‘Simple’ Pun Cantik, Gaya Anggun Tengku Permaisuri Selangor Dengan Rantai Mutiara Raih Perhatian!

Terpikat dengan keanggunan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin. 20 Mei lalu, Baginda berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-96 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam.

Dalam titah Baginda yang juga Pro-Canselor UiTM pada hari pertama istiadat, Baginda mahu agar kualiti pengajaran dan pembelajaran di universiti dipertingkatkan dalam memastikan kakitangan serta pelajar mempunyai kepakaran yang cukup dan akses kepada sumber pembelajaran terkini.

Kredit Facebook @selangorroyaloffice
Kredit Facebook @selangorroyaloffice

Baginda bertitah, peningkatan kualiti tersebut bertujuan untuk memastikan pelajar khususnya, diberikan sokongan untuk memahami kandungan pengajaran dengan baik.

Universiti juga perlu melaksanakan program persediaan agar pelajar dapat bersaing di peringkat global, antaranya program persediaan yang mencakupi aspek bahasa, kebudayaan dan kepakaran teknikal.

Titah Baginda lagi, dengan lambakan maklumat yang ada pada hari ini dari pelbagai saluran media, kemampuan dan kemahiran menganalisis data dengan menggunakan aplikasi serta sebarang tindakan dalam membuat keputusan malah menyelesaikan masalah, merupakan ‘sharp skills’ yang perlu dikuasai warga universiti.

Kredit Facebook @selangorroyaloffice
Kredit Facebook @selangorroyaloffice
Kredit Facebook @selangorroyaloffice
Kredit Facebook @selangorroyaloffice

Dalam pada itu, Tengku Permaisuri Norashikin turut bertitah bahawa kurikulum UiTM harus digubal selaras dengan keadaan serta permintaan semasa dan ia perlu datang daripada pemegang taruh dalam konteks bagi meningkatkan ketampakan modal insan negara.

Istiadat konvokesyen selama 15 hari sehingga 3 Jun ini menyaksikan seramai 24,713 graduan menerima ijazah kedoktoran, sarjana, sarjana muda, diploma dan sijil profesional dalam bidang masing-masing.

Kredit Facebook @selangorroyaloffice
Kredit Facebook @selangorroyaloffice
Kredit Facebook @selangorroyaloffice

 

Share
Published by
Suzi