Skechers, Syarikat Teknologi Keselesaan™ dan peneraju global dalam kasut gaya hidup dan prestasi, telah membuat penampilan yang memukau di Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2024, mempersembahkan koleksi Musim Luruh/Sejuk 2024 yang dinanti-nantikan, The UNO. Ini adalah penyertaan pertama Skechers, menandakan pencapaian penting dengan memikat perhatian penggiat industri dan peminat fesyen dengan pertunjukan gaya, inovasi, dan keselesaan yang menakjubkan.

SKECHERS Gegarkan KLFW24 dengan The UNO Sebagai Ikon Kasut Gaya Hidup Terbaru

SKECHERS Gegarkan KLFW24 dengan The UNO Sebagai Ikon Kasut Gaya Hidup Terbaru

Diadakan di destinasi beli-belah ikonik di bandar ini, Suria KLCC, tempat acara yang dibina khas ini dipenuhi dengan lebih daripada 500 tetamu, termasuk wakil media, personaliti fesyen, influencer media sosial, VIP Skechers, dan rakan kongsi yang dihormati.

Disusun oleh salah seorang penggaya dan pengarah kreatif terkenal Malaysia, Min Luna, acara ini dibuka dengan persembahan bertenaga dari tiga personaliti muzik terkemuka Malaysia – DJ radio, Ili Ruzana (@helloitsili), penyanyi/penggubah lagu, Alex Ungku (@alexungku), dan DJ/penerbit muzik, Azfar Jamili (@afaro_), yang memberikan suasana penuh semangat untuk persembahan yang dinamik.

SKECHERS Gegarkan KLFW24 dengan The UNO Sebagai Ikon Kasut Gaya Hidup Terbaru

SKECHERS Gegarkan KLFW24 dengan The UNO Sebagai Ikon Kasut Gaya Hidup Terbaru

Enam belas model menggayakan pelbagai pilihan gaya untuk kasut dan pakaian Skechers, daripada gaya hidup dan prestasi hingga ke gaya bandar dan avant-garde, menjadikan pentas peragaan sebagai satu spektrum yang penuh warna-warni.

Selain koleksi Skechers The UNO, para tetamu juga diberikan pandangan awal terhadap koleksi Musim Luruh/Sejuk 2024 dari beberapa rangkaian popular Skechers yang lain, termasuk Skechers D’Lites, Skechers Classic Court, dan Skechers Viper Court, serta koleksi pakaian Musim Luruh/Sejuk 2024 yang mempersembahkan gaya trending seperti ‘campuscore’ dan ‘tenniscore’ bersama gaya berprestasi tinggi yang moden dan edgy.

Secara keseluruhannya, koleksi yang pelbagai ini menyerlahkan daya serbaguna, kesesuaian pakai, dan daya tarikan trendsetting jenama ini, sesuai untuk mereka yang ingin mengekspresikan keperibadian unik mereka melalui apa yang mereka pakai.

SKECHERS Gegarkan KLFW24 dengan The UNO Sebagai Ikon Kasut Gaya Hidup Terbaru

Acara ini juga menonjolkan kreativiti luar biasa dua pereka muda, Xues dan NKhan, dengan gaya unik mereka untuk Skechers Icon City Tee. Kolaborasi ini menekankan sokongan Skechers yang berterusan terhadap bakat kreatif dan reka bentuk di Malaysia.

Penampilan sulung Skechers di KLFW 2024 telah memperkukuhkan jenama ini sebagai pemain yang kuat dalam industri fesyen dan gaya hidup, sambil terus melangkah ke hadapan dengan setia kepada prinsip mereka menyediakan produk yang memberikan keselesaan dan kualiti yang luar biasa kepada pengguna.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI