Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa nyata seorang figura yang disenangi ramai. Kelembutan beliau menyampaikan dakwah dan kata-kata semangat dalam semua segi kehidupan mampu mengubah aura negatif pendengar menjadi lebih positif. Apatah lagi, beliau sentiasa menonjolkan teladan yang baik dan membuktikan kejayaan dirinya sebagai pemangkin semangat kepada mereka yang mengikuti perkembangan beliau.

IKLAN

Dua tahun lalu, ketika berusia 43 tahun… Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa mencipta inspirasi kerana kejayaan beliau mengenggam segulung PhD. Lebih membanggakan, beliau berjaya meraih pencapaian tersebut dalam kesibukannya sebagai pendakwah, isteri, dan ibu kepada tujuh anak. Kagum!

Terbaru, menerusi perkongsian Ustazah Datuk Dr Norhafizah di laman media sosial miliknya… beliau ada berkongsi pesanan menjaga rumah tangga bahagia. Menurutnya, pesanan tersebut diambil dalam koleksi Risale-i Nur. Bagi pasangan suami isteri, ‘hadam’ apa yang ingin di sampaikan isteri Dr Azahar Yaakub ini.

“Sikap Penyayang & Belas Kasihan Isteri, Kecantikan Paling Baik & Kekal!” USTAZAH DATUK DR NORHAFIZAH MUSA “Sikap Penyayang & Belas Kasihan Isteri, Kecantikan Paling Baik & Kekal!” USTAZAH DATUK DR NORHAFIZAH MUSA

“Sesungguhnya seorang suami yang baik tidak akan membina cinta terhadap isterinya berdasarkan kecantikan lahir yang akan hilang, yang tidak akan kekal setelah sepuluh
tahun, tetapi dia sepatutnya membina cintanya berdasarkan sikap penyayang dan belas kasihan isterinya yang merupakan kecantikan yang paling baik dan paling kekal.

Dia mempercayainya berdasarkan sifat kewanitaannya yang baik. Dengan itu cintanya terhadap isterinya akan berkekalan meskipun usianya kian bertambah.

Ini kerana baginya seorang isteri itu bukanlah sekadar sahabat dan temannya di dunia yang sementara ini sahaja bahkan akan menjadi temannya yang dicintai dalam
kehidupan yang abadi dan kekal kelak. Jadi seharusnya semakin tua, semakin bertambah rasa hormat mereka dan semakin mendalam rasa cinta mereka.

“Sikap Penyayang & Belas Kasihan Isteri, Kecantikan Paling Baik & Kekal!” USTAZAH DATUK DR NORHAFIZAH MUSA “Sikap Penyayang & Belas Kasihan Isteri, Kecantikan Paling Baik & Kekal!” USTAZAH DATUK DR NORHAFIZAH MUSA Suami yang bahagia ialah suami yang dapat mencontohi isterinya yang solehah, lalu dia menjadi soleh sepertinya agar dia tidak kehilangan temannya dalam kehidupan yang abadi dan berkekalan kelak.

IKLAN

Alangkah bahagianya si isteri apabila dia melihat kesolehan suaminya lalu dia pun berpegang teguh dengan ajaran-ajaran agama agar dia tidak kehilangan temannya yang abadi. Maka dia pun berjaya menggapai kebahagiaan akhiratnya dalam kebahagiaan dunianya!

“Sikap Penyayang & Belas Kasihan Isteri, Kecantikan Paling Baik & Kekal!” USTAZAH DATUK DR NORHAFIZAH MUSA

Sebaliknya, betapa malangnya seorang suami yang mengikut jejak langkah isterinya yang bergelumang dengan dosa lalu turut serta tanpa berusaha untuk menyelamatkannya!
Alangkah malangnya juga seorang isteri yang melihat kemungkaran dan dosa-dosa suaminya lalu dia mencontohinya dalam bentuk yang lain!

IKLAN

Maka binasalah bagi pasangan suami isteri yang saling membantu untuk ke neraka. Kedua-duanya saling mendokong agar pasangannya tenggelam dalam arus kemodenan dan kelalaian.”

Semoga segala ilmu yang disampaikan Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa dapat dijadikan iktibar dan inspirasi kepada semua. Tidak kira golongan muda, wanita, lelaki mahupun suami isteri. Moga tahun baru ini kita dapat mengubah peribadi ke arah yang lebih baik dan diredai Allah SWT.

 

Kredit: Instagram Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI