Siren Bahaya, 4 Hal Ini Petanda Jelas Anda Perlu TUKAR Produk Kecantikan Serta-Merta!

Hanya kerana anda sudah serasi menggunakan produk perawatan kulit yang sama selama bertahun-tahun, tidak bermakna anda serasi menggunakannya. Terdapat beberapa kes tertentu yang perlu diteliti tentang set penjagaan kulit anda supaya segera menggantikannya dengan produk lain.

Adalah penting untuk anda sedar bahawa produk yang sedang digunakan sebenarnya menjejaskan kesihatan kulit tanpa sedar.

  1. PERUBAHAN MUSIM

Faktor ini menjadi penting jika anda ingin melancong ke luar negara terutamanya yang mempunyai empat musim. Bukan hanya menitikberatkan soal pakaian malah kosmetik juga perlu diambil kira. Ini kerana kulit berpotensi menjadi lebih kering pada musim dingin. Oleh itu, pastikan anda memakai produk pembersih wajah yang tepat.

  1. ALAHAN

Jika kulit menjadi kemerah-merahan dan tumbuh jerawat, besar kemungkinan anda mengalami alergi berpunca daripada rangkaian kosmetik yang dipakai. Ada di antaranya yang menghasilkan alahan tidak terlalu ketara dan hanya muncul di satu bahagian kulit wajah saja. Jika tanda-tanda ini muncul, segera ganti produk kosmetik.

  1. TIBA MASA GUNA PRODUK ANTI PENUAAN

Meski pun anda tidak mahu mengakui hakikat ini namun akan tiba masanya anda memerlukan produk anti penuaan apabila tanda-tanda berkenaan sudah mula kelihatan di wajah. Jika usia sudah menghampiri 30an, lupakan kosmetik yang anda guna sejak zaman remaja dan mulalah beralih serta mencari produk yang tepat untuk kulit anda.

  1. KULIT KUSAM ATAU WARNA TIDAK SEKATA

Kulit yang cerah bermaya merupakan tanda perawatan kulit yang dilakukan amat berkesan. Tetapi jika wajah anda tidak secerah sebelumnya, mungkin anda memang perlu menggunakan produk lain. Kulit akan ‘memberitahu’ produk yang dipakai efektif atau tidak. Gantilah produk yang mempercepat pergantian sel, meningkatkan tahap oksigen dan membantu kulit lebih cerah yang dalam masa sama tidak membahayakan kulit.

Share
Published by
Suzi