Sepanjang tempoh kuarantin ini, Sis Kiah banyak menghabiskan masa untuk dekatkan dirinya kepada Alah SWT. Apa yang berlaku ini banyak memberi pengajaran dan keinsafan buat dirinya tentang qadha dan qadar Allah.
Ads
Kalau selama ini hanya sibuk mengejar dunia, kini semuanya seperti beku seketika hanya fokus pada diri kita dan berbicara pada Maha Pencipta.
Kadang-kadang seperti tidak percaya apa yang berlaku, hanya dengan sekelip mata. Bangun dari tidur kita mengharapkan, apa yang berlaku ini sebenarnya mimpi dan akan cepat berlalu pergi.
Namun Corona inilah ketentuan yang telah terjadi dan telah diputuskan taqdirnya untuk kita hadapi.
Sis Kiah berkata kepada diri sendiri, “Apa yang membuat kita benar tidak akan membuat kita salah. Sebaliknya, apa yang membuat kita salah tidak akan membuat kita benar.”
Keyakinan itu tertanam kuat dalam jiwa dan kukuh bersemayam dalam hati Sis Kiah. Setiap bencana akan menjadi kurnia, setiap ujian menjadi anugerah dan setiap peristiwa itu adalah penghargaan dan pahala.
Usah terlalu dilayan rasa kesedihan, gundah gulana kerana suatu penyakit, kematian, kerugian harta dan sebagainya. Sesungguhnya itu merupakan sesuatu yang telah Allah takdirkan dan semua yang telah terjadi menjadi takdir Allah pasti terjadi.
Kita tidak punya pilihan selain menerima takdir itu kerana hanya Allah yang berhak menentukan. Dengan cubaan ini, insyaAllah kita akan memperoleh pahala dan dosa diampunkan jika kita terus bersabar, berdoa dan berusaha untuk menghadapi dugaan itu dengan tenang dan berhati lapang.
Teguhkan iman terhadap qadha dan qadar, supaya saraf-saraf kita tidak tegang dan berasa cemas dalam jiwa. Jangan biarkan diri kita terus larut dengan kesedihan dan jangan berusaha menahan angin agar tidak bertiup.
Ads
Kita harus menyerahkan semua perkara ini kepada takdir agar tidak timbulnya rasa kebencian, penyesalan dan kebinasaan. Dengan penerimaan qadha itu, jiwa akan merasa tenang menjalani segala daya upaya cabaran yang perlu kita tempuh.
Sis Kiah percaya, setiap yang hilang itu pasti ketemu, dalam kesesatan akan datang petunjuk, dalam kesulitan ada kemudahan dan setiap kegelapan akan ada cahaya terang. Ambillah hikmah dari setiap kejadian yang berlaku.
Bagi Sis Kiah, “Orang yang cerdik akan berusaha mengubah kerugian menjadi keuntungan. Sedangkan orang bodoh akan membuat suatu musibah menjadi berlipat ganda.”
Ads
Ketika yang menghadapi bencana ini, harus melihat dari sudut yang paling terang darinya. Kendalikan diri kita ini dalam berbagai kesulitan dengan sebaik mungkin. Seperti juga menjaga diri kita untuk semua.
Dengan kerjasama semua pihak, pastikan akan menguntum senyuman di penghujungnya. Sama-sama kita mencari kebaikan, membuka harapan dan jalan keluar untuk memperoleh pahala.
Untuk itu, Sis Kiah menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, bijak menjaga diri sendiri dalam keadaan sekarang dan menjadi satu kewajipan untuk kita sama-sama berdoa dan meminta kepada-Nya dalam keadaan lapang mahupun sempit, dalam keadaan mudah mahupun ketika susah. Kita harus menumpahkan semua kesulitan yang kita lalui ini hanya pada-Nya.
Berdoalah sambil menangis, merendahkan diri dan meminta ampunan-Nya. InsyaAllah dengan izinNya, tiba pada saat itu akan datang pertolongan, bantuan dan kemudahan. Allah Maha Dekat, Maha Mendengar dan Maha Menjawab.
Dia mengabulkan doa setiap orang yang berada dalam kesulitan. Jangan kita berhenti untuk berzikir kepada-Nya, sebutlah nama-Nya, mohonlah pertolongan-Nya dan mintalah jalan keluar dari-Nya. Curahkanlah seluruh waktu ini untukNya dengan beribadah agar kita memperoleh kebahagiaan dan kemenangan… InsyaAllah, Aamin.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dah sedia untuk musim Pilihan Raya Negeri (PRN)? Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) baru sahaja mengumumkan pilihan raya di enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dijalankan serentak pada 12 Ogos 2023. Khusus buat pengundi wanita, semak 10 perkara ini mudahkan proses undian.
Tarikh ini dimaklumkan sendiri oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh pada sidang akhbar khas selepas mempengerusikan mesyuarat bagi menentukan tarikh-tarikh penting PRN.
Hari mengundi awal bagi PRN juga ditetapkan pada 8 Ogos, manakala hari penamaaan calon pada 29 Julai 2023.
Ia bagi mengisi kekosongan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, 45 kerusi DUN Kelantan, 32 kerusi DUN Terengganu, 40 kerusi DUN Pulau Pinang, 56 kerusi DUN Selangor dan 36 kerusi DUN Negeri Sembilan.
Nah, kepada kaum wanita yang menjadi sebahagian daripada jumlah 9,773,571 pengundi layak menjalankan tanggungjawab mengundi dalam PRN kali ini, berikut 10 perkara perlu dilakukan untuk memudahkan proses pengundian:
(1) Tarikh mengundi ialah pada 12 Ogos 2023 manakala mengundi awal adalah pada 8 Ogos 2023.
(2) Urusan permohonan undi pos luar negara dan dalam negara telah dibuka bermula 15 Jun lalu.
(3) Tarikh tutup permohonan pengundi pos kategori A (petugas pilihan raya, pegawai SPR, anggota polis dan tentera serta petugas media) ialah pada 26 Julai 2023.
(4) Permohonan kategori A boleh dibuat secara dalam talian (online).
(5) Manakala bagi kategori B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara), tarikh tutup permohonan ialah pada 8 Julai 2023.
(6) Daftar pemilih yang akan digunakan adalah yang sehingga April 2023 dan dikemas kini sehingga 21 Jun 2023.
“Setiap tahun sebelum lebaran, menjadi tradisi Vivy sekeluarga pulang ke kampung Tok Ma untuk membuat lemang bersama. Semua orang berkumpul di luar rumah, berpeluh sambil menunggu lemang masak dan kanak-kanak berlari main mercun Pop Pop.
Ketawa memenuhi ruang halaman dan sehingga hari ini, ia tetap menjadi kenangan terbaik untuk saya,” jelas Vivy Yusof mengabadikan sentimen lebarannya tahun ini dengan melancarkan The Lemang dUCk.
Bagi Vivy Yusof, pengasas The dUCk Group, lemang melambangkan rasa syukur yang sangat bermakna bagi dirinya dan Opah. Dia berkongsi kisah peribadi, “Dalam usaha membesarkan ibu, Opah memasak lemang di bakar atas arang yang panas untuk dihantar dijual ke kedai. Lama kelamaan, panas dan habuk dari api telah merosakkan matanya dan Opah kehilangan penglihatan salah satu matanya.
Opah tidak pernah mengeluh, dia sentiasa memberi sokongan kuat untuk ibu berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran dan menjadi seorang guru, sehingga bertemu jodoh dengan ayah saya.
Rakaman terindah kehidupan itu dapat saya lihat, bila ibu bapa saya pula menghabiskan saat terakhir Opah dengan menjaganya sebaik mungkin. Pengorbanan Opah kepada ibu, terlalu besar dan saya percaya Opah telah memberikan yang terbaik dan saya tahu Opah pergi meninggalkan kami dengan rasa bahagia dalam perjalanan kehidupan yang dilaluinya.
Tanpa pengorbanan Opah, mungkin apa yang dimiliki hari ini tidak berlaku. Setiap kali tibanya lebaran dan apabila saya melihat lemang, saya teringatkan Opah. Mengabadikan kenangan ini, The Lemang dUCk adalah dedikasi saya, menghormati pengorbanan Opah untuk ibu dan melancarkannya sempena lebaran tahun ini.”
Walaupun terdapat banyak perubahan pada sambutan Lebaran tahun ini, Raya tetap Raya! “Saya menyedari lemang dibuat dari buluh yang kuat dan kukuh, lemang yang hebat itu mengajarkan kita tentang makna sebuah kekuatan.
Walaupun diletakkan di bawah api, hangus hingga terbakar di dalamnya, sesuatu yang sangat indah diciptakan. Setiap butir beras di lemang melekat bersama untuk menjadikannya utuh dan punya kenikmatan rasa yang digemari oleh seluruh rakyat Malaysia. Tanpa kekuatan dan penyatuan utuh ini, semuanya tidak akan terjadi dan ini mengajar saya sesuatu.
Saya teringat akan panggilan dan mesej yang saya terima dari rakan dan keluarga, menyatakan jarak tidak penting, selagi kita mempunyai satu sama lain dan selagi kita tahan, kita utuh.
Itulah keindahan masyarakat kita, keindahan hashtag #kitajagakita dan itulah mesej yang kita perlukan untuk masa seperti ini,” jelas Vivy yang mengeluarkan koleksi The Lemang dUCk agar kita dapat berpegang pada satu sama lain dan dapat melalui apa jua keadaan bersama-sama.
The Lemang dUCK, dicipta dari kain Satin Silk yang pasti sangat digemari oleh ramai wanita. Ia menampilkan lakaran lemang, lapisan demi lapisan yang digambarkan untuk membentuk tekstur tangkai buluh.
Diselaraskan tegak lurus antara satu sama lain mewujudkan keindahan corak geometri. Dibuat dalam 6 warna yang indah – Kenangan, Syawal, Riang, Pelita, Bulan dan Opah. Setiap selendang hadir dengan kejutan tersendiri.
Pesan Vivy, “Walaupun kita berpisah, saya harap kita dapat ‘melekat’ antara satu sama lain seperti lemang kerana setiap butir beras bersatu dengan tebal dan nipis.
Di mana sahaja kita boleh menyambut Hari Raya tahun ini. Setiap insan yang kita sayang akan sentiasa ada di hati kita, walaupun mungkin jauh dari pandangan dan tidak bersama.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Orang perempuan terutama wanita yang sudah bergelar isteri dan ibu memang kena pandai jaga badan. Pendek kata, dari hujung rambut ke hujung kaki harus sentiasa nampak perfect. Suami makin sayang dan diri pun bertambah-tambah yakin.
Kalau hendak bandingkan Nana Mahazan masa pertama kali sertai Akademi Fantasia dengan sekarang, memang banyak bezanya. Boleh dikatakan sejak dia berkahwin dengan Raqeem Brian makin kelihatan berseri-seri.
Paling membuatkan Nona cemburu apabila melihat kehalusan kulit Nana. Sehalus kulit sihat dua orang anaknya, Aaqib dan Althea.
Nana yang juga hos TV mengakui dia cukup menitikberatkan penjagaan kesihatan kulit diri dan keluarganya dengan menggunakan produk mandian terbaik.
Malah setelah seharian bekerja, Nana tak sabar untuk bereksfoliasi dengan formulasi Dettol Deep Cleanse yang kaya dengan 100% aprikot semula jadi skrub manik mikro untuk pengelupasan sel kulit mati dan memiliki bauan manis.
Katanya, kulit badan terasa bersih serta-merta dan mindanya segar. “Saya bekerja di lokasi yang berbeza-beza dan ini meningkatkan lagi pendedahan kulit saya kepada kuman.
Saya sentiasa suka akan eksfoliasi untuk menghapuskan kotoran dan daki namun saya risau tentang skrub yang terlalu kasar untuk kegunaan setiap hari.
Bayangkan kegembiraan saya apabila mengetahui Dettol Deep Cleanse mampu melakukannya tanpa mengeringkan kulit saya! Kini saya dapat melakukan skrub badan tanpa sebarang kerisauan.”
Pakar Dermatologi dan Pakar Estetik, Dr. Abrizah Ousman pula menjelaskan para ibu perlu menggalakkan keluarga membersihkan diri secara mendalam agar dapat mengurangkan risiko masalah kulit memandangkan pencemaran dan kehadiran bakteria di sekeliling.
Penanggalan sel kulit mati menerusi eksfoliasi turut meningkatkan keserian dan kesihatan kulit.
“Kita hidup dalam persekitaran yang terdedah kepada kotoran, debu, daki, peluh, pencemaran serta kuman yang boleh menyebabkan masalah kulit.
Oleh itu, inovasi terkini Dettol yang mengandungi eksfoliasi dapat membantu menanggalkan sel-sel kulit mati untuk pembersihan mendalam y ang mampu meningkatkan kesihatan kulit,” kata Kim Minyoung, Pengurus Kategori Pemasaran RB Malaysia dan Singapura. Suziana Abu Daud
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...