Sibuk Kerja & Uruskan Bisnes, MARYAM Keguguran. RYZAL Luah Rasa Bersalah

Pasangan suami isteri mana yang tidak gembira menerima perkhabaran bakal menimang cahaya mata sebagai penyeri kehidupan berumahtangga. Meskipun sudah mempunyai zuriat pertama, namun berita kehamilan kali kedua Maryam You Narae sememangnya disambut penuh kesyukuran oleh Ryzal Ibrahim.

Keterujaan pasangan suami isteri ini menerima berita kehamilan rupanya tidak lama apabila Maryam keguguran ketika usia kandungan baharu sahaja mencecah tiga minggu.

“Saya mengalami keguguran sekitar Mei lalu. Ketika itu, usia kandungan masih di peringkat awal sekitar 3 minggu. Saya mula merasakan perubahan diri apabila kerap makan dan gemar makan tanpa henti,” jelas Maryam dan Ryzal yang tidak menghebahkan mengenai kejadian tersebut di media sosial.

Berkongsi secara eksklusif ketika ditemui NONA baru-baru ini, sebagai suami Ryzal melahirkan rasa bersalah kerana kurang prihatin soal penjagaan emosi Maryam ketika kandungan di awal usia.

https://www.youtube.com/watch?v=OiWctUi1J78

 

“Sebenarnya, saya terkejut bila Maryam bagitahu bila dia tak datang haid dan dia pelik. Dia buat pregnancy test beberapa kali dan ada dua garisan. Saya rasa seperti tak percaya tapi dalam masa yang sama sangat excited kerana saya mengharapkan zuriat kali adalah lelaki,” ujar Ryzal memulakan bicara.

Tambah Ryzal lagi, dia teruja membeli beberapa keperluan bayi memandangkan ketika menyambut kelahiran Rina, pandemik Covid-19 masih belum reda dan keperluan bayi juga ala kadar sahaja.

Namun keterujaan berita kehamilan Maryam tidak lama apabila Maryam mengalami keguguran sekitar Mei lalu.

“Saya tahu saya keguguran apabila darah keluar dengan banyak dan kemudian melakukan pemeriksaan lanjut. Bila mendapat pengesahan dari doktor, kami berdua memang sedih dengan apa yang berlaku. Tetapi kami terima qada dan qadar yang telah tertulis untuk kami. Mungkin belum rezeki untuk timang anak kedua,” ujar Ryzal yang menenangkan Maryam yang setia di sisinya meskipun berlinangan air mata mengenangkan perkara tersebut.

JUGA BACA: https://www.nona.my/penangan-maryam-duriankimchi-sejak-berhijab-300000-helai-tudung-leeyanarahman-terjual-dalam-masa-kurang-sejam/

Meskipun belum rezeki untuk menambah anggota keluarga, Ryzal berlapang dada menerima ketentuanNya dan menganggap apa yang berlaku mempunyai hikmah yang tersendiri.

“Apabila berlakunya pendarahan, saya lihat Maryam sudah terlalu sedih dan ketika itu saya perlu kuat untuk Maryam. Namun bila hasil pemeriksaan doktor mengesahkan Maryam keguguran, sudah tentu kami sedih tetapi saya percaya mungkin bukan rezeki kami lagi. Mungkin sebab persediaan tidak cukup dari segi kewangan dan fizikal,” ujar Ryzal.

Ryzal turut melahirkan rasa kesal apatah lagi membiarkan isterinya bekerja di awal kehamilan. Berbeza dengan awal kehamilan zuriat pertama, ia lebih santai apatah lagi Perintah Kawalan Pergerakan sedang dilaksanakan dan mereka lebih banyak melakukan kerja dari rumah sahaja.

Meskipun sudah beberapa bulan berlalu, baik Maryam mahupun Ryzal masih bersedih di atas peristiwa tersebut. Namun kedua-duanya menganggap aturan dariNya adalah yang terbaik dan menjadikan mereka lebih bersemangat untuk bekerja dan mencurahkan sepenuh kasih sayang terhadap zuriat mereka, Rina.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 15 Ogos 2019 dan dikurniakan anak pertama bernama Rina pada Oktober 2021 yang lalu.

 

 

Share
Published by
Rosmah Idayu