Seorang selebriti pasti menjaga penampilan, bukan sahaja wajah malah mengekalkan bentuk badan yang kekal langsing juga amat penting. Tentu anda pernah terfikir bagaimanakah cara seorang selebriti mengekalkan berat badan mereka?

Sehubungan itu, team NONA terpanggil untuk memberikan wanita jawapan kepada persoalan tersebut dengan berkongsikan cara bagaimana pelakon jelita asal Singapura, Datin Nur Atikah Mohd Suhaime atau lebih dikenali dengan nama pentas Atikah Suhaime menjaga penampilan serta mengekalkan kelangsingan tubuh badanya.
Singgang Matsalleh Datin ATIKAH SUHAIME Jadi Sorotan! ‘Remedy’ Terbaik Wanita Kekal Langsing Singgang Matsalleh Datin ATIKAH SUHAIME Jadi Sorotan! ‘Remedy’ Terbaik Wanita Kekal Langsing

Singgang Matsalleh Datin ATIKAH SUHAIME Jadi Sorotan! ‘Remedy’ Terbaik Wanita Kekal Langsing

‘Singgang Matsalleh’ Atikah Suhaime Mengiurkan

@atikahsuhaimeeee Recipe diet baru “Singgang Matsalleh”. Selamat mencuba 😅❤️ #fypシ゚viral #tiktokmalaysia🇲🇾 #singaporetrending ♬ original sound – TikaMe

Terdahulu, suri hati pengasas jenama Zaitun, Datuk Lokman Teh ini pernah berkongsikan tips penurunan berat badan tanpa perlu berlapar. Menerusi hantaran di laman Tik Tok miliknya, Atikah Suhaime turut berkongsikan resipi menu diet yang diamalkan.

NONA difahamkan sudah tiga bulan Atikah Suhaime mengamalkan menu diet ini. Menariknya, tips yang dikongsikan ternyata berjaya curi tumpuan warga maya.

Ternyata, Atikah Suhaime mempunyai cara tersendiri dalam rutin diet menerusi video yang dikongsikannya. Selain itu, pelakon Lagenda Budak Hostel ini dilihat tidak lokek sama sekali berkongsi rahsia bagaimana dia menurunkan serta mengekalkan berat badan.

Menu Diet ‘Confirm’ Kenyang! – Atikah Suhaime

Singgang Matsalleh Datin ATIKAH SUHAIME Jadi Sorotan! ‘Remedy’ Terbaik Wanita Kekal Langsing Singgang Matsalleh Datin ATIKAH SUHAIME Jadi Sorotan! ‘Remedy’ Terbaik Wanita Kekal Langsing

Sekadar recap, Atikah Suhaime memulakan kerjaya televisyen pada 2010 di negara kelahirannya, Singapura seawal usia 19 tahun.

Malah, sejak bergelar isteri pada Januari lalu, Pelakon yang berusia 33 tahun ini dilihat  amat bijak membahagikan masa menguruskan rumahtangga, kerjaya sebagai usahawan Zaitun dan mengamalkan rutin pemakanan dan gaya hidup sihat.

Atikah turut mengakui meski jarang melakukan senaman, dek kerana jadual seharian yang padat, namun dia tidak culas mengamalkan pemakanan yang sihat. Meskipun, menu diet yang diamalkan lebih kepada sayur-sayuran, namun tetap kenyang.

Perkongsian Atikah Suhaime Raih ‘Feedback’ Positif Netizen

Singgang Matsalleh Datin ATIKAH SUHAIME Jadi Sorotan! ‘Remedy’ Terbaik Wanita Kekal Langsing

NONA sempat meninjau ruangan komen pada hantaran berkenaan dan mendapati, Atikah Suhaime menerima pujian ramai di hantaran video berkenaan.

Terdapat wargamaya yang memuji menu diet yang dikongsikan Atikah Suhaime dan mengakui setelah mengikuti menu disediakan oleh pelakon jelita ini terbukti mengenyangkan mereka dan dalam masa sama berkesan menurunkan berat badan.

Malah, ada juga yang memuji kejelitaan aktres ini, kerana tidak kelihatan seperti berusia 30-an, sebaliknya terlihat awet muda seperti berusia 18 tahun!

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!

Sumber Gambar: Instagram Atikah Suhaime & Tik Tok Atikah Suhaime

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI