Terpikat dengan keanggunan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin. 20 Mei lalu, Baginda berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-96 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam.
Ads
Dalam titah Baginda yang juga Pro-Canselor UiTM pada hari pertama istiadat, Baginda mahu agar kualiti pengajaran dan pembelajaran di universiti dipertingkatkan dalam memastikan kakitangan serta pelajar mempunyai kepakaran yang cukup dan akses kepada sumber pembelajaran terkini.
Baginda bertitah, peningkatan kualiti tersebut bertujuan untuk memastikan pelajar khususnya, diberikan sokongan untuk memahami kandungan pengajaran dengan baik.
Universiti juga perlu melaksanakan program persediaan agar pelajar dapat bersaing di peringkat global, antaranya program persediaan yang mencakupi aspek bahasa, kebudayaan dan kepakaran teknikal.
Titah Baginda lagi, dengan lambakan maklumat yang ada pada hari ini dari pelbagai saluran media, kemampuan dan kemahiran menganalisis data dengan menggunakan aplikasi serta sebarang tindakan dalam membuat keputusan malah menyelesaikan masalah, merupakan ‘sharp skills’ yang perlu dikuasai warga universiti.
Ads
Dalam pada itu, Tengku Permaisuri Norashikin turut bertitah bahawa kurikulum UiTM harus digubal selaras dengan keadaan serta permintaan semasa dan ia perlu datang daripada pemegang taruh dalam konteks bagi meningkatkan ketampakan modal insan negara.
Ads
Istiadat konvokesyen selama 15 hari sehingga 3 Jun ini menyaksikan seramai 24,713 graduan menerima ijazah kedoktoran, sarjana, sarjana muda, diploma dan sijil profesional dalam bidang masing-masing.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tak kenal dengan pelakon dan penyanyi cantik, Kilafairy. Walaupun kini dilihat jarang muncul di kaca tv namun anak kepada penyanyi terkenal era 1980, Allahyarhamah Rohana Jalil ini dilihat aktif di media sosial.
Tiga tahun tampil sopan berhijab, pelakon dan penyanyi, Kilafairy percaya, kehidupan akan terus menjadi ruang menguji keteguhan hati dan imannya sebagai hamba.
Proses Hijrah Itu Tak Mudah, Apalagi Istiqamah!
Malah, Kila tidak menafikan proses dalam sisi penghijrahan dalam diri, soal hati dan penampilan termasuk untuk terus kekal istiqamah sebagai bukan satu hal yang mudah.
“Benar soal istiqamah itu bukan perkara mudah. Ia bukan sehari dua untuk dihadam. Pendek kata setiap hari, saya umpama bergelut dalam diri.
“Namun lama kelamaan ia bagai satu fasa yang akan jadi terbiasa. Pada akhirnya kita hanya mahu dan harapkan reda Tuhan dalam hidup ini,” katanya.
Aura ‘Angelina Jolie’ Malaysia, Versi Muslimah Kian Menyerlah
Dalam pada itu, meski kini memilih untuk menutup aurat sepenuhnya dengan menggayakan busana patuh syariah, Kilafairy dilihat semakin berseri-seri dan mempunyai aura tersendiri yang tidak pernah pudar, tetapi semakin menawan.
Sering tampil dengan gaya elegan dan solekan memukau, bekas pelajar fesyen ini pernah mendapat jolokan ‘Angelina Jolie Malaysia’ dek kerana memiliki bentuk bibir yang seksi.
Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan yang kini berusia 31 tahun bertuah kerana dilahirkan sebagai anak kacukan Melayu-Pakistan.
Jadi tidak hairanlah jika wajah Kilafairy persis gadis-gadis di timur tengah, terutama dari segi solekan dan gaya tudung. Memang terserlah kelainannya!
Menjengah ke Instagram peribadinya yang memiliki satu juta pengikut, Kila dilihat tidak culas dan memanfaatkan peluang mempunyai ramai pengikut dengan memuatnaik hantaran membela nasib saudara se-Islam di Palestin yang masih hangat diperdebatkan di seluruh dunia sehingga kini.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Penjualan produk kosmetik palsu kini semakin menjadi-jadi. Tanpa segan silu, ramai peniaga yang menjualnya di pasaran terbuka serta secara online.
Dengan menabur janji 100% copy ori, murah dan macam-macam lagi, pelbagai taktik digunakan bagi melariskan barangan.
Apa yang tidak anda sedari, adalah risiko terhadap pemakaian kosmetik palsu contohnya yang berjenama Huda, Kylie, Benefit, MAC, Tarte serta sebagainya.
Dalam satu pembongkaran di sebuah kilang pembuatan produk kosmetik palsu, sejumlah merkuri, lead, arsenik, sianida, air kencing, malah najis tikus telah ditemui.
Paras toksin dalam sesetengah produk ini juga dikatakan boleh mencetuskan reaksi alahan seperti ruam, kesan terbakar serta masalah kesuburan (infertiliti).
Pengalaman ngeri yang terjadi kepada blogger kecantikan dan pencinta mekap ini selepas mendapat jangkitan mata akibat pemakaian produk penggaris mata palsu patut dijadikan iktibar buat semua wanita.
Memetik kata-kata Zaira Soriano dari Filipina, dia mula mengalami gatal-gatal dan bengkak yang teruk di garisan matanya kira-kira 3 jam selepas memakai fake eyeliner yang dibeli.
Peristiwa itu membuatkan dia serik untuk membeli produk palsu. Zaira juga giat menguar-uarkan kepada pengikut Facebooknya agar tidak terpengaruh untuk membeli produk kosmetik murah sepertinya.
Nona harapkan agar wanita-wanita yang gemar bermekap agar sentiasa memilih produk mekap yang tulen dan sah di kaunter kecantikan. Jangan mudah terpedaya dengan fake cosmetics kerana kita tidak mempunyai dua wajah untuk disalin-salin jika rosak!
Ternyata, Priyanka Chopra Jonas bukan calang-calang wanita! Tak hanya dikurniakan raut wajah cantik dia juga berjaya melakar pelbagai kejayaan. Dibesarkan dalam keluarga kelas pertengahan yang mengamalkan adat dan budaya masyarakat India yang kuat, Priyanka yang kini berusia 41 tahun semakin mencipta nama dalam industri seni Hollywood!
Priyanka merupakan satu-satunya anak perempuan kepada Dr Ashok Chopra dan Dr Madhu Chopra. Kedua-dua ibu bapanya berkhidmat sebagai doktor dalam angkatan tentera India dan mereka sering berpindah. Selebriti ternama ini turut mempunyai seorang adik lelaki iaitu Siddharth Chopra.
Hubungan Priyanka dengan bapa tersayang sangat akrab dan aktres ini sentiasa menjadikan bapanya sebagai inspirasi dalam kehidupan. Bagaimana pun, Dr Ashok meninggal dunia pada tahun 2013 akibat kanser.
Keakraban anak dan bapa ini dibuktikan dalam salah satu perkongsian Priyanka di Instagram miliknya ketika masih kecil dengan memakai pakaian seragam tentera bapa
tersayang.
“Waktu kecil saya suka pakai baju seragam tentera milik bapa. Saya mahu jadi sepertinya. Dia adalah idola saya. Bapa jugalah yang mendedahkan saya dengan dunia lasak.
Walau masih kecil, saya suka meneroka perkara baru dan buat sesuatu yang belum pernah saya cuba atau orang lain buat. Sebab saya sentiasa mahu jadi yang pertama.”
Menurut laporan Insider, bintang filem Baywatch ini pernah bersekolah Amerika Syarikat dan Army School, Bareilly di India. Ketika bersekolah di Boston, Priyanka mengaku sering dibuli kerana berketurunan India.
Ibunya, Dr Madhu Chopra turut mendedahkan sewaktu kecil Priyanka gemar mengenakan penampilan tomboy namun bertukar menjadi gadis cantik yang menjadi buruan apabila meningkat dewasa.
Difahamkan sebelum memenangi pertandingan Miss World 2020, Priyanka menyimpan cita-cita untuk menjadi jurutera aeronautik NASA.
Bagaimana pun impian itu terkandas dan sejak bergelar ratu cantik, jelitawan ini serius menceburi industri seni Bollywood sehingga meraih pelbagai anugerah. Bahkan sehingga ke hari ini, Priyanka merupakan antara selebriti India yang mendapat bayaran paling mahal!
Kini Priyanka merupakan isteri Nick Jonas dan mereka mempunyai seorang anak perempuan comel diberi nama Malti Marie Chopra. Malti dalam bahasa Sanskrit membawa maksud ‘bunga kecil yang harum’ atau ‘cahaya bulan’.
Pasangan popular tersebut berkahwin pada 1 Disember 2018 dan umum berita kelahiran bayi mereka yang diperoleh menerusi kaedah ibu tumpang pada tahun lalu.
Pada tahun 2016, Priyanka mencipta satu lagi sejarah dalam hidupnya apabila terpilih menerima penganugerahan pingat keempat tertinggi sebagai rakyat India iaitu Padma Shri.
Malah dalam temubual bersama Times, Priyanka memaklumkan dia enggan digelar pelakon atau bintang terkenal sebaliknya mahu mempunyai legasi sendiri dan tidak dilabel stereotaip.
Dia mahu melakukan sesuatu yang baru dan meninggalkan impak besar kepada masyarakat.
Rentetan kejayaan cemerlangnya sebagai rakyat India, Priyanka dilantik sebagai India UNICEF Goodwill Ambassador yang berperanan memperkasa hak kanak-kanak pada tahun
2010.
Priyanka turut menerbitkan buku pertamanya ‘Unfinished’ yang menceritakan kisah hidup dan perjalanan karier dari dulu hingga sekarang.
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...