Bila suami sibuk mencari nafkah dan tidak berpeluang memantau aktiviti anak-anak, kaum ibulah yang bertanggungjawab menjaga kebajikan mereka di rumah. Menyedari kekangan masa suami yang sibuk dengan urusan perniagaan, sebagai isteri dan juga ibu … Datin Seri Shahida perlu memastikan kelima-lima anak dididik dengan sebaik-baiknya.

Ads

Meskipun secara luaran, isteri Datuk Seri Aliff Syukri ini penuh dengan sifat keibuan dan kelembutan… hakikatnya apabila menyentuh soal pembelajaran anak-anak, Ketua Pegawai Operasi D’herbs Holdings Malaysia Sdn Bhd ini boleh bertukar sikap menjadi seorang ibu yang sangat tegas. Iyalah, kalau tak tegas anak-anak tak serius pula hendak belajar.

Dalam satu video yang dimuatnaik Datin Seri Shahida di laman Instagram, kelihatan bekas kumpulan nasyid Solehah ini sedang mengajar tiga anaknya iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El-Zahra dan Ibrahim Adham menghafaz surah Al-Quran.

Sibuk Macam Mana Pun, DATIN SERI SHAHIDA Takkan Biar Anak ‘Terputus’ Ilmu Al-Quran!Sibuk Macam Mana Pun, DATIN SERI SHAHIDA Takkan Biar Anak ‘Terputus’ Ilmu Al-Quran!Kongsinya, “Kadang-kadang bila sibuk kerja balik malam selalu tak sempat nak check hafazan budak-budak bertiga ni. Kita sibuk dorang pun sibuk juga. Banyak nau urusan dia. Saya bab-bab begini memang agak garang sikit dengan anak-anak. Sebab dorang ni kalua tak pantau 24 jam main. Tak tidur pun tak apa. Kalau suruh mengaji liat sampai dah jadi tarzan baru muncul kat depan kita.”

 

Sambil tekun mendengar bacaan anak-anak, kedengaran Datin Seri Shahida membetulkan bacaan mereka. Siap bertegas mahu mendenda anak-anak jika tidak hafal atau silap baca!

https://www.instagram.com/p/BvMOGDEHO4g/

Ads

Menjawab pertanyaan salah seorang peminat di Instagram, Datin Seri Shahida mengakui turut mendapatkan khidmat ustaz untuk memantapkan lagi bacaan Al-Quran anak-anak. “Memang dah ada ustaz datang ajar mengaji di rumah hari-hari. Cuma sebagai mak ayah ni tak boleh harap ustaz semata-mata,” jawabnya ringkas.

Sibuk Macam Mana Pun, DATIN SERI SHAHIDA Takkan Biar Anak ‘Terputus’ Ilmu Al-Quran!

Ads

Murninya hati seorang ibu yang sanggup melupakan lelah setelah seharian bekerja semata-mata untuk memastikan anak-anak tidak terlepas mengejar bekalan akhirat. Memang itulah yang sepatutnya menjadi amalan semua ibu. Moga-moga setiap perkongsian Datin Seri Shahida memberi manfaat kepada seluruh kaum wanita agar dapat membentuk keluarga bahagia dan diredai Allah SWT.

 

Kredit: Instagram Datin Seri Shahida

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI