Gaya Hidup

Sinonim Drama CILI PADI, MELISSA SAILA Kini 50 Tahun & Ibu 3 Cahaya Mata Comel!

Lincah, berbakat dan cantik! Itu antara ‘tarikan’ Melissa Saila ketika dia aktif berlakon pada sekitar era 90an. Cukup sinonim dengan drama Cili Padi yang membawa watak sebagai Maria, Melissa Saila pada hari ini tampil awet muda dan cantik dalam kelas tersendiri. Barangkali kerana personalitinya yang ceria dan mudah tersenyum!

Menginjak usia 50 tahun, Melissa Saila atau nama penuhnya Melisa Mohd Alias berasal dari keluarga seni. Ibunda kesayangan Melissa sendiri ialah seniwati disegani ramai iaitu Allahyarhamah Hajah Mariam Binti Ismail atau dikenali sebagai Seniwati Mariani.

Pernah diaju persoalan mengenai penampilannya yang sentiasa nampak muda, ini jawapan jujur Melissa. “Ya ke, adoi! Tak terfikir pun. Bagi saya mudah sahaja, apa yang penting adalah minda kena selalu sihat dan selalu positif. Jangan banyak streskan otak.”

Kredit Instagram @melissa.saila.by.oil.means
Kredit Instagram @melissa.saila.by.oil.means
Kredit Instagram @melissa.saila.by.oil.means

Tidak lagi membintangi drama atau filem, Melissa juga sebenarnya berpengalaman sebagai pengarah. “Sudah lebih 10 tahun saya bergiat aktif dalam dunia pengarahan.

Tetapi kebanyakan adalah dalam bentuk drama. Pernah juga dulu saya mengarah sebuah filem tetapi sayangnya filem itu tidak keluar panggung. Ada beberapa masalah yang menyebabkan filem itu tidak dapat ditayangkan.”

Lebih 36 tahun terlibat dalam dunia seni, pastinya Melissa sudah pun berdepan dengan pelbagai ragam dan dugaan sepanjang bergelar anak seni. Malah, katanya industri seni dahulu berbeza dengan industri seni hari ini.

Kredit Instagram @melissa.saila.by.oil.means
Kredit Instagram @melissa.saila.by.oil.means

“Sekarang zaman nak popular. Semua tentang populariti semata-mata,” katanya yang mempunyai syarikat produksi, Kus Semangat Aktor.

Melissa berkahwin dengan Megat Fauzi Shukarnain dan hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Noor Megat Fauzi, 18 tahun, Zain Megat Fauzi, 16 tahun dan Zahrah Megat Fauzi, 13 tahun.

Kredit Instagram @melissa.saila.by.oil.means
Kredit Instagram @melissa.saila.by.oil.means

Menyedari anak-anak kian meningkat dewasa, Melissa sebagai ibu amat menitikberatkan tingkah laku anak-anak dalam mendidik mereka menjadi insan berguna kelak.

“Kita kena selalu bersyukur so kita senang hati. Also amal makanan sihat. Paling penting jaga adab. Ingat agama dan hormat orang.

Saya juga selalu pesan kat anak-anak, rupa cantik kalau kelakuan dan perangai tak elok, tak guna juga.”

 

Share
Published by
Suzi