Terlalu banyak fesyen di pasaran sehingga anda tidak tahu untuk membuat pilihan. Anda juga cenderung membeli pakaian yang murah dan akhirnya baju itu tidak sesuai dengan personaliti. Membazir! Tapi sebenarnya, ada di antara peraturan fesyen ini yang boleh anda abaikan.

1. Jangan gabungkan jenama mewah dan jenama biasa

Ads

Sebagai generasi millennial ataupun gen Y yang berdikari, tidak semua pakaian dan aksesori anda dari jenama mewah. Anda bebas menggayakan street style yang kini menjadi kegilaan. Jadi, tidak salah untuk menggayakan sebuah beg tangan Michael Kors dengan denim yang berharga RM10 yang dibeli di kedai bundle.

2. Hanya perempuan rendah boleh berkasut tumit tinggi

Jika inspirasi fesyen anda adalah Gigi Hadid, Kendall Jenner ataupun Karlie Kloss, abaikan terus peraturan ini. Kasut tumit tinggi bebas dipakai oleh siapa pun tidak kira ketinggian. Jadi jika anda sememangnya dikurniakan ketinggian, apa salahnya anda tonjolkan.

3. Jangan gabungkan corak bersama corak

Kedua-dua ini adalah kombinasi yang cantik jika anda pandai gayakan corak dan corak bersama. Apa salahnya corak abstrak digabungkan bersama corak abstrak juga. Hanya mereka yang berkeyakinan sahaja mampu membawa gaya ini dan anda harus cuba.

4. Wanita gempal tidak sesuai memakai skirt labuh

Bila pakai nampak lagi besar? Itu peraturan zaman pra-sejarah. Kini wanita gempal juga boleh tampil berkeyakinan dengan variasi skirt labuh dan pastinya nampak hebat seperti wanita biasa. Asalkan bentuknya sesuai mengikut bentuk badan dan pandai bermain warna, you are good to go!
5. Hanya lelaki boleh berpakaian menswear

Dunia semakin berubah dan begitu jugalah dalam fesyen. Hakikatnya, wanita juga boleh mengenakan menswear dengan cara yang tersendiri dan tampil cukup elegan. Stail androgini sangat menjadi perhatian masa kini. Wanita yang mengenakan pakaian menswear namun tetap diselitkan dengan ciri-ciri feminin.

6. Jangan memakai stoking bersama kasut terbuka di depan

Ads

Siapa lagi yang kata gaya ini ibarat orang tua? Anda juga boleh tampil bergaya dengan memakai stoking bersama kasut tumit tinggi.

7. Sequin dan metalik hanya untuk malam sahaja

Gabungkan sequin dan warna metalik bersama pakaian serba hitam anda ke pejabat hari ini. Pasti anda akan tampil kelihatan bergaya dan menawan. Kini warna metalik dan sequin bukan sahaja sesuai dipakai pada waktu malam malah turut boleh digayakan ketika waktu matahari memancar.

Ads

8. Kasut dan beg tangan haruslah warna sama

Konsep beg dan kasut perlu sama warna ini dah lama ditinggalkan. Anda boleh menggayakan apa juga warna yang berlainan pada kasut dan beg ketika keluar. Jika anda berani menggabungkan corak juga tetap tiada kesalahan.

9. Wanita petit jangan pakai dress panjang

Dunia yang bebas ini tidak pernah mengehadkan apa-apa jenis peraturan fesyen pada wanita kecil. Anda boleh memakai apa sahaja dress labuh walaupun tiada ketinggian. Bukan model sahaja dibenarkan berpakaian begini kerana anda wanita kecil juga boleh membawa gaya ini asalkan potongannya sesuai mengikut badan.

10. Jangan gabungkan denim bersama denim

Yes, peraturan fesyen dulu ada mengatakan jangan gabungkan baju denim anda bersama sepasang jeans. Kini tidak lagi. Jika anda penggemar denim, tidak salah untuk menggabungkannya ketika keluar. Pasti anda akan kelihatan cukup edgy.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI