Melangkah masuk ke kediaman yang kemas dan teratur pastinya menerbitkan rasa tenang dan mendamaikan. Rumah bukan hanya menjadi tempat untuk berlindung tetapi juga ruang terapi diri dan beristirahat bersama keluarga selepas seharian bekerja.
Tidak hairanlah ada penghuni rumah sanggup berhabisan menghiasi kediaman demi merealisasikan impian memiliki mahligai yang indah dan selesa.
Berita baik buat anda yang sudah lama simpan hasrat hendak mengubah dekorasi dan perabot kediaman. Inilah masanya memiliki sofa baharu dengan tawaran harga menarik yang dijamin berkualiti tinggi dari Furniture And Choice Malaysia.
Sofa Berkualiti Furniture And Choice Malaysia
Terkenal dengan kualiti dan rekaan eksklusif, jenama produk perabot dan perhiasan rumah ini menawarkan promosi hebat dengan lebih 10 pilihan koleksi sofa tersedia untuk dibawa pulang sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Bukan itu saja, Raya Ready Sale di Furniture And Choice Malaysia turut memberi potongan harga sehingga 65 peratus bagi item seperti sofa, Bean Bags dan Floor Cushions!
Tawaran ini bermula dari sekarang sehingga 3 Mac 2025 dengan penghantaran percuma dalam masa 10 hari di Semenanjung Malaysia*. Yang menariknya, anda boleh nikmati kemudahan pelan ansuran tanpa faedah sehingga 36 bulan! Beli sekarang, bayar kemudian tanpa risau dengan Furniture And Choice Malaysia. *Tidak termasuk Labuan, Langkawi dan Malaysia Timur.
Ads
Selain itu, jom rebut tawaran TERKINI dengan Set Sofa 3+2 Seater pada harga RM2,499, dimana potongan lebih 60%, sangat berbaloi-baloi! Ini adalah peluang terbaik untuk anda memberi nafas baru buat ruang tamu anda sebelum raya menjelma. Dengan pilihan reka bentuk Lexi, Anderson, dan Arden, dengan pelbagai warna menarik, set sofa ini bukan sahaja memberi keselesaan, tetapi juga menambahkan gaya di ruang tamu anda. Sama ada menerima tetamu atau bersantai bersama keluarga tersayang, set sofa ini pasti memenuhi keperluan anda. Stok yang terhad maka jangan lepaskan peluang ini untuk memperbaharui ruang tamu idaman anda!
Kolaborasi bersama pereka fesyen terkenal ini mengetengahkan elemen lipatan atau ‘pleats’ di bahagian sisi sofa yang menonjolkan unsur mewah.
Alia Bastamam X Furniture And Choice Malaysia
Istimewanya, ia menggabungkan kreativiti seni fesyen dan nilai estetik hiasan kediaman dengan paduan material baldu premium.
Rekaan kusyen empuk dan siluet arca yang kukuh, koleksi sofa yang diinspirasikan daripada pentas peragaan ini mampu mentransformasikan sudut rumah kelihatan gah dan bergaya.
Ads
Ruang kediaman pasti lebih berseri lebaran ini dengan perabot eksklusif Furniture And Choice Malaysia yang memiliki pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang pertukangan di pasaran United Kingdom (UK).
Mementingkan kualiti produk terbaik kepada setiap penghuni kediaman, setiap penghasilan sofa mematuhi standard pasaran UK. Dalam masa sama turut menggabungkan ‘selera’ masyarakat di Malaysia.
Setiap sofa Furniture And Choice Malaysia juga sesuai dengan pelbagai tema dekorasi rumah sama ada berkonsepkan moden mahupun klasik. Kini, anda yang bercita rasa Inggeris berpeluang memiliki sofa ilham gaya hidup masyarakat Eropah di ruang mahligai anda.
Meskipun berkualiti, rekaan yang tidak lapuk dek zaman dan nampak mahal, namun perabot Furniture And Choice Malaysia dijual dengan harga mampu milik!
Paling penting, perabot jenama ini bukan hanya menarik dari segi ciptaan dan pembuatannya. Tetapi juga tahan lama, dihasilkan dengan penuh ketelitian dan mengutamakan keselesaan kepada para pelanggan.
Transformasikan kediaman dan warnai Hari Raya anda tahun ini dengan sofa Furniture And Choice Malaysia yang mewah. Layari www.furnitureandchoice.com.my untuk keterangan lanjut dan rebut tawaran harga menarik sempena Hari Raya!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anda peminat pancaragam? Ini berita baik yang rugi jika dilepaskan. Ahli Pancaragam Sekolah Tun Fatimah akan bekerjasama dengan Orkestra Tradisional Malaysia untuk sebuah konsert satu malam yang diberi judul ‘A Night With The Stars’.
Antara acara yang telah ditetapkan untuk malam 27 April 2018 itu adalah persembahan artis seperti Amy Search, Jaclyn Victor, Fauziah Latiff, Dina Nadzir dan juga Anding Indrawani.
Objektif utama persembahan ini ialah untuk mengumpul dana TFBB membeli kelengkapan baru dan juga props untuk pasukan colour guards mereka. Kutipan dari persembahan ini juga akan digunakan untuk penyertaan TFBB dalam pertandingan Grand Prix Marching Band tahun ini di Jakarta.
Ia juga adalah untuk meraikan kejayaan cemerlang Sekolah Tun Fatimah sebagai Sekolah Berasrama Penuh yang memperolehi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia terbaik untuk tahun 2017.
TFBB yang dianggotai seramai 58 orang pelajar ini berlatih hanya selama tiga bulan untuk membuat persembahan ini di bawah pimpinan jurulatih TFBB, Esty Farrah Musa, yang juga merupakan bekas pelajar Sekolah Tun Fatimah.
Menurut Esty, “Kami berasa amat bangga diberi peluang untuk membuat persembahan di Istana Budaya, tempat terunggul di Malaysia untuk melakukan persembahan teater dan persembahan antarabangsa.”
Menurut Ketua Pengarah Istana Budaya, Dato’ Muhamed Juhari bin Shaarani berkata, pihak Istana Budaya merasa amat berbesar hati dan mengalu-alukan kerjasama di antara TFBB dan OTM yang memaparkan peralatan muzik tradisional Malaysia.
“Kami berharap untuk meningkatkan kesedaran generasi muda mengenai peralatan muzik tradisional, serta bagaimana gabungan di antara peralatan tersebut dengan peralatan muzik moden akan menghasilkan satu campuran yang unik dan berharap ia akan menjadi suatu pengalaman muzik yang sangat unik.”
Pada persembahan tersebut, ‘A Night with the Stars’ akan menampilkan lagu-lagu klasik di samping lagu-lagu terkini. Sebagai Sekolah Berasrama Penuh yang terbaik, anggota TFBB perlu mengimbangi tuntutan akademik dengan latihan pancaragam mereka dengan baik.
Mujurlah sebagai salah satu tradisi Sekolah Tun Fatimah yang telah lama wujud, perkara ini diurus dengan baik oleh anggota pancaragam tersebut dengan sokongan padu yang diberikan oleh para guru terutamanya Pengetua Cemerlang, Puan Hajah Kamisah Aziz.
Trivia TFBB
TFBB mempunyai sebuah legasi yang lama iaitu sejak tahun 1973, apabila ianya ditubuhkan oleh seorang guru Bahasa Inggeris yang terunggul in Sekolah Tun Fatimah bernama Dr. Hyacinth Gaudart.
Buat masa ini, ianya merupakan satu-satunya pasukan pancaragam Sekolah Berasrama Penuh yang mempunyai pasukan Colour Guardnya sendiri.
Pasukan Colour Guard ini merupakan satu seksyen tanpa muzik yang memberi tambahan tarikan visual terhadap persembahan-persembahan pasukan pancaragam tersebut, dalam kes TFBB, mereka membuat putaran bendera.
Di antara pencapaian TFBB termasuk memenangi pelbagai anugerah berprestij termasuklah Johan pertandingan-pertandingan peringkat Negeri dan Kebangsaan tahun-tahun 2004, 2005, 2007, 2009, 2010, 2011, 2013
Selain itu, TFBB turut menjadi Johan pertandingan Colour Guards sempena Hari Wilayah 2016, Johan Street Parade peringkat Negeri 2015, Pasukan terbaik Drumline Street Parade peringkat Kebangsaan 2015, Anugerah Perak dalam Festival Red Sonata 2017.
Pernah mewakili negara di Grand Prix Marching Band Jakarta 2017 dan mendapat tempat ketiga dalam kategori Field Music. Selain itu TFBB mendapat tempat keempat keseluruhan, Grand Prix Marching Band Jakarta 2017.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dynas Mokhtar atau nama sebenarnya, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar telah selamat menjadi suri hati Shazrik Din kira-kira jam 11.30 pagi tadi. Dengan sekali lafaz, Dynas sah bergelar isteri kepada Syazrik yang merupakan seorang ahli perniagaan.
Majlis pernikahan telah berlangsung di kediaman keluarga aktres itu kira-kira jam 11.30 pagi tadi. Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Dynas dengan mas kahwin RM1,001. Dynas menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang dengan wang hantaran RM10,000.
Menyarungkan busana ilham Syaiful Baharim, kejelitaan Dynaz terpantul sempurna dengan sentuhan solekan daripada Syed Faizal. Majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup itu dihadiri kira-kira 100 jemputan termasuk ahli keluarga dan kenalan rapat.
Majlis turut dihadiri oleh rakan-rakan artis antaranya Scha Alyahya, Sazzy Falak, Daphne Iking, Atilia Haron dan rakan-rakan artis yang rapat.
Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 26 Oktober tahun lalu. Pada 28 April nanti, majlis bertandang akan diadakan di Damansara, Petaling Jaya. Manakala majlis resepsi pula akan menyusul pada 5 Mei depan di sebuah hotel di ibu negara.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Dynas dikurniakan dua anak iaitu Khyra Khalyssa yang berusia lapan tahun dan Mohamed Haqaish, enam tahun. Di doakan moga Dynaz dan pasangannya kekal bahagia hingga ke Jannah.
Kredit: Syed Faizal dan Atilia Haron
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiap kali 18 Februari tiba, Bunga Cinta Lestari (BCL) dan anak tersayang iaitu Noah pasti menziarahi pusara Allahyarham Ashraf Daniel Mohamed Sinclair. Aktor berkenaan kembali ke pangkuan Ilahi pada tanggal 18 Februari 2020 dan tahun ini masuk tahun kelima pemergiannya.
Bukan mudah bagi penyanyi terkenal Indonesia ini untuk menjalani hidup seharian. Meskipun BCL kini sudah pun berkahwin dan mempunyai suami Tiko Aryawardhana, namun kenangan bersama Allahyarham Ashraf Sinclair terpahat kemas di ingatannya sehingga kini.
BCL Ziarah Pusara Allahyarham Ashraf Sinclair
Berkongsi momen menziarah pusara Allahyarham baru-baru ini, BCL dilihat hadir berbaju kurung dan berselendang rona merah jambu. Turut menemaninya ialah Tiko, Noah dan kedua-dua ibu bapa BCL.
Daripada foto yang dimuat naik di media sosial, terpancar wajah penuh kerinduan BCL terhadap insan tercintanya itu. Malah kelihatan dia mengesat air mata usai menabur kuntuman bunga mawar merah dan air mawar di pusara Allahyarham Ashraf.
Kongsi BCL, “Five years have passed, but the ache of your absence remains. Life moves forward, yet we carry you in every moment, every prayer. So much has changed, but our love for you never will. You are missed beyond words, loved beyond measure, and remembered always.”
Masih Ingat Kenangan Bersama Allahyarham Ashraf Sinclair
Sepanjang pemergian Allahyarham Ashraf kira-kira lima tahun lalu, BCL tidak pernah sesekali melupakan tarikh-tarikh penting bersama, meskipun arwah sudah kembali ke rahmatullah namun figura ini tetap mengingati hari lahir dan ulang tahun perkahwinan mereka.
Pelantun lagu Wanita Terbahagia ini mendirikan rumah tangga bersama Ashraf Sinclair pada 9 November 2008. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Noah Sinclair yang kini menginjak usia 15 tahun.
Empat tahun hidup tanpa suami di sisi, BCL akhirnya mengambil keputusan untuk kembali berumah tangga dengan jejaka pilihan. Keputusan itu mendapat restu anaknya, Noah dan keluarga mentua di Malaysia. Pada 2 Disember 2023, penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) sah bergelar isteri kepada Tiko Aryawardhana yang dikhabarkan kenalan lama di Bali, Indonesia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!