Bertuahnya Siti Aafiyah kecil-kecil lagi dah jadi duta, untuk produk jenamanya sendiri pula tu. Dah besar nanti mesti bergelar usahawan hebat seperti ibu dan ayahnya.
Selaras dengan usaha untuk membantu lebih ramai memiliki gaya hidup sihat, BeauSiti X WonderLab melancarkan rangkaian produk minuman berkhasiat terbaharu, BeauKids. Produk pertama yang diperkenalkan di bawah BeauKids ialah Aafiyah Nutri-Jelly Drink from BeauSiti X WonderLab.
Sebagai ibu, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin pastinya menginginkan yang terbaik buat Aafiyah agar membesar dengan sihat, aktif dan bijak. Sekaligus tercetusnya idea menghasilkan produk minuman berkhasiat ini agar manfaatnya dapat dikongsi bersama ibu-ibu di luar sana.
“Kini tidak sukar untuk pastikan anak anda aktif di dalam atau luar rumah. Kalau Aafiyah suka, anak anda pasti suka,” ujar DS Siti Nurhaliza yang kini sarat hamil dan bakal bersalin pada April ini.
Majlis pelancaran produk terbaharu ini turut dirai bersama sambutan ulangtahun kelahiran Siti Aafiyah Khalid yang ke-3 tahun.
Produk ini diformulasi khas buat kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas sebagai minuman dan snek pilihan. Dihasilkan dari puri strawberi yang digandakan kebaikan dan khasiatnya dengan multivitamin seperti vitamin B6, B12, C, E dan asid folik.
Minuman ini turut membantu perkembangan otak kanak-kanak dan meningkatkan sistem imun badan. Bukan saja enak bahkan membantu dalam pertumbuhan kanak-kanak yang sihat.
Pelancaran produk ini adalah lanjutan kolaborasi BeauSiti dan WonderLab yang sebelum ini melancarkan minuman kesihatan botani untuk wanita, Beautessence serta minuman kesihatan sarang burung, BeauNest pada Disember 2020.
“Bagi WonderLab, kami berbangga dapat terus bekerjasama dengan BeauSiti dalam pelancaran BeauKids serta produk minuman berkhasiat terbaharu ini. Ia juga simbol kejayaan kerjasama kedua-dua jenama.
Menerusi BeauKids, WonderLab dapat menyediakan solusi kesihatan yang holistik buat lebih ramai orang,” kongsi Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd (CUCKOO International), Hoe Kian Choon.
BeauKids dari BeauSiti X WonderLab bakal dilancarkan secara rasmi di pasaran pada Mei 2021. Ia boleh didapati dari SitiZen (ejen BeauSiti) dan Wonder Star (ejen WonderLab). Dijual pada harga berpatutan, setiap kotak minuman ini mengandungi 10 pek minuman berkhasiat. Dengan setiap pembelian, ia didatangkan dengan berus gigi Aafiyah rekaan khas secara percuma.
Kredit Foto: Instagram @beausitiofficial