PERKONGSIAN…. Masalah hilang kawalan pundi kencing seringkali melanda wanita dan juga lelaki di seluruh dunia. Akibat diserang rasa malu, ramai yang berdiam diri dan enggan tampil mendapatkan rawatan. Adakah masalah ini boleh berlarutan dan membahayakan nyawa?

Soalan kesihatan ini telah di jawab oleh Dr. Kamarulzzaman Ahmad, MD (HOM.INDIA) BHMS (MSIA) DHS (MSIA), BSc. Spec.Major EducRecs (SIUC.USA) yang juga merupakan konsultan perubatan Yayasan Kasih Sayang Selangor. (MAJALAH NONA, NOV 2008)

IKLAN

KERAP BUANG AIR KECIL

Saya seorang pesara dan pernah bertugas sebagai seorang guru serta aktif dalam sukan berbasikal. Suatu ketika dulu, saya pernah terlibat dalam kemalangan semasa bersukan sehingga terpaksa menjalani pembedahan. Syukur kerana masih dianugerahkan tiga cahaya mata meskipun setiap kali bersalin, saya terpaksa melalui kaedah Caesarean.

Apa yang merunsingkan saya adalah masalah kerap membuang air kecil yang saya alami sejak lima tahun lalu. Pada awalnya ia tidak ketara tetapi kini saya terpaksa ke tandas hingga 7-10 kali sehari. Ini mengehadkan aktiviti harian, selain amat memalukan diri saya. Apakah sebenarnya masalah yang berlaku serta bagaimanakah cara mengatasinya?

JAWAPAN

Masalah kerap kencing atau urinary incontinence bukannya satu penyakit tetapi merupakan petanda terdapatnya masalah yang amat memerlukan perhatian dan kajian oleh seorang doktor. Selalunya pundi kencing manusia akan dikosongkan setiap empat jam. Fungsi pundi kencing yang normal membabitkan perhubungan kompleks antara pundi kencing dengan otak.

Apabila pundi kencing perlu dikosongkan, otot dinding pundi kencing mengecut dan ‘sphincter urethra’ (otot pengawalan liang badan) akan berehat. Keadaan ini membenarkan air kencing dikeluarkan.

Kekerapan membuang air kecil pada setiap orang berbeza. Secara umum, keperluan anda ke tandas melebihi lapan kali dalam 24 jam dianggap tidak normal. Keinginan membuang air kecil meningkat apabila pundi kencing diisi kira-kira separuh penuh (250ml). Biasanya orang akan ke tandas pada tahap ini tetapi kapasiti normal pundi kencing adalah sekitar 400ml.

Siren Kecemasan! Tahukah Anda, Wanita Aktif & Lasak Berisiko Alami Masalah KERAP BUANG AIR KECIL?

Jika Puan mengalami empat simptom berikut, bermakna Puan sedang mengalami sistem kawalan pundi kencing yang lemah:

  1. Membuang air kecil melebihi lapan kali sehari
  2. Kerap rasa keinginan yang kuat dan tiba-tiba untuk kencing
  3. Kebocoran air kencing yang tidak terkawal
  4. Kebocoran air kencing ketika batuk, ketawa, bersin, melompat atau berlari

Perkara ini bukanlah masalah asing bagi wanita yang telah meningkat usia, malah cabaran ini juga dialami oleh jutaan golongan wanita dan lelaki di seluruh dunia.  Malangnya ramai pesakit seperti Puan tidak mahu atau bertangguh-tangguh mendapatkan rawatan kerana malu.

Punca-punca

Simptom kencing kerap boleh berpunca daripada pelbagai faktor, antaranya adalah:

(a) Jangkitan pada sistem kencing

(b) Sembelit

(c) Pemakanan, minuman dan ubatan

(d) Masalah fizikal atau fisiologi seperti :

  • Ibu mengandung dan kesan bersalin
  • Lanjut usia
  • Kesan sampingan dari Hysterectomy
  • Kesan interstitial cystitis
  • Masalah prostat seperti barah dan prostatitis
  • Masalah pundi kencing seperti barah dan batu karang
  • Masalah saraf yang berpunca daripada penyakit stroke, multiple schlerosis atau sebagainya
  • Obesiti

Rawatan

Memang tidak dinafikan bahawa hilang kawalan pundi kencing adalah satu keadaan yang merimaskan. Malah ia mungkin memalukan dan mengehadkan aktiviti harian. Perkara paling utama yang mesti diberi perhatian adalah memahami punca masalah. Berjumpalah dengan pakar untuk mengenalpasti punca masalah. Masalah yang dialami oleh jutaan populasi dunia boleh dirawat dengan berbagai kaedah seperti berikut:

IKLAN

(1) Behavioral techniques

Teknik seperti Pelvic Floor Muscle Exercise ini telah digunakan dengan jayanya bagi masalah yang berpunca daripada kelemahan otot pelvik.

Siren Kecemasan! Tahukah Anda, Wanita Aktif & Lasak Berisiko Alami Masalah KERAP BUANG AIR KECIL?

(2) Gabungan Kaedah Alopathy dan Akupunktur – SANS (Stoller Afferent Nerve Stimulator) Device Untuk Masalah Berpunca daripada SARAF

SANS adalah satu alat hasil gabungan teknologi perubatan moden iaitu neuromodulation dan elektro akupuntur. Ia adalah hasil kajian Dr. Marshall Stoller, seorang profesor di UCSF. Teknik ini menurut penciptanya amat berguna dan bersesuaian dengan pesakit wanita yang tidak tahan dengan kesan sampingan ubat dan gagal dirawat secara ‘bladder training’.

Sebagaimana diketahui umum dalam rawatan akupuntur, jarum digunakan atau dicucuk pada titik akupuntur pada pergelangan kaki yang terus merangsang saraf pundi kencing dan saraf tunjang. Jarum tersebut pula disambung dengan rangsangan elektrik bersifat low frequency yang boleh dikawal oleh perawat.  SANS digunakan sekali dalam seminggu. Setiap sesi rawatan mengambil masa selama 30 minit. Kekerapan rawatan pula bergantung kepada tindak balas dan keperluan pesakit. Keberkesanan kaedah ini masih dikaji secara klinikal.

(3) Pembedahan

IKLAN

Pembedahan seperti prosedur Sling dan Bladder Neck Suspension juga biasa digunakan bagi kes-kes tertentu.

(4) Penggunaan Ubatan

Bagi kes-kes yang berpunca daripada jangkitan seperti cystitis dan prostatis, doktor perubatan moden biasanya memberi antibiotik. Selain itu antispasmodic drugs dan antidepresant drug juga biasa digunakan bagi kes-kes yang bersesuaian.

(5) Penyembuhan dengan Kaedah Homeopati

Perubatan Homeopati merawat pesakit BUKAN penyakit. Kaedah ini amat mementingkan penelitian simptom fizik dan metafizik pada pesakit telah digunakan dengan jayanya untuk merawat pesakit seperti Puan. Sebelum diberi sebarang penawar, seorang doktor homeopathy akan menjalankan diagnosis untuk mendapatkan selengkap mungkin simptom pada diri puan. Ini termasuk sejarah diri dan keluarga Puan terutamanya yang menjurus kepada kesihatan. Sebagai contoh, saya nyatakan disini beberapa jenis penawar yang telah digunakan untuk merawat pesakit seperti Puan sehingga sembuh.

  • Apis Mellifica
  • Berberis Vulgaris
  • Cantharis
  • Causticum
  • Mercury Corr
  • Sepia

Menerusi pembacaan lanjut di internet, saya TIDAK menggalakkan Puan membeli ubatan sendiri kerana cara diagnosis ini hanya berdasarkan kes di internet dan amat TIDAK TEPAT dari sudut Homeopati.  Oleh itu berjumpalah dengan seorang pengamal perubatan homeopati yang bertauliah.

PERINGATAN

Estrogen Therapy

Dalam kajian Dr. Jeanette Brown, pengarah UCSF Women’s Continence Center, didapati penggunaan ESTROGEN dalam postmenopausal hormone therapy  telah mendatangkan masalah pada pesakit-pesakit terlibat.  Oleh itu Puan diingatkan supaya berjumpa doktor pakar sebelum menjalani sebarang rawatan.

Kecederaan Akibat Jatuh

Keadaan tergesa-gesa dan tidak tertahan-tahan untuk kencing sebenarnya boleh mendatangkan kecelakaan kepada pesakit. Dalam kajian mengenai kencing kerap ini, terdapat banyak kes cedera dan patah akibat terjatuh dalam keadaan tergesa-gesa. Oleh itu jangan ambil mudah! Bertindak sekarang sebelum anda jadi begini.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI