Sebelum ini kita dapat melihat kelahiran Pahang ini aktif berbasikal. Kini Dato’ Sri Siti Nurhaliza tunjuk taring di gelanggang sukan badminton pula.
Terdahulu Dato’ Sri Siti Nurhaliza pernah berkongsi bahawa dirinya berkayuh basikal sehingga 23 kilometer jauhnya.
Penyanyi yang popular dengan lagu Anta Permana ini memilih berbasikal sebagai cara untuk meningkatkan kecergasan diri. Biar pun wanita kelahiran Pahang ini mempunyai anak kecil tetapi tetap bersenam agar tubuh sihat dan cergas.
Baru-baru ini telah mencuri perhatian seluruh peminatnya apabila turun ke gelanggang badminton pula.
Lebih menarik perhatian apabila ibu kepada Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa ini menentang bekas pemain badminton negara, Tan Boon Heong. Bukan calang-calang stamina boleh beradu tenaga dengan atlet yang pernah mewakili Malaysia ini.
Bukan itu sahaja, penyanyi nombor satu Malaysia ini juga berpeluang merasai pengalaman bermain dalam gelanggang ‘Shuttle In The Dark‘ pertama di Malaysia di Twin Towers Fitness Centre, Kuala Lumpur City Centre (KLCC).
“Seronok saya hari ini, dapat mengeluarkan peluh serta berganding dengan legenda badminton negara, Tan Boon Heong disertai Siti Nor Saida Tarudin dan Syahmi Irfan dalam perlawanan ‘Mesti Smash
‘ anjuran BeauSiti,” tulis Dato’ Sri Siti Nurhaliza di laman Instagram milik perinadinyaDato’ Sri Siti Nurhaliza tunjuk taring bagai seorang pro di perlawanan badminton persahabatan tersebut. Perlawanan badminton persahabatan ini telah dianjurkan oleh jenama produk Beausiti keluaran penyanyi Cindai, Bukan Cinta Biasa dan Aku Bidadari Syurgamu ini.
Kehadiran bekas jaguh badmintan negara, Tan Boon Heong seiring dengan peranannya sebagai duta produk minuman sarang burung, Beaunest selama tiga bulan.
Rupanya rahsia Dato’ Sri Siti Nurhaliza kekal tenang adalah dengan bersukan seperti yang dikongsiya kepada BH Online.
“Saya gemar bersukan dan aktiviti mengeluarkan peluh termasuklah bermain badminton jadi pilihan. Saya sendiri juga peminat pasukan badminton negara.
Aktiviti sukan adalah cara saya melepaskan tekanan, menajamkan tumpuan, minda yang sihat dan tenang. Malah, ia juga baik untuk menjaga stamina.
Namun, ada masanya aktiviti bersukan terbatas berikutan kesibukan dengan keluarga dan kerjaya seni. Macam perlawanan kali ini, Boon Heong bagi peluang kepada saya,” kata Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Baca Juga; Dato’ Sri Siti Nurhaliza Berbasikal Semula
This website uses cookies.