Gara-gara tindakan Siti Sarah memuat naik satu video yang tidak membeli barang dijual seorang lelaki tua mendapat kecaman netizen. Tindakan penyanyi yang baru pulang mengerjakan umrah itu untuk bergurau dengan bapa kandungnya disalah erti oleh netizen sehingga beliau dituduh biadap!
Bagaimanapun dalam entry terbaru di laman instagramnya, Sarah menjelaskan bahawa video itu hanyalah sekadar gurauan kerana lelaki tua yang berada dalam video tersebut ialah bapa kandungnya sendiri, Raissuddin Hamzah.
Siti Sarah dianggap biadap kerana dikatakan tidak membeli barang yang dijual oleh lelaki tua berkenaan.
” Ada pihak yang kurang bijak mengatakan saya biadap sebab tak beli barang pakcik ni! Nak beli apanya, dia beli untuk diri dia sendiri kami cuma bergurau”. ujarnya.
https://www.instagram.com/p/BkO8AZbF95y/?hl=en&taken-by=sitisarahraissuddin
sumber: instagram Siti Sarah
Penampilan Khas Allahyarhamah Puan Sri Saloma di Google Sempena Tarikh Penganugerahan Biduanita Pertama Negara
Siapa yang kenal dengan Allahyarhamah Puan Sri Saloma yang sering mengalunkan lagu-lagu merdu dalam filem lagenda arahan Seniman Tan Sri P. Ramlee. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa tarikh 26 November merupakan detik bersejarah buat isteri kepada Tan Sri P. Ramlee apabila mendapat pengiktirafan bergelar Biduanita Pertama Negara.
Demi memperingati detik bersejarah itu, enjin carian Google telah menampilkan doodle khas buat Puan Sri Saloma. Doodle yang menampilkan lukisan karikatur seniwati sepanjang zaman ini lengkap dengan penataan gaya ikonik penyanyi lagu Bila Larut Malam ini. Karikatur tersebut cantik bersanggul, sedang memegang mikrofon, di kelilingi nota lagu dan bintang selaras dengan statusnya sebagai biduanita negara.
Seniwati Puan Sri Saloma telah meninggal dunia di usia 48 tahun pada 25 April 1983 di Hospital Assunta, Petaling Jaya. Tidak hanya popular sebagai penyanyi, wanita yang mempunyai nama sebenar Salmah Ismail itu turut berkecimpung dalam dunia lakonan. Antara filem yang mendapat khidmat beliau, Seniman Bujang Lapok, Madu Tiga dan Ahmad Albab.
Bapa Keturunan Samoa & Ibu Kacukan Jerman, Comelnya Anak ‘The Rock’ Ini!
Macam pakai contact lens la! Warna anak mata hijau jernih yang dimiliki Jasmine Johnson ini sudah cukup buat peminat bapanya, Dwayne Johnson tak jemu tatap wajah comelnya. Bertambah-tambah geram bila tengok telatah bijak si kecil ini tiap kali video bersama The Rock dimuat naik di media sosial. Confirm cecah jutaan views!
Berusia 4 tahun dan sudah pun bergelar kakak, Jasmine atau lebih mesra disapa Jazzy ini sebenarnya ialah anak kedua kepada aktor filem Jumanji tersebut. Hasil hubungan cinta Dwayne atau The Rock dengan kekasih hati iaitu Lauren Hashian, pasangan ini dikurniakan bayi perempuan yang diberi Jasmine Johnson pada 15 Disember 2015.
Difahamkan ketika Jazzy baru meniti usia dua tahun, ibunya Lauren sedang hamil anak perempuan kedua. Adik Jazzy dikatakan lahir pada 17 April 2018 dan menamakan sebagai
Tiana Gia Johnson. Selepas Tiana mencecah umur setahun, The Rock akhirnya memutuskan untuk berkahwin dengan Lauren pada 18 Ogos 2019 di Hawaii sambil disaksikan kedua-dua cahaya mata mereka.
Pada majlis perkahwinan mereka kira-kira setahun yang lalu, Jazzy dilihat cukup gembira menjadi flower girl sambil ditemani adik tersayang. Meskipun sudah menjadi kakak namun
The Rock masih melayan Jazzy seperti sebelum kehadiran Tia.
https://www.instagram.com/p/CECw0edlQd7/
Terharu tengok layanan pelakon lelaki yang mendapat bayaran paling tinggi di Hollywood ini ketika bermain bersama dua anaknya. Cukup mesra dan sarat dengan sifat kebapaan. Walau The Rock sinonim dengan watak ganas dan garang tetapi apabila bersama anak-anak mahupun isteri, dia berubah menjadi insan yang sangat penyayang.
Mengintai laman Instagram The Rock, kebanyakan postingnya adalah berkaitan keluarga dan anak-anak. Seperti kanak-kanak lain, Jazzy yang memiliki sepasang mata cantik dan rambut keriting turut menghabiskan masanya dengan bermain.
Tapi kalau tengok perkembangan anak manja The Rock ini, Jazzy lebih cenderung terhadap aktiviti seni seperti bermain dram, menyanyi dan melukis. Hah, mungkin nak ikut jejak langkah bapanya sebagai pelakon?
The Rock yang mempunyai 194 juta pengikut di Instagram juga merupakan bapa kepada gadis cantik bernama Simon Garcia berumur 19 tahun. Simon Garcia ialah anak perempuan The Rock hasil perkahwinan terdahulunya bersama ahli bina badan profesional dan penerbit Amerika Syarikat, Dany Garcia.
Bakal Dapat Anak Kembar Lagi, RONALDO Teruja Jadi Bapa Kepada 6 Anak!
Kaya, tampan, popular dan berbakat! Kehidupan mewah pemain bola sepak terkemuka dunia, Cristiano Ronaldo pastinya menjadi impian setiap orang. Baru sahaja kembali menyertai pasukan yang mengangkat namanya sebagai bintang bola sepak di Manchester United, tahun ini Ronaldo menerima satu lagi khabar gembira apabila tunangnya, Georgina Rodriguez sedang berbadan dua.
Lebih membuatkan Ronaldo teruja apabila mengetahui mereka bakal menimang cahaya mata kembar! Mahu berkongsi detik gembira tersebut dengan peminat, kedua-dua pasangan romantis ini memuat naik foto imbasan kehamilan di media sosial masing-masing.
“Delighted to announce we are expecting twins. Our hearts are full of love – we can’t wait to meet you,” kongsi Ronaldo dan Georgina.
Posting yang dimuat naik tidak sampai sehari itu sudah pun meraih lebih 24 juta tanda suka daripada peminat. Apatah lagi, Ronaldo antara personaliti terkenal dunia dan mempunyai 360 juta followers di Instagram. Pastinya berita itu dinanti-nantikan peminat jaguh bola sepak Portugal ini.
Hasil hubungan cinta bersama Georgina sejak lima tahun lepas, Ronaldo mempunyai seorang anak perempuan yang kini berusia tiga tahun yang diberi nama Alana Martina yang lahir pada 12 November 2017.
Selain Alana, Georgina dilaporkan turut menjaga tiga lagi anak Ronaldo iaitu Cristiano Junior dan anak kembar, Eva dan Mateo. Baiknya hati ibu berusia 27 tahun ini, patutlah Ronaldo sayang!
Meskipun Ronaldo sibuk dengan kerjaya namun dia tidak lokek berkongsi kesenangan dengan memberi elaun sebanyak £80,000 atau kira-kira lebih RM459 ribu sebulan kepada wanita istimewa itu bagi menyara keperluan hidup yang tinggi.
Sementara Georgina pula tidak melepaskan impian untuk menjadi peragawati dengan mengikuti kelas tarian profesional dan pengajian Bahasa Inggeris di London walau sibuk menguruskan empat anak mereka.