Walaupun kehidupan Datin Rebecca Nur Al-Islam dilihat cukup sempurna dengan gelaran seorang usahawan, ibu kepada lima orang anak termasuk dua orang anak tiri serta dilimpahkan dengan kehidupan mewah yang serba-serbinya cukup namun tetap mahu memajukan diri sendiri.
Rupanya dalam diam pelakon berdarah kacukan Jawa, Cina dan Arab ini telah memilih untuk menyambung pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kepujian) di Universiti Utara Malaysia (UUM). Malah bakal memasuki semester kedua.
Bukan mudah bagi seorang wanita mahu mengagih masa untuk menyeimbangkan kehidupan seperti Datin Rebecca ini. Memang respek dengan prinsipnya yang tetap mahu menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi.
“Saya sambung belajar untuk meluaskan pengetahuan dalam bidang perniagaan kerana saya juga seorang usahawan dan mempunyai rangkaian produk sendiri.
Dalam masa yang sama menimba ilmu ini sebagai galakan dan dorongan anak-anak untuk minat belajar dan menyuntik minat mereka dalam bidang perniagaan,” kongsi Datin Rebecca.
Datin Rebecca dan suaminya mendirikan rumah tangga pada 14 Januari 2011 dan dikurniakan 5 orang anak Nor Adam Daniel, 9, Nor Anggun Raverra, 6, Nor Anggerik Renesmee, 5, Nor Aliff Al-Raffael, 2 dan Nor Ahmet Al-Reaggan serta dua orang anak hasil perkahwinan Dato’ Azam yang terdahulu.
Kagum melihat bagaimana Datin Rebecca mengatur masanya menyeimbangkan tugas sebagai seorang pelajar dan tugas hakiki sebagai isteri, ibu dan usahawan. “Kalau nak ikutkan masa, memang sentiasa tak cukup. Tapi, alhamdulillah Allah SWT banyak tolong permudahkan segalanya menjadi lebih lancar dan teratur.
Saya juga berusaha sedaya upaya untuk menjadi Superwoman daripada aspek seorang ibu, usahawan dan juga pelajar di UUM. Saya juga banyak mendapat sokongan terutama dari suami tercinta, anak-anak dan juga semua pensyarah, rakan universiti dan keluarga,” kongsi Datin Rebecca.
Sumber: Media Hiburan
Foto: Instagram @rebeccanuralislamahmad