Gaya Hidup

Simbolik Mahkota Bunga Kate Middleton, Tanda Penghormatan Kepada Raja Charles Pencinta Alam

Kate Middleton dan Puteri Charlotte memakai mahkota bunga perak semasa pertabalan Raja Charles.

 

Penampilan kedua-duanya sedikit berbeza dengan tradisi Empayar British apabila kerabat diraja wanita biasanya memakai tiara bertatahkan permata.

Namun, mahkota yang dipakai Kate Middleton itu tidak kurang istimewanya kerana ia mempunyai maksud tersirat.

Puteri Charlotte memakai mahkota bunga kristal yang diperbuat daripada jongkong emas halus rekaan Jess Collet dan Alexander McQueen.

Puteri Charlotte yang kini berusia lapan tahun memakai jubah putih dengan sulaman yang menampilkan bunga mawar, thistle, daffodil dan shamrock. Ianya melambangkan empat bunga kebangsaan Great Britain.

Rekaan mahkota itu sengaja dibuat untuk dipadankan dengan ibunya, Princess of Wales.

Memetik laporan Vogue, rekaan mahkota itu seolah-olah merujuk kepada motif alam. Raja Charles sendiri diketahui mempunyai minat yang mendalam terhadap alam semula jadi, gemar berkebun serta seorang yang memelihara alam sekitar.

Maka, tidak hairanlah cucu perempuan dan menantunya memilih motif botani sebagai cara unik dan visual untuk memberi penghormatan kepada raja baharu England itu.

Kate Middleton juga dikhabarkan telah memilih mahkota bunga yang jauh lebih sederhana berbanding tiara berkilauan sebagai satu bentuk kesederhanaan memandangkan keadaan ekonomi Britain yang kurang memberangsangkan kebelakangan ini.

Pilihan itu dianggap bukan sahaja bijak malah ianya tetap cantik, moden dan punya makna tersendiri.

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

 

IKLAN
Share