Tahniah Diana Amir dan suami, Mohd Habibbullah yang menerima kehadiran cahaya mata ketiga pada 10 November lepas. Bukan saja dikurniakan anak yang comel dan sempurna sifat.. bahkan ia pastinya satu kurniaan terindah bagi pasangan suami isteri ini kerana akhirnya mempunyai seorang cahaya mata lelaki.

Seperti kebanyakan ibu lain, personaliti TV ini juga mengalami situasi sama seperti kaum ibu di luar sana. Tidak cukup tidur, tidak cukup rehat dan masih dalam proses penyembuhan daripada luka bersalin. Tapi iyalah, bila sudah bergelar ibu.. penat macam mana sekalipun tetap gagahkan diri juga.

Ads

Sindrom ‘Mak-Mak’, Walaupun Tak Cukup Rehat DIANA AMIR Teruja Kehadiran Cahaya Mata Ketiga!

 

Sindrom ‘Mak-Mak’, Walaupun Tak Cukup Rehat DIANA AMIR Teruja Kehadiran Cahaya Mata Ketiga!

He is just a month old so ni fasa asyik muak walaupun dah burpp, tidur ikut mood dia kadang-kadang sampai 5 am pun tak tidur. Now dia tengah tidur so rasa nak tidur sama, but no. I can’t sleep, I still have lots of things to do.

Contoh? Layan Khawlah dan Khadija yang nak perhatian mummy tu, nangis minta dukung even semua benda seperti sapu minyak, urut dia, bedung, tukar pampers, susu and so on.. so memang totally zombieland sekarang.

Sindrom ‘Mak-Mak’, Walaupun Tak Cukup Rehat DIANA AMIR Teruja Kehadiran Cahaya Mata Ketiga!

Apa yang buat I dan mummies all over the world still kuatkan semangat walau tak cukup rehat? The fact that he is mine, Allah created him especially for me to be the mom, and he, inshaAllah will be my saham akhirat.”

Kongsi Diana, walau pun ada pembantu namun kehidupannya tetap sibuk memandangkan dua lagi anak iaitu Khawlah Al Azwar dan Khadija Azzehra yang baru berusia 3 tahun dan setahun turut memerlukan perhatian. Disebabkan itu juga Diana agak jarang mengemaskini laman sosial dan berkongsi foto cahaya mata ketiganya, Muhammad Khalid.

Ads

Sindrom ‘Mak-Mak’, Walaupun Tak Cukup Rehat DIANA AMIR Teruja Kehadiran Cahaya Mata Ketiga!

 

Memang macam itulah rutin ‘mak-mak’. Katalah penat sekalipun tapi tetap sedaya upaya tunaikan permintaan anak-anak dan suami. Itu belum lagi bercerita soal sakitnya bersalin.. katanya itulah kali terakhir mengandung dan bersalin. Tapi ada yang tidak sampai setahun, dah hamil.

Ads

Apa-apa pun, semua itu rezeki. Usah pelik dengan perangai wanita bergelar ibu sebab mereka sememangnya punya tenaga dan semangat yang luar biasa!

Buat Diana Amir, moga segala penat lelah menjaga anak-anak memberi seribu satu rahmat buat anda. Dan semoga kekuatan yang ditunjukkan Diana ini juga menjadi inspirasi kepada kaum ibu untuk terus berbakti kepada keluarga.

 

Kredit : Instagram Diana Amir

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI