk lagi, proses kebersihan dikawal ketat dan setiap petugas perlu disanitasi dari hujung rambut ke hujung kaki.
Mereka kemudiannya perlu memakai sut PPE yang dikhaskan sebelum ke stesen tugas masing-masing. Inilah yang menjamin kebersihan produk yang dihasilkan.
Material 3 ply yang digunakan juga adalah yang terbaik dan diyakini di pasaran iaitu PP Non Woven (dari China) dan Melt-Blown (dari Jepun). Ia mempunyai keupayaan menapis bakteria sehingga melebihi 98% dan zarah-zarah virus sehingga 95%.
Pelitup muka Karangkraf Medicare kini sedang bekerjasama dengan SIRIM untuk mencapai pensijilan produk spesifikasi.
Di pasaran, pelitup muka Karangkraf Medicare ini didatangkan dalam dua set iaitu set KARANGKRAF dan set KARANGKRAF PLUS.
Set KARANGKRAF:
Mempunyai 30 keping pelitup muka dalam satu kotak.
Ada 6 pilihan ‘design’ kotak.
Set KARANGKRAF PLUS:
Mempunyai 10 keping pelitup muka dalam satu kotak.
Ada 6 pilihan ‘design’ kotak.
Disertakan bersama 10 keping ‘Hygiene Case’. Setiap pelitup muka dipek dengan teliti di dalam ‘Hygiene Case’ yang berasingan.
Ada 6 ‘design’ ‘Hygiene Case’ (diberi secara rawak di dalam setiap kotak).
Pelitup muka Karangkraf kini boleh didapati secara online di www.karangkrafmall.com (klik sini) atau boleh datang sendiri ke Karangkraf Mall di Seksyen 15, Shah Alam.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Meski bergelar selebriti popular tapi Zara Zya seorang yang mesra dan ‘humble’. Memang mudah bekerjasama dengan Zara kerana selain menepati masa, berdisiplin dan juga...