Sindrom Mak-mak; Check-in Hotel Konon Nak ‘Me Time’ Akhirnya Gagal Bila Teringat Anak Di Rumah

Menjadi wanita yang bekerjaya memang bukan mudah. Lebih-lebih lagi mahu menguruskan masa dan menyeimbangkan tugas sebagai isteri, ibu dan menguruskan sesebuah organisasi. Akibat terlalu letih Nurul Azwin atau lebih mesra disapa Awin check-in hotel untuk merehatkan dirinya.

Namun apa yang dihajati tidak berjaya apabila tidak boleh melupakan anak-anak yang berada di rumah. Kongsi Awin yang juga merupakan isteri kepada Pendakwah Terkenal, Ustaz Shahrizan ini, “Menjelang Hari Raya ni saya begitu sibuk dengan meeting,”.

Terdapat pelbagai meeting termasuk menguruskan agen dan leader serta pelbagai urusan untuk menguruskan butik dan produk kosmetik saya. Saya memang suka meeting dekat luar berbanding di butik atau pejabat. Bagi saya lebih selesa dan senang apabila meeting di luar. Bukan sahaja boleh minum dan makan dengan mudah malah kadang-kadang boleh menyuntik inspirasi.

Tapi jarak tempat meeting dan pejabat biasanya tak lah jauh sangat, dekat di antara satu dengan yang lain. Rumah saya pun dekat dengan pejabat. Kebetulan masa tu saya meeting dekat Curve dan disambung dengan beberapa meeting. Saya berhenti lunch dan solat di situ tiba-tiba sampai pukul 3 lebih saya rasa penat.

Memang penat yang sangat-sangat ketika itu. Suami turut menemani saya ketika itu dan tiba-tiba saya terfikir untuk terus berehat di hotel akibat terlalu letih. Saya cadangkan pada suami,  ” Hotel kat sebelah sahaja ni, kalau dapat berehat best jugak,”.

Tapi suami ada program lain maka saya sorang saja yang check-in sebab saya fikir kalau balik rumah saya tak akan rehat punya. Kalau saya balik rumah pukul 4 petang, sambung kerja rumah, menyapu, masak dan pelbagai tugas suri rumahtangga yang tidak pernah habis.

Asalnya lepas meeting nak masuk hotel nak rest, baring-baring, tengok TV, then keluar balik untuk  dinner tak yah masak, nak pergi facial kat mall sebelah, nak pergi pedicure, nak tengok  movie, tu idea asal.

Jadi saya check-in dapatkan premier room, naik atas masuk bilik  dan bukak langsir tingkap. Bila buka langsir terus nampak pool. Tadi yang konon letih nak baring

berehat, terus teringat anak nombor 4 yang suka mandi dalam pool.

Lepas tu, terfikir pula nak reward anak sulung pulak yang tolong jaga adik kecil dia sepanjang saya bekerja di luar. Fikir dalam hati kalau bawa anak sulung mungkin boleh bantu dia hilang stres. Tiba-tiba rasa teruja nak ajak anak-anak datang sini dan terlupa tujuan asal untuk check-in tadi.

Kemudian saya ambil keputusan mintak tolong staf hantar anak-anak saya ke hotel. Bila anak-anak dah sampai bilik, anak yang nombor 4 dah bagi dialog, “Mommy I want go to swimming pool,”. Dan kakak pula dia baru dapat result 9A saya nak bagi reward untuk dia.

Check-in kat hotel sekangkang kera je dari rumah. Nak rest konon dan nak ‘me time’ tapi bersama anak, sorang nangis sorang nak swimming sorang nak shopping, hmmm me time la sangat. Matlamat tak tarcapai ok terus rasa sama macam kat rumah je cuma beza nak check-out tak yah kemas bilik.

Nasib baik saya bawa 3 orang sahaja sebab lagi dua orang anak tak boleh ikut sebab mengaji. Niat asal untuk berehat tak menjadi begitu lah kalau dah jadi mak-mak ni. Selalu lupa tentang diri sendiri dan bahagia apabila melihat orang yang tersayang gembira dan bahagia. Bukan nak komplen tetapi ketawa kepada diri sendiri.

Esoknya check-out saya sambung meeting dan balik rumah sambung kerja-kerja rutin setiap hari sebagai suri rumah tanpa maid.

Semasa saya berpantang hari yang ke19 baru-baru ini saya berjaya check-in hotel tu jugak 2 malam. Sebab stres duk rumah tak boleh duduk diam. Saya tak boleh nampak rumah sepah, tapi tak boleh buat keje berat sebab ceaser kali ke4. Jadi masa new year, kebetulan wedding anniversary, saya check-in hotel 2 malam, baru saya dapat rehat,” kongsi Awin.

Share
Published by
Hamizatul Maizan