Menyentuh amalan kecantikan zaman dahulu, beras merupakan antara ramuan yang sering digunakan untuk tujuan membersih kulit badan atau kini lebih dikenali dengan proses scrubbing. Butiran kasar beras dipercayai memiliki pelbagai manfaat untuk kecantikan kulit selain membantu menyingkitkan sel kulit mati yang menjadi penyebab kulit kering. Malah, amalan skrub tubuh yang dilakukan secara konsisten dapat mempercepat proses pertumbuhan semula sel kulit.
Setiap kali usai melakukan skrub, kulit badan terasa lebih bersih dan lembut. Bagi yang tidak mempunyai masa untuk merawat kulit di pusat-pusat kecantikan, beli saja produk skrub badan yang dijual di pasaran dan lakukan sendiri hanya dari rumah. Namun, sebelum membeli produk yang berkaitan, ambil tahu panduan yang tepat mengenainya agar tidak tersalah langkah.
Ads
Pentingkah skrub untuk kulit? Adakah kulit tetap bersih jika tidak diskrub?
Fungsi utama skrub adalah menyingkirkan sel kulit mati dan membuang kotoran yang tersumbat di liang kulit. Hal ini sekali gus membolehkan kulit bernafas dan menyerap nutrisi daripada produk kecantikan seperti losen, pelembap, body butter atau sebagainya.
Secara semula jadinya, kulit tumbuh semula selama 14 hingga 21 hari. Namun, seiring dengan pertambahan usia, ditambah gaya hidup yang tidak mesra pada kulit seperti kekerapan berada di bilik berhawa dingin, mengambil alkohol dan merokok menjadikan pertumbuhan semula sel kulit tidak optimum. Bila keadaan ini dibiarkan berterusan, kulit akan kelihatan kusam kerana penimbunan sel kulit mati. Jadi di sinilah kulit memerlukan ‘bantuan’ melalui badan.
Bagaimana memilih skrub sesuai jenis kulit ?
Pada dasarnya , skrub boleh diaplikasikan untuk semua jenis kulit. Namun losen harus diaplikasi mengikut kesesuaian jenis kulit. Boleh juga memilih jenis skrub mengikut fungsi tertentu seperti betik untuk melembapkan, teh hijau untuk menyegarkan kulit atau lobak untuk kesegaran kulit. Saat melakukan scrubbing, pastikan tidak ada luka yang terbuka atau luka baru, tidak ada luka terbakar dan tiada penyakit kulit seperti ekzema, rosacea dan sebagainya.
Apa perbezaan skrub badan dengan lulur?
Secara dasarnya, skrub dibezakan menjadi dua jenis iaitu granule atau butiran dan tanpa granule (tanpa butiran). Lulur adalah istilah bahasa Indonesia yang merujuk pada badan. Ia dihasilkan daripada beras yang dicampur bahan-bahan semula jadi dan rempah-ratus seperti bengkuang, melati, teh hijau atau kopi. Selain itu, boleh disimpulkan bahawa lulur termasuk dalam kategori skrub versi granule.
Ads
Berapa kali scrubbing perlu dilakukan?
Rawatan secara skrub boleh dilakukan 2 minggu sekali. Ia bersesuaian dengan pergantian kulit yang berlaku setiap 14 hingga 21 hari sekali dan mengikut juga sesuai keadaan kulit.
Ads
Mengapa skrub wajah tidak boleh dipakai untuk tubuh dan sebaliknya?
Seperti yang boleh dirasakan sendiri, tekstur kulit wajah lebih nipis, lembut serta lebih sensitif berbanding kulit tubuh badan yang lebih kasar dan tebal. Maka tidak hairan jika kulit wajah lebih sensitif terhadap gangguan dari luar seperti radikal bebas, debu, kotoran dan juga kandungan bahan aktif yang ada di dalam apa saja produk kecantikan. Oleh itu, tidak disyorkan menggunakan produk skrub yang sama untuk kedua-dua bahagian tubuh yang dimaksudkan.
Bolehkah skrub menjadikan kulit lebih tegang dan awet muda?
Badan tidak mempunyai fungsi untuk menjadikan kulit tegang dan awet muda. Kulit yang tegang hanya boleh diperolehi daripada penggunaan topeng (mask) yang bernutrisi. Secara asasnya, fungsi skrub badan hanya untuk pembersihan dan pengelupasan. Tiada kaitan dengan ketegangan kulit.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon Anna Jobling yang kini semakin popular dan laris selepas muncul dalam drama Melur Untuk Firdaus menjadi wakil tunggal dari Malaysia yang tersenarai sebagai 100 Wajah Tercantik 2022 (100 Most Beautiful Faces of 2022) oleh TC Candler.
Menurut dari laporan Harian Metro, Anna Jobling atau nama penuhnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman yang berasal dari Kuala Lumpur menyatakan keterujaaannya dan tidak menyangka dirinya tersenarai.
“Terima kasih sangat-sangat! Betul-betul saya tak sangka. Saya sangat gembira dan bersyukur apabila dicalonkan dalam kategori ini. Memang saya terkejut apabila diiktiraf salah seorang daripada 100 calon yang memiliki wajah jelita di seluruh dunia”.
Mengulas tentang raut wajah dan kecantikan yang dianugerahkan itu, Anna mempunyai takrifan sendiri.
“Hakikatnya cantik itu subjektif. Kedengan sangat klise bila seseorang mengatakan kecantikan luaran lebih penting. Jika seseorang itu mempunyai sikap terpuji, baik maka secara automatiknya akan menjadikan seseorang itu cantik luar dan dalam. Tidak kisah bagaimana rupa paras seseorang, tapi kalau sayangkan diri dan yakin, maka secara langsung dirinya akan cantik segala-galanya”.
Anna Jobling, 21 tahun merupakan seorang model, pelakon dan pengacara Malaysia dan merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2018/2019, di mana beliau ialah pemenang tempat keempat.
Selain Anna, turut tersenarai adalah anggota BLACKPINK, Jisoo dari Korea Selatan, Ylona Garcia (Filipina), Camilla Belle (Amerika Syarikat), Kiko Chan (Vietnam), Momona Ramada (Jepun) dan ramai lagi.
Tahun lalu, anggota Dolla iaitu Tabby menjadi satu-satunya artis wanita tersenarai dalam kategori itu.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terpegun melihat keanggunan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah. Personaliti Tuanku yang mesra dan sentiasa mengukir senyuman membuatkan rakyat mengagumi keperibadian DYTM Raja Nazhatul Shima.
Apatah lagi Raja Puan Besar Perak ini dikurniakan rupa paras cantik dan menawan.
28 Februari lalu merupakan ulang tahun hari keputeraan ke-71 DYTM Raja Nazhatul Shima. Ternyata, pada usia sudah mencecah 70 tahun pesona Raja Puan Besar Perak ini kekal terserlah!
Berkongsi foto sambutan ulang tahun hari keputeraan baru-baru ini, kongsi DYTM Raja Nazhatul Shima di media sosial, “Cake cutting for my 71st birthday with my grandchildren, Nadya Ismail and Salma. Alhamdulillah. My birthday 28th February 1952.”
Pernah menghiasi ruangan Tetamu VIP Majalah Nona edisi Jun 2016, DYTM Raja Nazhatul Shima ialah anakanda kedua pasangan Almarhum Sultan Idris Shah II dan Almarhumah Raja Perempuan Muzwin.
Kongsi Raja Nazhatul Shima kepada Nona waktu itu, kekanda sulung mangkat ketika berusia enam bulan pada tahun 1944.
Pasti ramai rakyat ingin tahu bagaimana Raja Puan Besar Perak ini menjaga penampilan diri dan sentiasa tampil mempersona.
Mengimbas kembali persoalan tentang rahsia awet muda yang diamalkan sewaktu mengadakan sesi fotografi bersama Tuanku di Istana Riswin, Perak… kekanda kepada Permaisuri Johor Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofia ini tertawa kecil.
“Eh, tak ada rahsia pun! Ambil wuduk selalu, automatik nanti wajah pasti berseri. Saya percaya pada ketenangan hati dan beristighfar selalu, insyaAllah. Amalkanlah!”
DYTM Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima dikurniakan putera iaitu Syed Saifullah Alsagoff, Syed Ibrahim, Syed Redzuan, Syed Shareef, Syed Idris dan Syed Iskandar.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Trend solekan kening sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Daripada yang dilukis nipis kepada tebal, kening bulu pelepah dan terkini gaya squiggly brows, pencinta solekan tak pernah kering idea menata rias bahagian ini.
Tapi sebanyak mana pun trend solekan kening yang tercipta, tidak ada satu pun yang mengetengahkan idea untuk si pemilik kening bercantum atau unibrow.
Memiliki bentuk kening yang bercantum di tengah ini dipandang seperti satu kesalahan kecantikan, lalu mendorong pemiliknya ‘memisahkan’ kening agar dilihat normal.
Sebaliknya bagi model Greek, Sophia Hadjipanteli, dia tekad membuktikan bahawa tiada yang memalukan tentang kening bercantum. Gadis jelita yang berambut kuning keemasan itu turut menghitamkan bulu keningnya agar ia kelihatan lebih menonjol.
“Saya sedar bahawa rupa paras saya ini mungkin tak menepati citarasa semua orang. Mungkin ia tak menarik tapi saya tak kisah pun apa kata orang. Sejujurnya saya suka dengan wajah saya sekarang. Kening bercantum saya adalah diri saya dan saya bangga mengekalkannya.
Apabila kita suka menilai penampilan orang lain semata-mata ia berbeza dengan diri kita, atau orang lain, itu menggambarkan hati kita yang sangat bertoksik,” ujar Sophia melalui akaun Instagramnya.
Jadi berbanggalah dengan kening semula jadi kita. Biarlah ia tebal atau jarang atau pendek sekali pun, tak perlu malu memilikinya! Jom tengok lagi foto-foto Sophia yang cantik ni. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...