Simbol Wanita Sempurna, Ratu Ekuestrian Malaysia Ini Bukan Saja Handal Berkuda Malah Memiliki KELUARGA TERHEBAT

Khabar kehamilan atlet ekuestrian negara, Quzandria Nur Mahamad Fathil, bukan lagi rahsia di kalangan peminat Sukan SEA 2017 kali ini.

Puteri tunggal milik Dato’ Seri Mahamad Fathil Dato’ Mahmood dan Datin Seri Zurina Zulkiflee itu khabarnya sanggup mengambil risiko meneruskan penyertaan selepas mendapat nasihat doktor.

Meskipun ini merupakan kehamilan pertamanya selepas melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan, Alessandro Zulkarnain Ciaramaglia pada tahun 2016, namun beliau tekad beraksi demi kecintaannya terhadap sukan ekuestrian.

Selepas cemerlang menyumbang emas dalam acara dressage berpasukan, Malaysia menampilkan dua wakil dalam acara individu, iaitu Qabil Ambak dan adiknya, Quzandria, dalam aksi yang menampilkan sembilan peserta mengambil bahagian.

Perhatian tertumpu kepada Quzandria kerana sedang mengandung lima bulan, namun masih mampu untuk mempamerkan persembahan bertenaga bersama kudanya, Rosenstolz.

Dia berjaya mencatat mata keseluruhan 152.029 untuk merangkul emas, sekaligus meraih emas kedua peribadi di temasya ini.

Selain aktif dalam bidang sukan ekuestrian, Quzandria juga terkenal dengan reputasi akademik yang membanggakan. Dia memiliki hampir segala yang diidamkan oleh wanita, dan terbaru… mengharumkan nama negara. Syabas!

Nona mendoakan agar Quzandria terus dikurniakan kesihatan yang baik, terutama sekali sepanjang menempuh tempoh kehamilan hinggalah melahirkan nanti.

Sedikit perkongsian di sekitar majlis resepsi perkahwinan mereka pada tahun lalu, berlangsung di Shangri-La Hotel dengan kehadiran ramai tetamu kenamaan.

Quzandria juga memilih tema moden tradisional sebagai mengangkat martabat budaya Melayu dalam keluarga yang disifatkan oleh Dato’ Seri Mahamad Fathil sebagai ‘The International Family’.

Kredit: BlackTieProject & Quzandria Nur

Share
Published by
Norzalina