Simple Yet Elegant, Pesona MEGHAN MARKLE ‘Tawan’ Jutaan Rakyat Seluruh Dunia! Royal Wedding Paling Dinantikan

Mesti ramai rakyat Malaysia yang dah ‘terpacak’ depan TV pukul 6 petang tadi, kan? Semuanya semata-mata tak mahu terlepas menyaksikan Perkahwinan Diraja Duke and Duchess Sussex, Putera Harry dan Meghan Markle. Selain hendak tengok upacara perkahwinan yang gilang-gemilang tersebut, pastinya busana perkahwinan yang dipakai Megan menjadi tumpuan utama.

Memilih Custom Givenchy Haute Couture berwarna putih bersih, puteri diraja ini kelihatan cukup elegan dan klasik. Ditambah pula veil

rona senada yang dipakai bersama mahkota Queen Mary’s Diamond Bandeau sebagai pelengkap gaya perkahwinannya petang tadi.  Difahamkan, busana yang digayakan Meghan Markle hasil sentuhan pereka Britain, Clare Waight Keller. Memang minimalis namun tetap menawan hati ribuan rakyat Britain yang hadir menyaksikan ‘wedding of the year’ itu.

Mengikat ikrar sehidup semati di Gereja St George yang terletak di Istana Windsor sekitar pukul 7.30 malam waktu Malaysia, pewaris takhta British iaitu Putera Charles mengiringi Markle selepas bapanya terpaksa menarik diri atas masalah kesihatan. Manakala pengantin lelaki yang juga anak bongsu kepada mendiang Puteri Diana dan Putera Charles, Putera Harry pula diapit abang kandungnya, Putera William.

Usai melafaz ikrar suci di gereja berkenaan, pasangan ini kemudian diarak menaiki kereta kuda melalui semua jalan di Windsor. Dianggarkan 600 tetamu hadir untuk menyaksikan upacara bersejarah ini. Malah, beberapa selebriti terkenal juga diundang menjadi tetamu. Antaranya Oprah Winfrey, Priyanka Chopra, David dan Victoria Beckham, George Clooney serta isterinya, Amal Clooney.

 

Lebih menarik, 2, 640 orang awam dipilih untuk menyaksikan majlis itu dengan lebih dekat dari luar halaman Istana Windsor. Apa yang pasti, 19 Mei 2018 menjadi hari yang dinanti-nantikan di seluruh dunia. Diangkat sebagai ‘wedding of the year’, ikatan cinta pasangan ini mencipta sejarah tersendiri dalam kalangan keluarga diraja British selain menjadi salah satu acara terbesar pada tahun ini.

Sumber: Astro Awani

 

 

 

Share
Published by
Suzi